Tuesday, October 29, 2013

20FOTO Event Makan Malam Amal Bersama Konsert (GH)


 Beberapa hari yang lepas aku direzkikan Join Makan Malam Amal yang berlangsung di Johor Bharu,turut ada Datin Seri Rosni Binti Omar,selain tetamu VVIP yang lain turut sudi menjadi penyumbang kepada Yayasan tersebut.Suasana yang biasa aku ikut,macam biasa la bro,Makan-makan,konsert dan sumbangan,Tak lekang dek hujan tak lapuk dek Panas.Aku xnak cerita sangat pasal majlis,korang mesti dan bosan.yang aku nak tunjukkan ialah FOTO.
  
Turut memeriahkan Majlis kumpulan Nasyid GENERASI HARAPAN.Wau mantap giler vokal diorang,Terus Rasa hamba datang dalam jiwa dan perasaan aku,Terima kasih pada GH,Aku seronok gile sbb dijemput menjadi crew yang pegang-pegang camera,Masa ini la nak tambah Style dalam menembak gambar event,Dan menambah idea posing,Baik punyee. 

Photographer Event memang terkenal Serata dunia disebabkan setiap hari ada aja event yang berlangsung di serata Dunia,Masa ini aku nak tajamkan seni aku yang tumpul dan Rapuh.Banyak pulak aku nak menulis,Korang mesti bosan baca Celoteh aku,cukup-cukup sudah,JOM LAYAN 20 FOTO antara foto pilihan aku masa Majlis diadakan...
suka giler gamba nie,macam foto kumpulan THe Beatles.

wajah Datin yang penuh dengan awet Muda

suasana syok dan khusyuk melihat konsert.

antara artis yang turut sama memeriahkan majlis

pro kan bro nie,videographer Majlis

fuhhh,bila suara dilontar!!boleh membuat hati-hati Manusia merenung seketika..

Jangan terpedaya dengan wajah comel dan kemerduan suara dia,beliau seorang yang sangat TEGAS

boleh masukkan watak nie dalam filem zombie.

Mintalah pada ALLAH,Dia la sebaik-baik Pemberi

Manis je vokal Mat solo nie,aku pun xtau sbb apa gelaran dia Mat solo.

Wajah-Wajah Kesian Di barisan Hadapan,Dan xde kaitan dengan cerita Bersamamu.

wibawa giler diorang nie.GENG GH..THE BEST OF NASYID GROUP.

Muka serius je travis barker Malaysia nie..

Antara watak penting dalam menjayakan Majlis.

Terharu betul tengok bangla tu solat.Walau dimana berada broo?

Masukkan jugak la style fotographer aku yang masih samar-samar.

Gaya bokeh menggunakan lens sigma 70-300mm.

gaya lanskap mengunakan lens sigma 70-300mm

sesi latihan sound check,nampak tak Puan Khaulah menunjukkan ketegasannya

Antara tetamu yang hadir Dalam menyumbang Dana.
Itu lah sedikit sebanyak foto yang aku nak kongsikan,Moga bertambah iman dan skil,dari masa kesemasa aku akan baiki skil menembak aku,dan tunjuk kat korang macamana Style Menembak gaya ISLAMIC.

Tuesday, October 22, 2013

photographer teruk!!

Dalam dunia photographer,semua photographer dilahirkan sebagai manusia yang biasa,lemah,pelupa dan sering membuat kesilapan.Kebanyakkan fotographer tak semua tembak foto yang cantik dan gempak gila,yang biasa ditunjuk hanya foto yang cantik,tapi foto yang buruk gila tak diketahui umum.itu memang biasa...  
Dalam urusan perniagaan yang berkaitan dengan khidmat pelanggan.mestilah kita wajib berikan servis yang baik dan terbaik,walau harga  murah,kita wajib berikan khidmat yang berkualiti dan gempak,disebabkan kuasa mulut ke mulut yang akan membuat kan orang kenal kita sebagai PHOTOGRAPHER.Saham pun akan meningkat naik dari masa ke semasa.

(weii,,,awak jangan amek kat dia broo?servis teruk.posing  kedekut?Gambar berkualiti tapi tak cantik?) 

Itulah kuasa mulot yang akan tersebar dengan cepat dan dasyat.Aku pernah tengok servis berharga RM5K,amacam mahal kan,tapi gambar hancur gilerr!!!!!!..Jadi kesimpulan nya tak semestinya servis mahal,hasil pun mahal dan puas hati.Kalau servis murah?kualiti sangat dijaga,itu memang sangat TERBAIK!!ade juga yang sevis murah,kualiti pun murah dan teruk. Aku nak bagi contoh gambar yang tak patut beri pada pelanggan jika nak buat Album foto.

pejam mata biasa berlaku,jangan showkan foto nie pada pelanggan.
gambar terlampau terang,bila cuci memang teruk gila.aku pernah tengok orang cuci foto cami..mengamuk la customer..
kalau nak zoom jauh,pakai lens telefoto,pakai lens biasa,hasil memang x memuaskan,foto nampak tak sharpp.

shoot tak kena pada tempatnya.akan membuatkan foto nampak mati dan kusam.

kalau nak tembak pastikan foto ngammm betul dengan Angle dia..
 Itu sebahagian kesilapan yang biasa aku dan photographer lakukan,banyak lagi sebenarnya.buat lah yang terbaik,kalau boleh jangan tunjuk lansung foto yang buruk pada pelanggan untuk menjaga kualiti dan hati.kalau teruk,memang lepas tu xde siapa la nak amek servis kita daaaaaaa.Memang perlu baiki kesilapan dari masa ke semasa.^^

Friday, October 18, 2013

Photographer Pregnant Mother

Setiap orang mempunyai keinginan dalam memotret kenangan dalam sekeping gambar.Hari yang penuh dengan nikmat dan ujian,ia akan lebih bermakna bila diabadikan dalam sekeping gambar.manusia memang mudah lupa.gambar lah yang boleh memberikan gambaran untuk generasi akan datang.

 Dunia yang penuh dengan bermacam-macam kisah dan cerita....xhairan kat luar sana ramai ibu yang mengandung ingin abadikan detik-detik saat mengandung kan baby mereka.aku menambil peluang ini.menyediakan servis untuk photographer pregnant mother.....saat yang sukar dan memenatkan penuh dengan ganjaran.aku mengambil peluan demi peluang untuk melangkah lebih jauh.apa pun aku tembak.janji halal.moga ia membantu aku lebih kedepan,lebih teknik dan lebih beriman.

sesiapa yang ingin abadikan saat-saat yang penuh dengan mainan jiwa.boleh la contact que;(0129410190)akan memberikan servis baik.ibu mengandung pun boleh jadi photoshoot.aku sediakan contoh gambar?dah-dah jangan nangis okee.  

9 foto pregnant mother 

 









 amacam oke tak foto yang aku tembak?kalau tak puas hati.sila tunjuk ajar,aku memang tengah gilakan teknik sekarang ni?korang nie rajin betul baca blog aku.tapi tak rajin nak comment?jangan la malu,aku layan je semua.moga baik-baik la hendaknya.Amin^^

Thursday, October 17, 2013

Outdoor photoshot (Azhar & Nurul )

Alhamdullilah selesai sudah Majlis perkahwinan Azhar dan Nurul yang berlansung di Kuala Nerang Kedah,Aku dari kl gagah turun ke utara tanah air,penat jugak la bro,tapi aku muda dan penuh bersemangat,baru-baru nak meletakkan diri dalam dunia PHOTOGRAPHER SERVIS .kena rajin dan berdisplin.

Macam sebelum nie aku buat sebagai HOBI & MINAT.takde la sampai nak cas duit.tapi sekarang aku jadikan ia sebagai perniagaan.Mula dengan cara sendiri dan simpanan sendiri.aku berharap ia akan lebih baik dan lebih kedepan.sikit-sikit lama jadi bukit. 

Siapalah aku kalau segalanya aku tidak bersyukur.Terima kasih TUHAN,moga aku dimudahkan untuk sekian hari...dan seterusnya.aku mintak juga support dari korang semua yang sudi membaca blog aku.dan tolong mempromosikan servis aku^^.aku buat yang baik dan yang terbaik. murah pun murah!!!aku tunjuk sikit teknik aku yang masih hijau.10 cukup la yerr....

JOM LAYAN 10 FOTO OUTDOOR
 









                             Amacam berminat tak nak shoot macam tu?call que(0129410190)^^

Sunday, October 6, 2013

starting........


untuk sekian lama.didalam usia aku yang sebenarnya muda lagi.dan belum cukup matang untuk aku memasuki alam photographer secara bisnes.untuk permulaan ia hanya hobi yang biasa.rata-rata anak muda zaman sekarang memang meminati tembak menembak gambar.macam aku sendiri,tapi banyak yang menjadikan sebagai hobi sampingan ketika keluar bersama ahli keluarga atau kawan. 

setelah beberapa kali aku mencuba aku rasa.tiba masa aku mulakan hari-hari didalam bidang fotografi lebih kepada perniagaan seperti wedding,model,baby dan dll.gambar berkonsep portrait.Rata-rata kita suka mengabadikan kenangan itu dalam sekeping gambar.gambar yang boleh membuat kita menangis dan ketawa mengenangkan saat-saat ia berlaku.jadikan ia memori yang sangat berharga. Di kesempatan ini,aku ingin jadikan ia satu perniagaan fotografi.terlalu ramai fotographer yang hebat diluar sana.aku perlukan sesuatu yang lebih kedepan dan lebih segar supaya dingat oleh mannusia buat masa yang lama.

Ia sebagai satu titik permulaan untu aku lebih kedepan,tidak perlukan modal.tapi perlukan permulaan,kalau dah ade sejuta pun kalau tak bergerak.tak guna jugak kan. 

Minat fotografi bukan setakat melabur untuk beli gear mahal-mahal, yang paling penting sebenarnya melabur untuk ilmu. Lainlah korang jenis mak bapak kaya beli kamera untuk suka-suka. Tapi yang membaca blog ni saya pasti kebanyakkan nak dapat pulangan dari pelaburan beribu-ribu membeli DSLR. Kan, kan?  

aku harap STARTING ini aku lebih kedepan dan kedepan lagi walau sebenarnya banyak yang belum aku tahu?tapi bagus juga biar lambat asal selamat.jangan sembang sampai pokok tumbang tapi kat situ jugak.^^



20PHOTOGRAPHY,BEAUTIFUL,SEA

Laut boleh dikatakan suatu ciptaan ALLAH YANG MAHA HEBAT,didalamnya tersimpan berbagai khazanah alam yang sampai sekarang manusia belum dapat mengungkai Misteri yang berada didalam lautan yang maha hebat.sejak berkurun ia jugak salah satu tentera tuhan.ia sudah berlaku berjuta tahun dahulu.Kita generasi yang ke berapa pun aku tak tahu.

 Sumber alam ini jugak sangat BEAUTIFUL.sangat indah giler.sebab itu laut antara tempat paling digemari oleh photographer berbanding tempat lain.penuh dengan 1001keindahan ditambah lagi bila terbenamnya Matahari.WAUUUU!!Hebat ALLAH..  
 Manusia memang tak akan dapat mencipta keindahan yang maha semula jadi ini.sebab itu aku sendiri pun sangat sukakan SEA.penuh dengan gaya dramatis dan jiwa.jom kita layan foto keindahan laut yang ditembak oleh photographer2 yang meminati seni PHOTOGRAPHY SEA.




















boleh tahan kan,kalau tibanya masa sunset memang tak susah nak dapatkan foto yang cantik,kalau kena pada tempatnya memang amazing gile.jumpa lagi ^^

 Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang update