Tuesday, August 27, 2013

Syawal 1434H di Bumi Australia

Alhamdulillah kita sudah melepasi lebih dari separuh bulan syawal yang mulia. Begitu banyak nikmat dari ALLAH.sedangkan kita hamba selalu berlaku zalim pada SANG PENCIPTA, Maha Baiknya Tuhan memberi rezeki yang melimpah walau apa yang kita buat sebenarnya tak mampu membalas nikmat yang ALLAH beri pada kita. Apakah selepas berpuasa kita sebulan dan menyambut syawal sikap kita seperti sebelum atau lebih baik dari sebelumnya. Moga kita menjadi orang yang terpelihara.

selesai jugak aku baca khutbah,rasa macam jadi tok imam pulak, minta maaf pada semua yang menunggu entri aku. Buat kali pertama aku menulis ENTRI lepas pulang ke tanah air yang tercinta. biasalah bulan Syawal sibuk, sibuk makan dan minum yang tak habis-habis dan masa yang sangat sekejap.

lepas pulang ke tanah air pada 6SYAWAL aku memang tak berhenti ke sana dan ke mari, aku memang nak share dengan korang suasana raya di Western Aussie pada korang?Suasana yang lebih kurang macam bumi Malaysia. penuh dengan gaya ISLAMIC ,memang kalau korang tengok foto yang aku post,memang tak macam kat western,macam kat kampung nenek korang jugak.

Kemeriahan dirasai, penuh dengan juadah tradisi melayu ala-ala Western. suasana hari raya yang syahdu, dengan khutbah raya yang mengingatkan kita betapa ruginya kita kalau selama kita berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. AMBOI?sempat lagi berkhutbah.


aku taknak cerita banyak tapi korang boleh la layan foto nie.

ini la kecil-kecil cili padi. kecik-kecik dah pakai tudung. siap berstokin lagi. yg besar-besar?

tengah-tengah perkampungan kat sana, jumpa lagi GISB punya cwgn. Malaysia Cuisine terbaik!

 budak singapore yang suka berangan beribadah.

Sheikh ini la yang sampaikan khutbah raya. syahdu..

wajah-wajah veteran Melayu Aussie

gelagat budak-budak pagi raya. usha dollar raya. ka-ching!

antara keluarga Islamic Comunity di Aussie. kental beraya tanpa ayah yg jauh berjuang di tanah Uzbekistan

keluarga bahagia, perut pun makin besar 

keluarga Aussie ala-ala diraja

tuan rumah buat openhouse. penat melayan tetamu macam taknak balik

siapa kata kat Malaysia je ada keropok ikan?

Memenuhi undangan ke Malam Pesta Anak Kampung Islamic Comunity di Phoenix Hall, Katanning. 

tengok lauk dia. makan sampai muntah!

mat salleh pun turun padang merasai kemeriahan sambutan yg penuh kesyukuran. semoga hidayah Allah jatuh di hati mereka

Aussie pun main kompang tau!

beraya sampai malam. strawberi macam makan rambutan je

Orang sana mesra dan sangat menghargai tetamu. semoga terus hidup subur dengan semangat Islam di bumi sana
 
gelagat ibu muda melayan anak.
comel je pelayan cilik ni

nikmat Tuhan yang terlalu banyak. terima kasih Tuhan


itu sajalah serba sedikit kenangan beraya di Aussie. kalau nak kongsi semua foto memang jammed la korang punya gadjet. apa-apa pun, di mana pun kita beraya, biarpun di bumi yang bukan majoritinya Islam tapi kalau hati kita benar-benar berbangga dengan agama kita, Tuhan akan ada cara untuk hiburkan hambaNya. terima kasih orang Australia kerana memberi kenangan beraya yang manis. semoga menjadi pengikat silaturrahim biarpun dipisahkan lautan luas. jauh di mata, dekat di hati gitu. TERIMA KASIH TUHAN DI ATAS KESEMPATAN INI..

No comments:

Post a Comment