Monday, December 2, 2013

6 Tips shoot foto kanak-kanak


Dalam dunia fotografi atau pun bukan fotografi atau pun papejela.ramai yang suka shot foto anak-anak mereka atau pun baby comel.ini disebabkan mereka sangat comel.tapi disebab kan kanak-kanak antara subject yang susah dikawal.penuh dengan ragam dan aksi bila nak memasuki zaman mengenal itu dan ini.sini aku nak kongsi berapa tip yang mungkin berguna bila korang nak tembak foto budak yang baru nak membesar.

                          JANGAN POSING

selalu tak dengar para ibu terutamanya bila nak ambik FOTO anak mereka mesti cakap macam ni “berdiri situ” atau “jangan gerak” ataupun “senyum nampak gigi”


ni adalah kesilapan besar bila nak ambik foto kanak-kanak. Biarkan mereka dalam keadaan semulajadi, berlari, meniarap, terbang what so ever.
Perlu diingat, mereka bukan model.
SEMBUNYI

SembKalau boleh ambik gambar bila mereka tak sedar. Dengan cara ini gambar akan nampak lebih natural, hidup dan tak kaku. Gunakan LENS ZOOM berdiri jauh dari subjek dan snap.Bagi yang guna DSLR, tanggalkan bateri grip, kanak-kanak biasanya takut dan cepat kekok dengan kamera besar


Fill the frame   
Takkan semua gambar nak ambik dari kepala ke kaki. Betul tak? Cuba close up pada elemen yang menonjol pada kanak-kanak tu
              


Shutter speed
Cuba gunakan shutter speed yang tinggi bergantung pada pergerakan subjek. Contohnya jika subjek tengah berlari gunakan shutter speed yang tinggi untuk mengelakkan blur. Nak senang? Guna shutter priority mode.
Tapi kadang-kadang saya akan guna shutter yang perlahan sedikit untuk menunjukkan pergerakan.
Fokus
Setkan mod fokus kepada AF-C (AUTO Focus Continues) atau AI Servo (Canon) jika subjek aktif atau jenis tak duduk diam untuk memastikan subjek sentiasa dalam fokus.
+ fokus pada mata
Continuous Short/Burst Mode
Oleh sebab pergerakan kanak-kanak sukar dijangka, ada baiknya gunakan continuous shot untuk memastikan setiap moment dapat ditangkap oleh kamera.
Sabar tahap dewa
Yang terakhir dan paling penting, sabar..hehe. Tunggu moment dan snap!
*****
Bagi yang bergelar ibu dan bapa, fotografi adalah satu cara untuk anda menyimpan kenangan semasa anak-anak anda masih kecil, masih baru mengenali dunia.
Sayangnya kalau anda terlepas saat-saat itu. Lepas ni bolehlah cuba tips di atas dan mula memotret anak-anak anda. Lepas snap jangan lupa PRINT dan buat album khas.

No comments:

Post a Comment