Berapa ramai kat sini yang tau setiap fungsi pada kamera masing-masing? Saya yakin ramai yang tak tau 100% lagi. Termasuk saya sendiri masa mula-mula terlibat dalam fotografi.
Kita dah terbiasa untuk ambil perhatian pada fungsi yang senang sahaja. Macam beli TV, tak semua butang pada remote kita tau kan? Tapi setiap butang tu bukan saja-saja ada kat situ. Ada fungsinya.
Sama macam kamera, jurutera tak letak butang kat kamera suka-suka. Ada fungsinya, dan fungsi-fungsi ini secara tak sedar sangat memberi kesan pada hasil dan cara kita mengambil gambar.
Entri ini saya akan ulas secara ringkas beberapa fungsi yang mungkin selama ni kita terlepas pandang. Perlu diingatkan setiap kamera ada setting yang berlainan. Lepas baca entri ni cuba buka manual kamera untuk maklumat lanjut.
1. Back Button Focusing / AF-L / AF-On
Cara biasa untuk fokus adalah dengan menekan butang shutter (half-press). Tapi cara ini kadang-kadang kurang praktikal terutama bila nak shoot subjek yang statik berulang kali. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan back button focusing atau AF-L/AF-On.
Dengan cara ni korang boleh kunci fokus dan shoot dengan cepat tanpa perlu refocus banyak kali. Lagi satu kelebihan back button focusing adalah korang boleh menggunakan AF-S / One Shot dan AF-C /AI Servo serentak tanpa perlu tukar setting.
Untuk pengguna Nikon, korang kena masuk dalam setting untuk menghidupkan fungsi ni.
2. Exposure Compensation
Dalam mod P, A dan S, kamera akan memastikan exposure sentiasa seimbang (0). Tapi ada beberapa situasi kita memerlukan gambar yang overexpose (terang) atau underexpose (gelap).Exposure compensation membenarkan pengguna mengubah nilai exposure. Tapi kena ingat, lepas tukar EC, pastikan setkan balik ke 0.
Fungsi ini sangat berguna bagi yang tak mahir dengan manual mode.
Entri berkaitan: Apa itu Exposure?
3. AEL (Auto Exposure Lock)
AEL membolehkan kita mengunci eksposure bila menggunakan mod P, A dan S. Kalau tak faham apa itu auto exposure, guna live view dan halakan kamera di kawasan terang, kemudian gelap. Secara automatik kamera akan mengubah nilai exposure supaya seimbang, tapi dengan AEL, korang boleh kunci exposure.
AEL sangat berguna bila nak ambil gambar yang kita nak exposure sesuatu subjek itu seimbang. Contohnya kalau nak ambik gambar langit yang biru, halakan kamera pada langit, tekan butang AE-L, recompose dan shoot. Korang akan dapat langit yang biru berbanding langit putih.
Lagi satu untuk ambik panorama, sebab kita memerlukan setiap gambar mempunyai exposure yang sama.
4. DOF Preview
Button DOF membolehkan kita melihat kesan aperture terhadap depth of field melalui viewfinder. Biasanya, bukaan aperture pada lens adalah besar untuk membolehkan banyak cahaya masuk walaupun kita dah ubah nilai aperture.
Kenapa? Supaya kita boleh melihat melalui viewfinder. Kalau aperture berubah mengikut setting yang kita buat contohnya f22 (bukaan kecil), susah nak lihat melalui viewfinder sebab sikit cahaya yang masuk.
Masalah kat sini apa yang kita lihat pada viewfinder tak sama dengan hasil yang kita akan dapat. Jadi dengan DOF button, korang boleh lihat DOF dari viewfinder.
5. D-R / Active D-Lighting / Auto Light Optimizer
Setting D-R pula bertujuan untuk mengurangkan perbezaan cahaya yang tinggi (highlight & shadow). Susah pulak nak terangkan pakai ayat. Apa kata tengok je gambar kat bawah
Gambar di sebelah kiri D-Lighting On dan yang kanan OFF. Perbezaan dua gambar boleh dilihat dengan jelas. Bila D-Lighting On, bayang-bayang pada gambar sebelah kiri tak ketara berbanding sebelah kanan. Tetapi akan menjejaskan sedikit kontrast dan warna gambar.
6. Diopter
Diopter terletak pada Optical View Finder (OVF). Digunakan untuk mengubah fokus OVF, masalah ini biasanya dihadapi oleh mereka yang menggunakan cermin mata sebab jarak mata lebih jauh berbanding yg tak menggunakan cermin mata.
*****
Entri ini hanya ringkasan sahaja. Kalau di ikutkan, ada banyak lagi yang saya boleh huraikan. atau pun rujuk manual kamera masing-masing.