Monday, May 19, 2014

wedding shah & mimi ( 6 April 2014 )

Anak sulong mummy telah selamat berumahtangga.banyak giler gambar diorang tapi aku share sikit untuk share dalam blog aku yang tak seberapa.bertempat di petaling jaya.cuaca memang cun giler,semangat betul aku tembak_menembak hahahaha...semoga mereka bahagia ke anak cucu!!

Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati.

Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.

Orang jauh berkirimkan surat,
Berkali-kali dibaca jua;
Ikan dilaut asam didarat,
Dalam kuali bertemu jua.

Di malam hari terang senegeri,
Bulan purnama dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri,
Menyambut kedatangan kedua mempelai.

Doa berkat penutupnya amin,
Jari lentik memukul gendang;
Mempelai berangkat di atas pelamin,
Sama cantik sama padan.

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.

Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Feringgi melanggar Inderagiri,
Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.

Keris dan sundang lambang diraja,
Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja,
Makin dibaja semakin subur.

Hadirin berpakaian serba indah,
Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah,
Sila pengantin berangkat pulang.

Dengarlah ini ayah berpesan,
Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan,
Jangan cepat menjadi bosan. 








No comments:

Post a Comment