Sunday, February 2, 2014
iphone sunset
Saturday, February 1, 2014
Apa yang kamu nak?
saya cakap yang fotografi memerlukan kepekaan yang sangat tinggi.setiap sudut dan setiap suasana itulah yang membuatkan hasil kita nampak cantik dan sedap mata memandang.kadang2 watak dalam gambar dan sangat elok dan cantik,tpi tempat atau background teruk membuat ia nampak buruk.Ramai di antara kita hanya pandai menembak gambar tapi masih lemah dalam suasana dalam gambar.ia sangat penting sebenarnya. sebagai satu contoh:jika kita mahu tembak foto pengantin baru.atau di majlis-majlis keramain.kita mungkin boleh mendapatkan gambar yang banyak tapi mungkin sikit sangat yang cantik kerana kamera memang untuk mengambil gambar.set kan dalam Minda gambar yang macamana yang kamu mahukan? sebelum majlis ambil masa beberapa Minit.set kan mengikut keadaan tempat.bayangkan aksi-aksi dari mula hingga habis. Barulah hasilnya akan nampak kemas dan menarik kerana anda sudah pastikan setiap gambar yang anda mahu memang apa yang anda nak?jangan buang masa dengan gambar yang hanya akan di delete.Manafaat kan setiap detik-detik dan sentiasa bersedia.Ingat!!! semua orang pun boleh Tekan button pada kamera.yang penting hasil dan kretiviti.orang bayar mahal kepada photographeruntuk mendapatkan gambar bukan hambar.untuk permulaan rajin ambil gambar apa pun.insyallah dari masa ke semasa kemahiran akan baik dan bertambah baik.rajin dan belajar melalui gambar orang lain dan anda akan mendapat banyak idea.GOOD JOB!!!!
Thursday, January 23, 2014
Tak sedar diri?
Aku nak cerita pasal fotografi buka pasal dunia dan akhirat sudah sedia maklum yang aku bukan ustaz dan setiap perkara memang kena kaitkan dengan akhirat.nanti ade pulak yang cakap aku ini jahil.dan semestinya aku masih jahil.pendapat aku photographer boleh di kaitkan dengan bakat.atau pun memang ade dalam diri seseorang.
Kita kena ukur kemampuan diri dan kebolehan baru boleh mencapai impian.bagi saya untuk kawan2 fotografi adelah bidang seni yang tak semua orang ade kebolehan tersebut.belum tentu seorang yang ade kamera yang canggih akan mendapat hasil yang baik.tapi camera dan lens yang canggih memang aset untuk photographer.untuk mendapatkan hasil yang berseni dan lebih baik.
Cuba bandingkan hasil kita dengan orang lain.jumpa mereka yang lebih lama dalam bidang fotografi.belajar sesuatu dari mereka.sejujurnya saya sendiri pun masih belum mendapatkan hasil yang sangat baik.saya rasa teruk dan saya x gelarkan diri saya seorang photographer.nak ke tahap itu sangat jauhnya.ia adalah jiwa dan diri.camera itu dijadikan jiwa.cakap memang la senang.dan saya nak dapatkan pengalaman yang gile tu.
Ramai diantara kita menggelarkan diri photographer tapi Gambar hanya standart handphone dan di edit dalam Komputer dan itu sangatlah teruk!!biar orang yang menilai.jangan menggelarkan Diri sendiri.seolah kita syok sendiri dan perasan.perjalan masih muda dan jauh.terus nk jadi hebat memang tak layak lansung.....
Saturday, January 18, 2014
ayub+mira wedding (18/1/2014)
sudah berkahwin dah si ayub dan mira tahniah diucapkan.segala puji bagi Allah Majlis berjalan dengan baik dan sempoi.walaupun xde pelamin,hanya pose di makan beradap.memang tersangat sempoi dan aku rasa mereka memang orang yang sukakan majlis yang sederhana.bertempat di cheras,lokasi yang biasa aku pergi,cuma family belah wanita agak kurang suka bergambar tapi tidak mengapa pic candid menjadi sasaran utama dan bukan semua manusia suka bergambar.
lokasi outdoor di taman menjual bunga memang sempoi habis tempat dia.tapi aku showkan kat korang hanya sebahagian pic sahaja.jangan marah ye kanak-kanak.pengantin wanita yang comel dan malu-malu nak bergambar membuatkan aku lebih peka dan rare!!banyak benda jugak aku belajar hari ini.apa pun tahniah yaa!!
lokasi outdoor di taman menjual bunga memang sempoi habis tempat dia.tapi aku showkan kat korang hanya sebahagian pic sahaja.jangan marah ye kanak-kanak.pengantin wanita yang comel dan malu-malu nak bergambar membuatkan aku lebih peka dan rare!!banyak benda jugak aku belajar hari ini.apa pun tahniah yaa!!
wan+farhana wedding (12/1/2014)
hah ini pulak pengantin ke dua.berusia jugak dan memang susah gile nak senyum,dah macam cara aku cuba dan memang susah nak senyum,sabar jelah,,tapi dah jadi tanggungjawab aku,kena buat yang terbaik.tak kesah la muka nak marah ke,nak mata bulat ke,yang penting ade hasilnya.memang tak banyak hasil disebab kan pengantin perempuan memang payah gilerr nak bergambar hahaha satu pengalaman yang aku rasa sangat comel dan cute giler jom layan.hahahahah moga mereka bahagia sehingga akhirat kelak.Amin la hendaknya...
Man+Liza wedding (11/1/2014)
Selamat tahun baru 2014 ,pejam celik sudah besar ye anak mama nie,tahun baru dan azam baru,niat dan semangat kena terus membara,setiap tahun Manusia tanam azam dan semangat baru,semangat yang akhirnya berlalu sahaja seperti angin yang bertiup.kerana niat yang salah dan tingkah laku yang sangat bersimpang dari niat sebenarnya.
Macam aku 2014 tahun yang sangat mencabar untuk aku luaskan fotografi aku ke lebih jauh.2013 masa aku belajar kesilapan dan 2013 ialah hasil aku untuk lebih jauh dan standart iso pro!!aku bukan pro tapi aku akan sentiasa buat dan mencuba Moga ade peningkatan kerana ini semua apa yang aku nak!Allah Tolong!!! jom layan foto First wedding aku untuk tahun 2014!!Bertempat di ipd kuala Muda kedah...Pengantin ini sudah berusia jadi gaya biasa sahaja..disebab kan usia dan gaya foto lelaki sembilu^^
Macam aku 2014 tahun yang sangat mencabar untuk aku luaskan fotografi aku ke lebih jauh.2013 masa aku belajar kesilapan dan 2013 ialah hasil aku untuk lebih jauh dan standart iso pro!!aku bukan pro tapi aku akan sentiasa buat dan mencuba Moga ade peningkatan kerana ini semua apa yang aku nak!Allah Tolong!!! jom layan foto First wedding aku untuk tahun 2014!!Bertempat di ipd kuala Muda kedah...Pengantin ini sudah berusia jadi gaya biasa sahaja..disebab kan usia dan gaya foto lelaki sembilu^^
Thursday, January 9, 2014
Fotografi dan Kreatif
Salam kepada semua pembaca yang di kasihi. Terima kasih kepada semua follower yang sudi menjadi Pembaca blog quegrafi ini. Hari tu ada beberapa orang yang bertanyakan pada saya, bagaimanakah untuk mengambil gambar yang sama macam dalam blog saya ini kalau tiada mempunyai kamera yang mahal. Itu sebenarnya adalah satu soalan yang amat baik.
Memang kamera mahal ada kelebihannya masing-masing. Namun begitu, dalam dunia fotografi apa yang penting bukanlah harga sesebuah kamera tetapi bagaimana kita mengolah kreativiti yang ada dalam diri kita. Untuk menjadi kreatif, tidak semestinya menggunakan peralatan yang mahal. Yang penting adalah idea dan teknik.
Dengan hanya berbekalkan apa yang kita ada, contohnya seperti kamera handphone. Kita sudah boleh mengambil gambar. Kalau handphone kita jenis yang mahal, gambarnya cantik sedikit. Kalau handphone kita dari jenis yang murah, efek gambar saling tak tumpah macam menggunakan kamera LOMOGRAFI.
Tiada halangan jika mempunyai kesungguhan. Bukan semua jurugambar profesional dan amatur itu lahirnya daripada kamera yang mahal. Ramai juga jurugambar profesional dan amatur yang lahir daripada pelbagai jenis medium yang lain contohnya seperti kamera handphone dan juga LOMOGRAFI.
Untuk menaikkan semangat dan keyakinan pembaca-pembaca blog ini, Di sini saya akan lampirkan beberapa karya daripada salah seorang jurugambar profesioanal yang tidak asing lagi iaitu, Henry Reichhold. Gambar-gambar yang dipaparkan dibawah ini diambil oleh beliau dengan hanya menggunakan kamera handphone Nokia N86.
![]() |
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts. |
![]() |
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts. |
![]() |
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts. |
![]() |
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts. |
![]() |
http://share.ovi.com/media/reichholdarts.WEBSIZENOKIAN86/reichholdarts. |
Jadi, bagaimana pendapat anda semua? Tidak semestinya untuk menghasilkan sesuatu gambar itu memerlukan kamera dslr yang mahal kan. Henry Reichhold menjadi terkenal dan telah diangkat sebagai jurugambar profesional dengan hanya menggunakan kamera handphone. Apa tunggu lagi, mulai daripada sekarang anda juga boleh menjadi seorang jurugambar yang kreatif. Mungkin bukan untuk menjadi profesional, tetapi cukuplah untuk simpanan memori peribadi. Contohnya seperti gambar anak anda yang baru lahir, perkahwinan saudara mara ataupun memori anda bersama keluarga, anak, isteri dan suami yang akan menjadi nostalgia sampai bila-bila.
Untuk mengetahui lebih lagi mengenai Henry Reichhold anda bolehlah melawat ke laman webpage beliau dihttp://www.reichholdarts.com ataupun melihat gambar-gambar fotografi handphone beliau yang lain dihttp://share.ovi.com/users/reichholdarts
Subscribe to:
Posts (Atom)