Ya, aku makin sibuk sekarang. Aku dah abaikan anak angkat aku ni sampai bersawang-sawang blog ni.
Disebabkan aku dah lama tak update blog ni, aku nak buat tebusan. aku nak kongsikan tips untuk readers yang sedang mencari atau berniat
nak mengupah photographer khusus untuk apa-apa pun majlis. Dan tips ini, aku
tulis adalah berdasarkan pemerrhatian dan pengalaman aku sebagai official photographer. Mungkin pendapat orang lain, berbeza dari pendapat aku. Sekadar perkongsian..
DARI SUDUT PANDANGAN AKU..
1) Baiknya kalau readers cari khidmat fotografer yang
berdekatan dengan lokasi majlis. Lainlah kalau anda memang ada bajet lebih,
fotografer dari luarnegara pun tak apa, kan?
::
kebiasaannya, kos perjalanan adalah tanggungan klien. Ianya sudah dikira sekali
di dalam pakej yang ditawarkan. So, bila anda nampak harga sesebuah pakej,
jangan hanya fikir album dan upah sahaja. Ianya merangkumi semua perbelanjaan
termasuklah kos perjalanan terutamanya.
2) Tengok portfolio atau semua hasil-hasil kerjanya untuk anda
memahami bagaimana ‘dia’ berkarya. Baca juga testimoni dan review.
:: zaman
sekarang, tiada alasan untuk tidak meneliti butiran ini. Facebook Fanpage,
Instagram, Twitter dan lain-lain medan sosial. Fahami citarasa anda sendiri.
3) Jangan tamak. Maksud aku, dalam situasi readers dalam dilema
antara 2 fotografer atau lebih.
Fotografer A : cara dia menterjemahkan karya
dan kerja editing menepati citarasa korang. Fotografer B : lebih terkenal
berbanding si A, mempunyai pengaruh yang besar dan menjadi salah seorang
kliennya adalah sesuatu yang membanggakan.
:: untuk
situasi ini, SILA PILIH FOTOGRAFER A kerana (!) walaupun B lebih terkenal dan
pastinya hasil kerjanya memuaskan, tetapi CITARASA SETIAP ORANG adalah berbeza.
Jangan bila nanti anda mengupah Fotografer B tapi mengharapkan hasil seperti si
A. Jangan buat macam tu, ya.. JANGAN SEKALI-KALI. Dan, satu lagi.. Fotografer B
juga bermula seperti Fotografer A, bermula dari bawah. Mana tahu korang adalah
salah satu subjek yang mendapat sentuhan ajaib sebelum Fotografer A tu menjadi
terkenal, kan?
4) Cerewet sebelum dan selepas..
:: bagi
aku, semua klien berhak bertanya apa-apa soalan yang dia tidak faham/tidak
arif. Tapi.. pastikan ‘cerewet’ itu sebelum anda confirmkan keputusan untuk
upah fotografer tu. Nak tanya-tanya lagi atau buat apa-apa permintaan selepas
itu, boleh Cuma jangan keterlaluan hingga menyukarkan keadaan. Ingat, hak anda
sebagai klien adalah kebebasan memilih. Hak fotografer adalah kebebasan mereka
dalam berkarya.
5) Kalau nak lebih yakin, anda boleh bertanyakan pendapat orang
yang pernah mendapatkan khidmat fotografer tersebut.
:: di
Facebook, kebiasaannya ada nama di-tag pada gambar. Begitu juga Instagram and
so on.. Rasanya tak salah kalau anda nak bertanya pendapat, kan? Lagi-lagilah
bila anda memerlukan fotografer yang happening, mesra dan boleh dibawa
berbincang.
Elakkan menyesal di kemudian hari.
Antara soalan yang anda boleh tanya apabila sedang berurusan
:
a) Apa yang anda dapat dalam pakej yang ditawarkan. (jenis album,
berapa keping gambar, berapa sesi)
b) Kewujudan kos/cas tersembunyi. (selalu berlaku)
c) Tempoh jam bekerja. (ada fotografer yang meletakkan had
waktu kerja. Mungkin kerana fotografer adalah part-time job baginya.)
d) Jenis album. (anda berhak melihat contoh album yang bakal
anda dapat.)
Aku rasa cukup dengan tips di atas, anda sudah boleh mulakan
langkah mencari fotografer untuk majlis anda. Semoga ianya membantu :)
kakitembak's A TEAM |
No comments:
Post a Comment