Thursday, October 2, 2014

Photography : Tips Memilih Fotografer



Sejak menjebakkan diri secara rasmi sebagai weddingphotographer, macam-macam ragam dah aku hadap. Macam-macam orang aku kenal. Tidak dinafikan, bidang ni membuka mata aku lebih luas dari sebelumnya.

Ya, aku makin sibuk sekarang. Aku dah abaikan anak angkat aku ni sampai bersawang-sawang blog ni.

Disebabkan aku dah lama tak update blog ni, aku nak buat tebusan. aku nak kongsikan tips untuk readers yang sedang mencari atau berniat nak mengupah photographer khusus untuk apa-apa pun majlis. Dan tips ini, aku tulis adalah berdasarkan pemerrhatian dan pengalaman aku sebagai official photographer. Mungkin pendapat orang lain, berbeza dari pendapat aku. Sekadar perkongsian..


DARI SUDUT PANDANGAN AKU..

1) Baiknya kalau readers cari khidmat fotografer yang berdekatan dengan lokasi majlis. Lainlah kalau anda memang ada bajet lebih, fotografer dari luarnegara pun tak apa, kan?
              :: kebiasaannya, kos perjalanan adalah tanggungan klien. Ianya sudah dikira sekali di dalam pakej yang ditawarkan. So, bila anda nampak harga sesebuah pakej, jangan hanya fikir album dan upah sahaja. Ianya merangkumi semua perbelanjaan termasuklah kos perjalanan terutamanya.

2) Tengok portfolio atau semua hasil-hasil kerjanya untuk anda memahami bagaimana ‘dia’ berkarya. Baca juga testimoni dan review.
              :: zaman sekarang, tiada alasan untuk tidak meneliti butiran ini. Facebook Fanpage, Instagram, Twitter dan lain-lain medan sosial. Fahami citarasa anda sendiri.

3) Jangan tamak. Maksud aku, dalam situasi readers dalam dilema antara 2 fotografer atau lebih.

Fotografer A : cara dia menterjemahkan karya dan kerja editing menepati citarasa korang. Fotografer B : lebih terkenal berbanding si A, mempunyai pengaruh yang besar dan menjadi salah seorang kliennya adalah sesuatu yang membanggakan.

              :: untuk situasi ini, SILA PILIH FOTOGRAFER A kerana (!) walaupun B lebih terkenal dan pastinya hasil kerjanya memuaskan, tetapi CITARASA SETIAP ORANG adalah berbeza. Jangan bila nanti anda mengupah Fotografer B tapi mengharapkan hasil seperti si A. Jangan buat macam tu, ya.. JANGAN SEKALI-KALI. Dan, satu lagi.. Fotografer B juga bermula seperti Fotografer A, bermula dari bawah. Mana tahu korang adalah salah satu subjek yang mendapat sentuhan ajaib sebelum Fotografer A tu menjadi terkenal, kan?

4) Cerewet sebelum dan selepas..
              :: bagi aku, semua klien berhak bertanya apa-apa soalan yang dia tidak faham/tidak arif. Tapi.. pastikan ‘cerewet’ itu sebelum anda confirmkan keputusan untuk upah fotografer tu. Nak tanya-tanya lagi atau buat apa-apa permintaan selepas itu, boleh Cuma jangan keterlaluan hingga menyukarkan keadaan. Ingat, hak anda sebagai klien adalah kebebasan memilih. Hak fotografer adalah kebebasan mereka dalam berkarya.

5) Kalau nak lebih yakin, anda boleh bertanyakan pendapat orang yang pernah mendapatkan khidmat fotografer tersebut.
              :: di Facebook, kebiasaannya ada nama di-tag pada gambar. Begitu juga Instagram and so on.. Rasanya tak salah kalau anda nak bertanya pendapat, kan? Lagi-lagilah bila anda memerlukan fotografer yang happening, mesra dan boleh dibawa berbincang.




Elakkan menyesal di kemudian hari.
Antara soalan yang anda boleh tanya apabila sedang berurusan :

a) Apa yang anda dapat dalam pakej yang ditawarkan. (jenis album, berapa keping gambar, berapa sesi)
b) Kewujudan kos/cas tersembunyi. (selalu berlaku)
c) Tempoh jam bekerja. (ada fotografer yang meletakkan had waktu kerja. Mungkin kerana fotografer adalah part-time job baginya.)
d) Jenis album. (anda berhak melihat contoh album yang bakal anda dapat.)


Aku rasa cukup dengan tips di atas, anda sudah boleh mulakan langkah mencari fotografer untuk majlis anda. Semoga ianya membantu :)

kakitembak's A TEAM