Friday, December 13, 2013

outdoor Yim+Nani (8/12/13)

Sebahagian foto outdoor si nani dan yim,memang sempoi dan bertemakan alam kehijau-hijau.bahagia je aku tengok diorang nie,ujian dalam rumah tangga akan datang itu biasalah kan.memang ade pahit dan manisnya.tanda ALLAH sayang la tu.layan aja lah foto yang tak berapa nak giler sangat pasal diorang pun dah penat nak posing.aku memang letak pic natural.supaya korang boleh tengok hasil kerja asli aku yang tak berapa sangat sebenarnya...akan datang aku nak peningkatan dalam diri.









Malam berinai Khairul+izatie (7/12/13)

Ini antara majlis yang best dan sporting.gile-gile punya malam berinai.bagi aku la memang secocok la diorang nie,sama hensem sama cantik.meriah dan penuh dengan gelak ketawa,moga korang bahagia weiiii?syukur alhamdulillah mereka disatukan.tapi aku amek part majlis malam berinai je sebab wedding esok harinya aku buat tempat lain,sedih gile.Jadi diorang amek fotographer lain.kita tak boleh tolak pelanggan sesuka hati,mana yang dahulu,di dulukan.tapi memang terbaik la diorang ini.aku rasa macam sebahagian ahli keluarga je.heee
aku show kan sebahagian foto.yang memang aku tak edit pun,aku lebih suka showkan yang asli.kalau nak buat album mungkin ade main tone warna sedikit.korang layang la yee..trimass














Nikah,sanding YIM + NANI (7/12/13)

SALAM semua,minta maaf dah seminggu tak publish,agak sebuk sikit di hujung tahun,lelaki dewasa biasa memang sebuk kalau hujung tahun.kalau tak sebuk namanya pemalas,kan aku dah cakap aku nak jadikan bidang fotografi sebagai satu perniagaan,sangat baru lagi dan masih mentah,banyak benda yang aku perlu belajar.tapi aku akan cuba buat yang sangat terbaik.pelanggan adalah keutamaan.
aku berani kerana aku tahu kalau aku mulai dari sekarang akan datang aku akan lebih terpelajar,hahahaha..syukur
Sini aku nak kongsi dengan anda sebahagian majlis nikah si kedua mempelai kita yim dan nani,aku show kan sebahagian pic ajalah ye.memang aku tak suka show semua,memang banyak kelemahan,tapi aku tak malu nak tunjuk sbb setiap fotographer pun ade permulaan yang teruk macam aku la..Tahniah kepada kedua pasangan moga bahagia dalam membina kehidupan yang penuh dengan dugaan.AMIN.




















Monday, December 2, 2013

6 Tips shoot foto kanak-kanak


Dalam dunia fotografi atau pun bukan fotografi atau pun papejela.ramai yang suka shot foto anak-anak mereka atau pun baby comel.ini disebabkan mereka sangat comel.tapi disebab kan kanak-kanak antara subject yang susah dikawal.penuh dengan ragam dan aksi bila nak memasuki zaman mengenal itu dan ini.sini aku nak kongsi berapa tip yang mungkin berguna bila korang nak tembak foto budak yang baru nak membesar.

                          JANGAN POSING

selalu tak dengar para ibu terutamanya bila nak ambik FOTO anak mereka mesti cakap macam ni “berdiri situ” atau “jangan gerak” ataupun “senyum nampak gigi”


ni adalah kesilapan besar bila nak ambik foto kanak-kanak. Biarkan mereka dalam keadaan semulajadi, berlari, meniarap, terbang what so ever.
Perlu diingat, mereka bukan model.
SEMBUNYI

SembKalau boleh ambik gambar bila mereka tak sedar. Dengan cara ini gambar akan nampak lebih natural, hidup dan tak kaku. Gunakan LENS ZOOM berdiri jauh dari subjek dan snap.Bagi yang guna DSLR, tanggalkan bateri grip, kanak-kanak biasanya takut dan cepat kekok dengan kamera besar


Fill the frame   
Takkan semua gambar nak ambik dari kepala ke kaki. Betul tak? Cuba close up pada elemen yang menonjol pada kanak-kanak tu
              


Shutter speed
Cuba gunakan shutter speed yang tinggi bergantung pada pergerakan subjek. Contohnya jika subjek tengah berlari gunakan shutter speed yang tinggi untuk mengelakkan blur. Nak senang? Guna shutter priority mode.
Tapi kadang-kadang saya akan guna shutter yang perlahan sedikit untuk menunjukkan pergerakan.
Fokus
Setkan mod fokus kepada AF-C (AUTO Focus Continues) atau AI Servo (Canon) jika subjek aktif atau jenis tak duduk diam untuk memastikan subjek sentiasa dalam fokus.
+ fokus pada mata
Continuous Short/Burst Mode
Oleh sebab pergerakan kanak-kanak sukar dijangka, ada baiknya gunakan continuous shot untuk memastikan setiap moment dapat ditangkap oleh kamera.
Sabar tahap dewa
Yang terakhir dan paling penting, sabar..hehe. Tunggu moment dan snap!
*****
Bagi yang bergelar ibu dan bapa, fotografi adalah satu cara untuk anda menyimpan kenangan semasa anak-anak anda masih kecil, masih baru mengenali dunia.
Sayangnya kalau anda terlepas saat-saat itu. Lepas ni bolehlah cuba tips di atas dan mula memotret anak-anak anda. Lepas snap jangan lupa PRINT dan buat album khas.

Sunday, December 1, 2013

My Instagram

Jom la ramai-ramai ADD my instagram,laman perkongsian gambar yang hangat sekarang.nak mempromosikan sebab nak show kan kepada peminat setia quegrafi,sebab dalam insta memang hari-hari aku update gambar.boleh la korang follow ye,jangan marah brooo..cuma nak berkongsi.hidup dizaman yang penuh dengan teknologi nie.kena guna dengan sebaik mungkin.boleh juga nak direct comment.boleh berkongsi ilmu dan pendapat.semoga ada baiknya.dan ade garis panduan untuk aku lebih kedepan.add la ye QUEGRAFI

slow shutter photography

Selamat sejahtera bersama rahmat ALLAH dan keberkatannya,sini aku nak kongsi pengalaman hari ini,aku sesungguhnya memang tengah angau dengan LANSKAP photography,nak di jadikan cerita aku harini gagah la pergi ke HUTAN LIPUR di utara selangor.korang fikir la sendiri.

 Nak di jadikan cerita aku terjatuh hahahaha,mungkin selipar jepun aku licin sangat,habis basah dan sakit-sakit tulang macam orang tua-tua.ALLAH masa tu baru la ingat dosa,usaha tangga kejayaan,tapi best giler dapat tembak-tembak LANSKAP slow shutter,sesuai dengan jiwa muda aku la kan,Mantera semerah padi.hasil yang agak memuaskan dan aku nak kongsi dengan korang semua photographer dalam hutan,aku tak bawak tripod.aku letak je atas batu.nasib baik camera aku tak ikut sama masuk dalam air.kalau ade yang nak belanja aku camera nikon 800e besttnyaa laa..syukur ALHAMDULILLAH balik dengan selamat.indahnya ciptaan tuhan yang maha agung^^begitulah karangan ringkas dari aku untuk hari ini...^^