Monday, May 19, 2014

Zinnirah dan baby baru

Tahniah buat Zinnirah.Sweet betul dengan baby baru yang memang comel dan gemuk giler!!Percaya tak, biasa orang yang baru dapat baby, akan murah rezeki. Tak taulah kebetulan atau tidak, tapi dah selalu terjadi. Alhamdulillah sihat walafiat baby zin tu. , aku memang tabik spring dekat ibu-ibu yang beranak. Sakit yop aku tengok proses nak beranak ni.
Ada orang, bila anak semakin ramai, dia jadi lebih rajin dan kreatif merencana perbelanjaan, tabungan, dan teroka peluang yang macam-macam. Itu yang rezeki pun datang melimpah-limpah.
Bila kita dah sebati dengan sikap positif untuk berusaha lebih kuat, maka banyak lagi peluang tambah rezeki yang kita bakal perolehi insyaAllah. Kita kena ingat, kadang tu ada juga keluarga yang susah, miskin dan serba kekurangan mempunyai anak yang ramai tapi rezeki tak bertambah jugak. Jangan pulak kita tengok buat tak faham. Kalau kita yang ada lebihan rezeki ni tengok sebelah mata saja, mereka memang akan lebih merana.
Rezeki mereka sebenarnya mungkin datang melalui bantuan kita dan masyarakat sekeliling. Itu kita kena faham, bukan salahkan mereka dengan tuduhan “beranak je tau, tapi nak bagi makan anak tak tau”.
So, jangan serik tambah anak lagi yop hehe.. bagi yang belum atau bakal berkahwin tu, selamat menambah ummat nabi Muhammad, rezeki anak pasti ada :) Jom layan gambar cute diorang .....



wedding shah & mimi ( 6 April 2014 )

Anak sulong mummy telah selamat berumahtangga.banyak giler gambar diorang tapi aku share sikit untuk share dalam blog aku yang tak seberapa.bertempat di petaling jaya.cuaca memang cun giler,semangat betul aku tembak_menembak hahahaha...semoga mereka bahagia ke anak cucu!!

Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati.

Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.

Orang jauh berkirimkan surat,
Berkali-kali dibaca jua;
Ikan dilaut asam didarat,
Dalam kuali bertemu jua.

Di malam hari terang senegeri,
Bulan purnama dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri,
Menyambut kedatangan kedua mempelai.

Doa berkat penutupnya amin,
Jari lentik memukul gendang;
Mempelai berangkat di atas pelamin,
Sama cantik sama padan.

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.

Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Feringgi melanggar Inderagiri,
Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.

Keris dan sundang lambang diraja,
Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja,
Makin dibaja semakin subur.

Hadirin berpakaian serba indah,
Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah,
Sila pengantin berangkat pulang.

Dengarlah ini ayah berpesan,
Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan,
Jangan cepat menjadi bosan. 








cute wedding AM & BELLA ( 5 april 2014 )

memang cute giler diorang ni,gamba aku pun jadi cute hahaha!!!!!aku post sebahagian gambar tapi tak semua,majlis kampung style but nice.memang penuh dengan sentimental la ayah n mak diorang.aku kira beruntung dapat jumpa macam-macam orang untuk belajar tentang cerita orang lain.
Manusia ade sejarah hidup yang berbeza dan setiap orang inginkan lebih baik dari sebelum.kita jangan pandang sebelah mata pada orang lain kerana setiap orang ade kelebihan masing-masing.hidup di dunia hanya sekali,hargailah hidup dengan sebaiknya!!! chaiyokk!!!









wedding simple mursyidi & anni ( 29 MAC 2014 )

Perkahwinan ni simple giler yang pernah aku lalui,memang tak banyak sangat gambar sebab hari hujan,gambar family memang banyak,alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar,kampung style pun meriah juga.penuh dengan orang lama-lama.Tahniah buat kedua mempelai,sebahagian foto dari lensa aku...






fareez & zaza ( wedding 22 mac 2014 )

Bukan suami isteri yang tak pernah kenal/tak pernah bercinta sebelum mereka berkahwin yang later bercinta selepas akad nikah. Tapi suami/isteri yang jatuh cinta dengan orang lain selepas mereka bernikah.
Kalau suami/isteri itu dah berumur, mungkin satu benda yang logik lah kan. Benda dah sezen, mesti rasa lain macam.. Tapi macamana kalau pasangan yang baru setahun dua berkahwin? Atau sebulan dua then suddenly baru rasa yang dia sebenarnya cintakan orang lain instead of orang yang dia nikahi?
Cinta yang hanya dirasa selepas berkahwin dengan orang lain.
Zaman sekarang ni, hanya segelintir kecil saya yang masih mengikuti saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup: 
- agama 
- rupa paras 
- keturunan 
- harta
Ah, memang… ramai yang pilih mengikut point di atas, tapi ambil satu point aje lah, yang lain2 tinggal. Ada yang kahwin sebab cantik lawa semata, sebab keturunan semata, sebab harta semata…
Susah sebenarnya nak ‘combine’ kan kehendak agama tu dengan keadaan sekarang. Kalau kata "tak ikut kehendak agama", itu memang awal2 lagi. Belum apa2 dah dating segala.
Jadi sebaiknya kita berbicara dari segi logik sahaja.
Apa sebenarnya niat dan sebab untuk pernikahan tu? Cinta? Terdesak? Balas dendam? Takde orang nak, so rembat ajelaaaah..?
Ye lah, mungkin tiada jodoh. Dah takdir. Mungkin itu yang terbaik buat mereka.PETIKAN DARI  MOMMY LYNA.

sama juga seperti farez dan zaza sweet gilerr kot,best gile dapat tembak gambar diorang untuk diabadikan dalam kenangan hidup,serba sedikit gambar dari aku untuk dikongsi.....









Wednesday, March 12, 2014

phooshoot 2 mac 2014(shariffah)

Update guna phone jadi kualiti gambar lari hahahaha....sakai much..cerita tentang gambar ni memang banyak dan layan.watak datang dari sarawak sana.plan nak shoot hari jumaat.tapi jalan jem dan hujan.aku dah petak sebab sabtu dan ahad ada shoot tempat lain.tapi dia nak balik isnin.Set masa balik dan cuba buat terbaik mampu.aku set ahad petang..Ahad petang hujan lebat.aku mampu berdoa supaya segala urusan berjalan dengan the best.bincang punya bincang nak juga.so pergi je la set.tak jauh dari hotel.Alhamdulillah sampai set dalam pukul 6.hujan reda.aku bersyukur gila dan ini lah contoh gambar...bila nak sesuatu kalau betul-betul tuhan akan bantu kan...Tuhan maha baik dan dengar doa dari hambanya... 



Saturday, March 8, 2014

baby(qaid)

Tak ramai photographer buat shoot newborn kat malaysia.aku rasa nak masuk juga la dalam dunia baby comel.rasanya tak susah sebab perlukan aset yang comel dan idea yang kreatif.          diorang memang dilahirkan comel dan manja.geram-geram bila melihatnya.aksi semula jadi yang membuat diorang nampak comel.aku akan cuba masukkan dalam pakej juga cute baby photoshoot.  
 
Baru-baru ini aku ade shoot baby qaid yang comel giler.satu pengalaman yang aku rasa awesome giler dan tak susah pun.kena sabar la ibunya sebab anak dia kena buli dengan aku sampai terberak-berak...hahahaha jahat sungguh ye aku nie..tapi xpe hasil yang best dan cantik itu sangat lah cute..nak tengok tak gambar cute.. Jom...???
 
 
 
 
 hahaha...comel sangat kan...bayi yang dilahirkan putih dan bersih.mereka tidak berdosa.ibu bapa la yang perlu mencorak mereka hingga dewasa.chaiyokk!!!!