Saturday, September 14, 2013

HADIAH BUAT JUN



Alhamdulillah.Maha Suci ALLAH yang menjadikan Langit Dan Bumi dan Segalanya.Itu Muqadimahnya.Dalam dunia Fotografi yang aku lalui banyak yang aku belajar tentang FOTOGRAFI CINTA.Maksud aku wedding foto outdoor.takde kaitan dengan cerita DRAGON BALL okee;Memang banyak gila cara diorang tembak-menembak foto sampai aku pun terharu dan ingin jadi macam mereka.Boleh la aku tiru dan buat cara aku sendiri mungkin lebih baik mungkin juga hancur pecah berderai bagai kaca.Dari masa ke semasa aku akan belajar dan cuba dengan izin ALLAH S.W.T.Moga aku mudah diberi faham hendaknya.Disamping alat sampingan seperti lens,speedlite,tripod dan lain-lain.

Dalam dunia yang berkaitan Media atau Fotografi memang dikuasai oleh barat.Kalau nak tiru aku rasa mungkin boleh,tapi di olah pada gaya yang lebih ISLAMIC.Dunia memang perlukan REVOLUSI bila tentera ISLAM bangkit,ehh aku lari tajuk pula.Maksud aku kita buat pada cara yang lebih sopan dan menutup aurat.Sbb barangan lensa mudah didapati dimana-mana,cuma perlukan bajet yang agak besar.

Rata-rata kita tengok foto yang ditembak agak tak sopan dan penuh dengan gaya seksi,kali ini aku nak buat kelainan pada Foto aku.Gaya outdoor yang lebih Islamic dan penuh dengan dramatik.aku yang tembak pun boleh DENGKI. 

Tahniah pada kawan aku Muhammad Jundullah & Nurul Atiqah yang baru-baru ini selamat menjadi pengantin sweet.Manisnya kurma ini.Moga korang bahagia dunia Akhirat dan Mendapat Keredhaan ALLAH dalam menempuh hidup yang penuh dengan tipu daya dunia.Buat anak ramai-ramai oke. ^^Sebagai hadiah dari aku,aku offer shoot outdoor.(PERCUMA)untuk 2 Album wedding.Jom layan contoh FOTO-FOTO yang aku tembak kat muka diorang yang tengah sweet.
  

 


 










AMACAM SWEET TAK.JOM KITA SAMA-SAMA DOAKAN DIA DAN PASANGAN DENGAN DOA YANG BAI-BAIK.AMIN

Tuesday, September 3, 2013

MERDEKA KAN DIRI DARI NAFSU

janji kami agar malaysia menjadi negara islam yang sebenarnya

"Cintailah MALAYSIA tanah tumpah darah kita Madinah kedua negaraku;MALAYSIA.MALAYSIA Negaraku yang Tercinta Tempat Aku Dilahirkan Dan Dibesarkan.Jagalah Kedaulatan Dan Keamanannya.Cintakan Tanah Air Sebahagian Dari Iman.Menjaganya adalah satu kewajiban.Cintailah ia seperti kita Mencintai diri kita.Jangan sampai Ternoda"
Begitulah serba sedikit yang aku petik dari guruku tentang macamana sebenarnya tanggungjawab kita pada NEGARA dan BANGSA.sempena merdeka baru ini aku turut sama datang menyasikan konsert islamic sempena merdeka.biasa malam merdeka lepak mana bro....dataran,karoeka,putra jaya..dan macam lagi tempat yang aku rasa kalau datang pun membazir je,pasal traffic jem yang teruk gila.bosan dan menyusahkan,lansung tak menguntungkan diri.

aku direzkikan menyasikan konsert medeka yang memberi kesan pada diri aku ini.bertapa aku masih belum medeka kan diri aku dari nafsu yang sangat jahat yang selalu menganggu aku.sebelum ini makna merdeka aku ingat hanya pada bumi Malaysia yang bebas dari penjajah.rupanya ia lebih pada merdekakan diri yang selalu lalai dan lupa pada ALLAH.Tuhan yang menjadikan sekalian makhluk.perasaan dan rasa2 itu aku tak dapat nak kongsi kan kerana aku tak sampai tahap naik syeikh nak jelaskan.korang boleh la layan foto yang aku tembak pada malam yang berbahagia itu.

bro?kalau jadi PM nanti turunkan harga minyak boleh.

sebelum bersuara,niat dalam hati.moga dibantu

gelagat background mengewdik-gedwdik.

misteri congga playing

misteri drummer playing.

biasa kan ader wink-wink dalam foto,baru nampak menarik.

penuh semangat makcik nie.hMMMM-hMMMMM

menumpang berkat camera orang lain untuk dapatkan hasil yang berlainan

rapper tersenyum bersama tetamu dari jordan

merdeka islamic konsert punya pasal.semangat ala gitu

generasi baru.moga mereka menjadi pelapis perjuangan

kalau 100 tahun lagi,lelaki misteri nie boleh jadi lagenda tak?

antara gerai yang  jual makanan dan minuman

barang lain pun ada juga

kibarkan jalur gemilang

teater 

tarian sufi,lampu sportlight shot kat muka dia,sbb tu nampak macam muka suci

antara tetamu yang datang

sudut hujung.

BEGITULAH SERBA SEDIKIT MOGA AKU JADI ORANG YANG TERPELIHARA HENDAKNYTA.AMIN

Lensa Mata Ikan(FISHEYE)

Lensa fisheye (mata ikan) adalah lensa wide angle (sudut lebar) berbentuk  melengkung yang boleh menangkap gambar dengan sudut 180 darjah.

Lensa fisheye memiliki titik fokus pendek dan kedalam (depth of field) 
Lensa fisheye adalah lensa jenis karakteristik khusus dan sangat popular pada  fotographer pro.aku sendiri pun meminati lensa jenis fisheye.
Sejarah
Lensa fisheye mulai dikembangkan oleh Nikon pada tahun 1935.
Pada bulan Mac tahun 1957, lensa ini sebenarnya digunakan untuk keperluan meteorologi@cuaca dan pertahanan di Jepun.
Pada tahun 1960, lensa fisheye telah mula dijual pada masyarakat umum dan dapat dibeli  dengan bebas.
Kegunaan
Kerana memiliki sudut pengambilan 180 darjah, lensa ini mampu menghasilkan gambar panorama langit yang gempak.
Gambar hasil dari lensa fisheye boleh ditambah kesan mengunakan program seperti Photoshop untuk menghasilkan foto 360 darjah tanah dan langit.
Lensa fisheye juga boleh digunakan untuk memotret pemandangan dan akan menghasilkan gambar yang sangat unik.
penuh dengan dramatik dan kesan yan realistik sebab itu ia sangat popular pada fotographer yang pro.
Jenis
Ada dua jenis lensa fisheye, circular fisheye dan full-frame fisheye.
Lensa circular fisheye menghasilkan menangkap sudut 180 darjah di kedua-dua arah menegak atau mendatar.
lensa full-frame fisheye mampu mengambil foto yang 180 darjah dalam arah melintang , tetapi kurang daripada 180 darjah ke arah menegak.

Teknik
selaraskan kanta fisheye dengan garis ufuk untuk mendapatkan gambar sudut lebar.
Jika ditembak kanta di bawah ufuk, anda akan mendapat gambar permukaan bumi yang melenkung
Sebaliknya , jika ditembak kanta di kaki langit, anda akan mendapat gambar langit yang melengkung 
selain itu ia juga digunakan dengan belbagai cara yang unik.ikut idea masing-masing dalam mendapatkan komposisi yang menarik.untuki entri seterusnya akuy akan kongsikan foto hasil dari lensa fisheye yang ditembak oleh aku^^

Tuesday, August 27, 2013

Syawal 1434H di Bumi Australia

Alhamdulillah kita sudah melepasi lebih dari separuh bulan syawal yang mulia. Begitu banyak nikmat dari ALLAH.sedangkan kita hamba selalu berlaku zalim pada SANG PENCIPTA, Maha Baiknya Tuhan memberi rezeki yang melimpah walau apa yang kita buat sebenarnya tak mampu membalas nikmat yang ALLAH beri pada kita. Apakah selepas berpuasa kita sebulan dan menyambut syawal sikap kita seperti sebelum atau lebih baik dari sebelumnya. Moga kita menjadi orang yang terpelihara.

selesai jugak aku baca khutbah,rasa macam jadi tok imam pulak, minta maaf pada semua yang menunggu entri aku. Buat kali pertama aku menulis ENTRI lepas pulang ke tanah air yang tercinta. biasalah bulan Syawal sibuk, sibuk makan dan minum yang tak habis-habis dan masa yang sangat sekejap.

lepas pulang ke tanah air pada 6SYAWAL aku memang tak berhenti ke sana dan ke mari, aku memang nak share dengan korang suasana raya di Western Aussie pada korang?Suasana yang lebih kurang macam bumi Malaysia. penuh dengan gaya ISLAMIC ,memang kalau korang tengok foto yang aku post,memang tak macam kat western,macam kat kampung nenek korang jugak.

Kemeriahan dirasai, penuh dengan juadah tradisi melayu ala-ala Western. suasana hari raya yang syahdu, dengan khutbah raya yang mengingatkan kita betapa ruginya kita kalau selama kita berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. AMBOI?sempat lagi berkhutbah.


aku taknak cerita banyak tapi korang boleh la layan foto nie.

ini la kecil-kecil cili padi. kecik-kecik dah pakai tudung. siap berstokin lagi. yg besar-besar?

tengah-tengah perkampungan kat sana, jumpa lagi GISB punya cwgn. Malaysia Cuisine terbaik!

 budak singapore yang suka berangan beribadah.

Sheikh ini la yang sampaikan khutbah raya. syahdu..

wajah-wajah veteran Melayu Aussie

gelagat budak-budak pagi raya. usha dollar raya. ka-ching!

antara keluarga Islamic Comunity di Aussie. kental beraya tanpa ayah yg jauh berjuang di tanah Uzbekistan

keluarga bahagia, perut pun makin besar 

keluarga Aussie ala-ala diraja

tuan rumah buat openhouse. penat melayan tetamu macam taknak balik

siapa kata kat Malaysia je ada keropok ikan?

Memenuhi undangan ke Malam Pesta Anak Kampung Islamic Comunity di Phoenix Hall, Katanning. 

tengok lauk dia. makan sampai muntah!

mat salleh pun turun padang merasai kemeriahan sambutan yg penuh kesyukuran. semoga hidayah Allah jatuh di hati mereka

Aussie pun main kompang tau!

beraya sampai malam. strawberi macam makan rambutan je

Orang sana mesra dan sangat menghargai tetamu. semoga terus hidup subur dengan semangat Islam di bumi sana
 
gelagat ibu muda melayan anak.
comel je pelayan cilik ni

nikmat Tuhan yang terlalu banyak. terima kasih Tuhan


itu sajalah serba sedikit kenangan beraya di Aussie. kalau nak kongsi semua foto memang jammed la korang punya gadjet. apa-apa pun, di mana pun kita beraya, biarpun di bumi yang bukan majoritinya Islam tapi kalau hati kita benar-benar berbangga dengan agama kita, Tuhan akan ada cara untuk hiburkan hambaNya. terima kasih orang Australia kerana memberi kenangan beraya yang manis. semoga menjadi pengikat silaturrahim biarpun dipisahkan lautan luas. jauh di mata, dekat di hati gitu. TERIMA KASIH TUHAN DI ATAS KESEMPATAN INI..