Monday, June 24, 2013

15 FOTO PERTH CITY DI MALAM HARI

salam semua,

2hari tak publish bagaikan 2tahun lamanya.sungguh aku merinduimu.hehehehe,jiwang pulak aku kali nie.sekali-sekala jiwang tak salah beb,rock jugak.ade part kena jiwang.yang penting rasa hamba kena kekalkan dalam diri.AAAP.

Baiklah,kali nie aku nak cerita pasal perth city time malam menjelma,korang rasa,cantik ke perth city time malam,atau biasa-biasa je.macam kat kampung baru KL.atau korang rasa suasana macam di pataya thai yang lintang pukang macam pasar malam 24jam.sory ye orang thai,jgan terasa.aku dah lama nak post Entri nie,sejak aku mula-mula pijak kaki ke bumi perth,aku dah set dlam kepala.nk bagi korang tengok.cantik ke?

Perth city time malam memang cantik bro?kenapa cantik?sebab tuhan ciptakan bumi ini serba cantik la.ehhh betul la kan.apa yang korang tak puas hati lagi,sila tinggalkan comment.sebab perth city terletak di suatu sudut yang memang cantik gila bro?lebih cantik lagi dari RATU ELIZABETH yang makin lama makin tua.dikelilingi lanskap yang indah,laut yang seluas mata memandang.bandar yang kecil dan bersih.Aku nak cakap pun x pandai.tpi bandar dia very simple berbanding kl.amacam boleh bayangkan tak,nak puas lagi.aku post 15 foto time malam di perth city.jangan marah ya,nanti sayang.aku xde la tembak setiap sudut di perth city,sikit cukup la kan.layan..


15 FOTO
nampak tak ade air kat situ.

nie aku tembak dari jauh,seberang sungai@laut

bila dah jauh,senang la nak buat bokeh.amacam berbulu tak

bila malam,kereta pun tak banyak.

sempat buat nama aku lagi,belakang tu la perth city.

sini,bandar memang bersih.

aku paling suka tengok benda nie la.rasa macam nak beli je.

nie pandangan dari dalam,x besar pun.

pukul 10 malam,jalan dan sunyi gila.

ade macam kat dataran merdeka.

yang korang tengok nie.block,bangunan paling tinggi,tpi x tinggi pun.

sebelum masuk perth city.

seluas korang tengok,tu la perth city,amacam kecil tak.
nampak logo nie,datang la makan kat sini,salah satu kedai makan melayu.

penat aku berjalan,rehat di stesen bas.
PERHATIAN!! saya hanya berkongsi serba sedikit foto perth city di waktu malam,kalau nak lagi tunggu ENTRI seterusnya.kalau korang datang perth city 100 tahun lagi.memang tak akan sama dengan apa yang aku post,yang baik dari allah.dan yang buruk dari siapa.dari diri aku sendiri laa.jumpa lagi.salam

Thursday, June 20, 2013

tripod dan 7kegunaanya



Hari ni aku nak cakap sikit pasal kempen sokongan untuk kamera. Kempen ni dah merata-rata ada tapi jarang orang ambil endah. Kenapa yer? Mungkin ramai kurang berminat untuk mendalami kepentingan kempen ni dan dengan senang lenangnya keluar rumah macam tu ja bawa kamera. Kejap, kempen apa ni? Ada ka kempen macam ni? Haha, sebenarnya post kali ni adalah pasal cara untuk menyokong kamera korang semasa mengambil gambar. Kenapa pentingnya ada sokongan yang betul? Kalau kita tak sokong kamera kita dengan betul, nanti ada kemungkinan gambar akan jadi 'blurry' atau 'shaky'.


Terdapat macam-macam jenis sokongan yang korang boleh berikan guna semasa menggunakan DSLR. Berdasarkan latest vote result dekat DPS (Digital Photography School), 19% tidak menggunakan tripod, 70% menggunakan tripod untuk 1%-50% hasil gambar, 10% menggunakan tripod untuk 51%-99% hasil gambar, dan 1% untuk setiap waktu. Kejap, tripod?

Tri maksudnya tiga, pod pulak? iPod ka? Eh eh, bukan adik oi. Tripod tu yang orang guna untuk letak kamera atas tungku kaki tiga macam buat eksperimen sains dulu-dulu tu. Lebih kurang gitu la.

Contoh Lightweight Tripod

------------------------------------------------------------------------------------------------


7 sebab korang perlu gunakan tripod:

Satu: Kegunaan tripod ni adalah untuk bagi lebih banyak stability berbanding dengan sokongan daripada tangan kita sahaja. Bayangkan bila waktu malam, shutter speed akan jadi sangat slow. Bila slow, gambar pun lambat nak ambik. Sekali gambar dah habis proses, mula la nampak terhoyong-hayang kiri kanan, nampak ada hantu kat belakang la, gambar tak sharp, dan macam-macam lagi. Time tu mula la ngamuk kan? Lepas tu pakai flash ambik gambar orang, pakai auto mode, trus hitam background nampak muka orang ja. Time ni la tripod ni membantu. Sebab bila dah ada sokongan yang betul, tak goyang-goyang dah, boleh la kita tumpu perhatian pada subjek supaya tak bergoyang. Ye la, kalau kamera tak goyang, korang goyang masa gambar tengah ambik, memang nak kena pukul dengan tripod la nanti kalau ngamuk pasal gambar blur :)

Contoh gambar KL waktu malam yang fail sebab tak ada tripod.

Dua: Selain tu, tripod ni flexible. Kalau korang ada DSLR, check bawah DSLR tu. Mesti ada lubang untuk masukkan skru dekat tapak tripod. Lubang ni ada kat macam-macam benda untuk tujuan fotografi, contohnya pada camcoder, digital compact camera, tak pun flash gun. Sebab tu namanya flexible.

Tengok bawah DSLR tu, mesti ada lubang. Tak ada?
Tebuk sendiri hehehe.

Tiga: Selain daripada tu, untuk ambil gambar makro, yang korang kena close-up dengan subjek dengan melampaunya, korang wajib gunakan tripod. Bukannya tak boleh, ada ja yang tak mau guna. Tapi, sedikit ja pergerakan korang masa nak ambik gambar tu, boleh spoilkan gambar tu sebab terlari adjustement ke, takpun kamera bergoyang sebab korang bernafas ke.

Bayangkan tiba-tiba korang bersin masa ambil gambar macam ni.
Takpun korang bergoyang sikit, gambar tak sharp dekat debunga tu.

Empat: Untuk mereka yang berminat dengan sport tak pun motor photography, antara shot yang boleh dianggap menarik adalah dengan teknik 'panning', di mana subjek akan kelihatan sharp, tetapi background seakan-akan ada pergerakan. Teknik ni memerlukan satu titik paksi di mana kamera tidak bergerak ke hadapan atau belakang, tetapi sebaliknya dari arah kiri/kanan ke arah yang bertentangan.

Panning method: X adalah subjek. Bentuk kamera tu kamera la, apa lagi.
Contoh panning method. Cool kan?
Lima: Untuk mereka yang suka lanscape atau nature photography, tripod ni penting dari segi nak make sure gambar korang betul-betul sharp bila korang guna aperture yang kecil seperti f11/f16/f20 Bila korang guna aperture kecik macam tu, maka sensor kamera akan memerlukan masa yang lama untuk merekod cahaya. Sedikit movement semasa kamera tengah rekod gambar tu, boleh jejaskan hasil gambar. Sebab tu untuk mengurangkan risiko gegaran pada kamera, photographer akan gunakan tripod. Even untuk nature photography, yang mengambil gambar harimau dalam hutan tu, photographer mesti akan tunggu 'moment' yang sesuai sebelum tekan shutter. Takkan la dia nak pegang kamera lama-lama, mau penat tangan sambil support telephoto lens yang panjang gitu. Sebab tu ada tripod boleh la korang duk senyap-senyap sikit. Takda la penat masa nak compose dan ambil gambar kan?

Bayangkan kalau tak ada tripod masa jalan-jalan masuk national park,
susah nak make sure untuk guna aperture kecik macam ni.
Mount Wilson Colorado in Fall Color copyright Gale Rainwater
Dia datang, dengan lengang lengoknya, AUM!

Enam: Bagi pengguna telephoto lens, yang focal length dalam 80-300mm akan senang dipengaruhi oleh sebarang gegaran kecil disebabkan magnification factor. Bila satu benda tu dibesarkan skalanya, sedikit perubahan boleh membawa impak besar pada satu gambar. Sebagai contoh yang lebih realistik dan senang dibayangkan, ambik hp korang sudah yang boleh rekod video. Masa rekod biasa-biasa nampak ok la kan? Cuba korang zoom maksimum habis, dan tengok la apa jadi bila korang gerakkan tangan sikit ja. Mesti terbabas habis recording tu kan? Lagi satu, kebanyakan telephoto lens ni datang dengan minimum aperture sebesar f4. Even f4 pun memerlukan masa yang lama untuk kamera merekod gambar. Sebab tu gegaran yang sedikit ja boleh menyebabkan image rosak sikit.

P/s: Ada rule pasal shutter speed yang mungkin boleh bagi guideline untuk seminimum mana kita boleh set shutter speed untuk make sure gambar tu sharp, tanpa menggunakan tripod. Sebagai contoh, kalau focal length lens korang tu 200mm, maka shutter speed korang kena make sure 1/200s. Tapi korang kena ingat crop factor. Kalau korang gunaAPS-C macam Sony dengan crop factor 1.5x, maka 200mmx1.5=300mm akan memerlukan 1/300s untuk gambar yang sharp. Kalau korang guna shutter speed yang lagi rendah dari tu, tak pun semasa korang guna aperture mode, dan kalau korang set aperture tertentu dan corresponding shutter speed adalah rendah daripada value 1/focal length yang sepatutnya, it's time to use a tripod bebeh!

Dah la panjang, berat, korang nak pegang sepanjang waktu?
Tujuh: Last, bila korang guna tripod, korang boleh la gunakan tripod ni secara kreatif sikit. Antara kegunaan lain tripod selain mengetuk kepala orang, buat-buat macam senapang, mengacau dodol, dan segala kerja gila korang boleh buat, tripod boleh memberi masa untuk korang release tangan korang dari kamera tu dan berfikir sikit. Selain tu ada tripod yang special sikit yang boleh direndahkan kaki, dipanjangkan leher, untuk ambik vintage point yang sesuai. Jadi, ada tripod ni, apa yang susah nak buat, boleh jadi senang. Disebabkan setiap kaki tripod ni boleh dipanjang dan dipendekkan, maka dalam situasi tanah tak rata, boleh di adjust supaya tripod tu dapat level yang sesuai dan tak tergolek sebab tak seimbang.

Tengok, kaki tripod boleh kankang luas.
Gimnastik fantastik habis!
Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh cakap pasal tripod ni, macam: apa yang korang perlu pertimbangkan untuk membeli tripod, tripod macam mana nak beli, brand apa yang bagus dan functional, dan macam-macam lagi la. Tapi tu cerita di lain hari. Okay, perenggan di bawah ni adalah pasal, apa alternatif selain tripod. Jom tengok!

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah pergi toilet ke makan-makan tadi? Aku dah hehehe. Fuh, sebenarnya penat aku cerita hari ni pasal tripod. Ok, selain daripada tripod, banyak lagi sebenarnya benda yang korang boleh gunakan untuk menyokong kamera korang. Sebagai contoh, monopod. Kalau tripod kaki tiga, monopod satu ja kaki. Senang dibawa, boleh disumbat masuk beg, dan cepat dipasang, monopod merupakan pilihan street photographer yang tak malu mengeluarkan monopod. Di samping tu, sport photographer pun guna juga monopod sebab senang diorang nak angkut lari in case tetiba bola tersalah disepak ke arah diorang. Nak jahanamkan lens $20000 tu? Sila la buat tak tau dekat kamera korang hahaha. Selain dari memudahkan dibawa ke mana-mana, monopod ni juga boleh dijadikan pedang kalau tiba-tiba ada orang nak serang korang. Pancung dia! Hahaha. Lawak ja. Monopod ni, senang cerita, sebab kaki satu, murah la sikit dari tripod. Jadi kalau boleh, korang beli la satu untuk gear photography korang.

Selain monopod, ada gorillapod. Alamak, kejadah pulak gorilla ni? Gorillapod ni adalah tapak tripod yang kakinya ada tiga juga, tapi diperbuat daripada bebola besi yang boleh dibengkokkan dan dilentur untuk dililit pada permukaan yang boleh dililit. Ish, pening bahasa ni hahaha. Senang cerita, gorillapod ni macam monyet sikit, suka bergayut pada dahan pokok, tak pun pada pagar. Jadi dengan mudahnya korang boleh guna apa-apa permukaan untuk dijadikan sokongan untuk korang bergambar. Selain tu gorillapod juga boleh dipacak atas tiga kakinya seakan-akan tripod, cuma pada ketinggian yang rendah sahaja.

Okay, selain daripada keluarga 'pod' ni, ada juga bean bag. Selalunya bean bag ni ramai beli untuk buat kerusi santai-santai. Tapi ada orang buat bean bag untuk letak lens dan body kamera untuk portabiliti paling maksimum sekali. Disebabkan benda ni kecik, jadi senang la disimpan dalam beg kamera sendiri. Nak set up pun senang. Letak ja atas apa permukaan, dan letak kamera korang. Terus bergambar lepas tu. Bean bag ni juga antara gear yang murah. Ye la, isi kacang je dalam beg kecik. Kalau korang nak guna bantal busuk korang pun boleh hehehe.

Terakhir sekali, kita balik ke pangkal jalan je la. Gunakan tangan yang ada, kukuhkan postur badan, dan sentiasa cuba minimakan pergerakan. Salah satu tips yang korang boleh guna untuk fokus pada meminimakan pergerakan semasa nak ambil gambar adalah menggunakan self-timer. Set timer korang kepada 2 saat, dan tekan shutter lepas dah compose gambar. Dalam tempoh dua saat tu, tahan la nafas ke apa-apa ke, untuk ambil gambar. Jangan lupa bernafas lepas tu, kang mati pulak hehehehe.

Monopod
Gorillapod
Bean Bag
  ------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay, last sekali, sebelum aku tutup sesi kali ni, mai kita tengok video oleh mamat photographer ni kat Singapore. Ilmu ada kita kongsi bersama la kan? Dalam video ni, dia akan tunjuk pada kita macam mana nak pegang kamera dalam situasi-situasi yang berlainan. Jadi, apa yang kita belajar hari ni? Sokonglah kamera anda!

Video pasal posisi pegang DSLR dalam pelbagai situasi

Aku rasa dah panjang aku cakap kali ni. Nanti aku akan cakap pasal hal lain pulak. Jangan lupa follow aku tak pun recommend aku hehehe. Apa-apa tanya la, kalau aku reti jawab, aku jawab. Kalau tak reti, aku kelentong hahahaha.


Sunday, June 16, 2013

20 FOTO GISB HITAM DAN PUTIH DI WANDI DR

Assalamualaikum kawan-kawan seperjuangan,apa khabar bro?apa khabar orang kampung dan juga orang Bandar?adakah sudah solat berjemaah?ALLAH;macam ustaz pulak aku harinie kan,kihkih,xdelah,saja je Tanya khabar?BOLEH.aku kat sini baik aja.bisa aja,seperti semalam dan semalam,entri aku kali nie aku nak publish sikit pasal 20foto hitam dan putih di 143 wandi dr,western aussie.

Kan aku dah cakap,yang aku minat gila hitam dan putih lebih,lagi dari aku meminati kumpulan SEARCH,kenapa korang x caye.mesti korang nak cakap,:ELEHH  QUE TU,CAKAP JE,BUAT XPUN?:sampai hati aku fikir macam tu kan.ok fine.harini aku nak post foto,yang memang aku tembak harini [17JUN 13].banyak lagi pun foto,xkan 20 je,ehhh,banyak bunyi pulak,lain hari aku share la lagi.kalau aku post semua harini,habis la blog aku,IN THE END.


Aku tembak style yang memang simple,but kena kreatif,korang tengok la,pastu curi-curi la style aku,aku halalkan,senang je nak belajar,Cuma kena hari-hari tembak,lama-lama dapat la RASA tu,benda kalau kita selalu buat, ada 2 je perasan.1,feal.2,bosan.aku xnak perasaan bosan tu,tu yang kena tolak dan pijak.ehhh banyak pulak aku ceramah kan.jom kita kembali pada zaman pop yeyeh.zasssss 

20 FOTO HITAM DAN PUTIH

GISB la punya tempat ni

nie alamat dia.amacam sweet x

datang la sini kalau betul-betul nak datang.

disini,kasut kena susun,itu apa yang guru ajar.

speaker besar-besar untuk selawatbagi omputih dengar

tanah hasil kuda sepak

ne rumah yang aku duduk.

swimming pool nie,aku xpernah try terjun lagi,sejuk kot.

nie dari belakang.

smart x,tmpt kuda jogging.

senget-senget sikit,

aku ushar je diorang lama-lama

jangan tengok lama-lama,

daun pun boleh jadikan hasil komposisi

geram x,tengok body dia,

yang nie daud,dia paling hensem,

nak panjat bumbung,tembak dulu.


horse shoe

garang betul kuda nie.marah-marah

sempat lagi buat nama.
PERHATIAN!! saya hanya berkongsi. Jadi jangan salahkan saya jika anda rasa,saya tembak tak cantik. saya masih belajar. Tapi setakat ni ramai kawan saya yang berpuas hati dengan hasil kerja saya. Tepuk dada tanya selera. Kalau gambar tak cantik tu bukan salah kamera, lens dan flash.. Tu salah saya la.. wahaha..nanti aku share lagi.wsalam

Saturday, June 15, 2013

smartphone

Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iphone menyebabkan kamera/dslr bukan medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.memang lagu gila,x sempat pakai,dah keluar lagi yang baru.macam aku sendiri,dah macam-macam phone aku try.kesimpulanya,semakin lama,semakin canggih.
Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya                                                                                                        
.Kualiti imej yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low light”.

Perkembangan dunia telefon pintar sejak keluarnya iphone menyebabkan kamera/dslr bukan lagi medium utama untuk mengambil gambar. Pegilah ke mana-mana laman perkongsian gambar, majoriti gambar yang dimuat naik adalah dari smartphone.Salah satu sebab mengapa telefon pintar menjadi popular ialah lebih mudah untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan. Lepas shot, boleh terus upload ke Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.Kualiti imej yang dihasilkan semakin meningkat, walaupun masih tidak dapat menandingi DSLR terutama bila mengambil gambar dalam situasi “low light”.

But still takda masalah nak menghasilkan gambar yang cantik.

1.BersihkanLens

Smartphone biasanya takda lens cap seperti kamera/DSLR. Jadi sebelum shot, ada baiknya bersihkan lens dengan kain yang bersih. Kalau tak gambar akan blur disebabkan minyak/kotoran.

2.JanganZoom

Elakkan guna digital zoom. Buruk bebenor gambar kalau guna digital zoom, lainlah smartphone korang ada optical zoom yang saya cukup pasti memang tak wujud lagi smartphone dengan optical zoom. Kalau nak besarkan subjek dalam gambar, lebih baik crop menggunakan photoshop atau mana-mana image editing sofware.
photo-assistant-apps-header
+ tak perlu komputer untuk buat editing

3.NoFlash

Jangan seronok beronok-ronok sangat kalau smartphone korang ada flash sebab flash pada smartphone sangat tak boleh di harap. Lebih banyak mencacatkan dari mencantikkan (red eye & muka nampak berminyak).
Melainkan korang tau macam mana nak “diffuse” atau “bounce” cahaya dari flash. Cuba gunakan night mode. Tapi kena berhati-hati sebab night mode berfungsi dengan menurunkan shutter speed dan gambar mudah blur.
Sumber cahaya ada banyak, lampu, matahari, lampu suluh, lilin. Kalau dah takda pilihan, baru gunakan flash.

4.Gegaran

Tidak seperti kamera/DSLR, telefon pintar biasanya tidak mempunyai stabilizer kecuali  yang high end model. Gambar lebih mudah blur sebab gegaran terutamanya gambar yang diambil pada waktu malam kerana kelajuan shutter secara automatik akan dikurangkan untuk membolehkan banyak cahaya masuk supaya gambar tak underexpose.

5.Setting

Mahirkan dengan setting kamera pada smartphone korang. Sesetengah model membolehkan korang mengawal fungsi tertentu secara manual seperti white balance dan exposure.


Ada banyak apps yang boleh digunakan untuk menggantikan default apps pada smartphone. Tak perlu instal semua, cari yang sesuai ikut gaya fotografi korang.
Contoh Apps: Split Pic, Multi Lens, Big Lens, Manga Camera, Fast Camera & Fish Eye.

7.Aksesori

Aksesori tambahan boleh digunakan untuk mengatasi limitasi yang ada pada telefon pintar. Contohnya korang boleh beli lens tambahan untuk mendapatkan focal length yang berbeza.

8. SegalanyaKomposisi

komposisi masih lagi penting walau canggih mana pun smarphone yang korang pakai. Cuba tengok contoh-contoh yang ada di internet dan tiru komposisi yang diorang guna. Yup, cara terbaik untuk mahir komposisi ialah dengan meniru.

9.Editing,JanganOver!

Sangat mudah nak edit gambar dengan smartphone. Kalau dulu kena transfer gambar dari kamera dan edit dalam komputer, sekarang lepas snap boleh terus apply efek-efek atau filter yang ada.
Kebanyakkan apps seperti Instagram membolehkan pengguna memberikan efek yang diingini dengan hanya satu langkah. Bagi mereka yang mahir, apps seperti Snapseed dan Adobe Touch menjadi pilihan.
Satu je nak pesan bila buat editing kat smartphone, JANGAN OVER. Boleh seksa jiwa melihat. Buat ala kadar, sesedap rasa. Boleh?

10.Kongsi&Kritik

Kalau korang serius dalam fotografi, kongsi gambar yang terbaik sahaja. Ingat, mereka yang hebat dalam fotografi pun tak semua gambar yang diambik cantik, ada jugak yang tak menjadi, tapi diorang tak tunjuk kat siapa-siapa. Diorang hanya tunjuk yang terbaik sahaja.
Nak share kat mana? Cari platform yang popular seperti Instagram, Flickr atau 500px. Follow mereka yang korang rasa memang layak dipanggil photographer dan mintak komen. Dari situ boleh belajar banyak dan insyAllah boleh improve lagi.
*****
 Tapi tak mustahil gambar dari smartphone boleh setanding dengan yang diambil dengan DSLR jika betul caranya.mesti boleh kalau usaha^ ^