Thursday, June 20, 2013

tripod dan 7kegunaanya



Hari ni aku nak cakap sikit pasal kempen sokongan untuk kamera. Kempen ni dah merata-rata ada tapi jarang orang ambil endah. Kenapa yer? Mungkin ramai kurang berminat untuk mendalami kepentingan kempen ni dan dengan senang lenangnya keluar rumah macam tu ja bawa kamera. Kejap, kempen apa ni? Ada ka kempen macam ni? Haha, sebenarnya post kali ni adalah pasal cara untuk menyokong kamera korang semasa mengambil gambar. Kenapa pentingnya ada sokongan yang betul? Kalau kita tak sokong kamera kita dengan betul, nanti ada kemungkinan gambar akan jadi 'blurry' atau 'shaky'.


Terdapat macam-macam jenis sokongan yang korang boleh berikan guna semasa menggunakan DSLR. Berdasarkan latest vote result dekat DPS (Digital Photography School), 19% tidak menggunakan tripod, 70% menggunakan tripod untuk 1%-50% hasil gambar, 10% menggunakan tripod untuk 51%-99% hasil gambar, dan 1% untuk setiap waktu. Kejap, tripod?

Tri maksudnya tiga, pod pulak? iPod ka? Eh eh, bukan adik oi. Tripod tu yang orang guna untuk letak kamera atas tungku kaki tiga macam buat eksperimen sains dulu-dulu tu. Lebih kurang gitu la.

Contoh Lightweight Tripod

------------------------------------------------------------------------------------------------


7 sebab korang perlu gunakan tripod:

Satu: Kegunaan tripod ni adalah untuk bagi lebih banyak stability berbanding dengan sokongan daripada tangan kita sahaja. Bayangkan bila waktu malam, shutter speed akan jadi sangat slow. Bila slow, gambar pun lambat nak ambik. Sekali gambar dah habis proses, mula la nampak terhoyong-hayang kiri kanan, nampak ada hantu kat belakang la, gambar tak sharp, dan macam-macam lagi. Time tu mula la ngamuk kan? Lepas tu pakai flash ambik gambar orang, pakai auto mode, trus hitam background nampak muka orang ja. Time ni la tripod ni membantu. Sebab bila dah ada sokongan yang betul, tak goyang-goyang dah, boleh la kita tumpu perhatian pada subjek supaya tak bergoyang. Ye la, kalau kamera tak goyang, korang goyang masa gambar tengah ambik, memang nak kena pukul dengan tripod la nanti kalau ngamuk pasal gambar blur :)

Contoh gambar KL waktu malam yang fail sebab tak ada tripod.

Dua: Selain tu, tripod ni flexible. Kalau korang ada DSLR, check bawah DSLR tu. Mesti ada lubang untuk masukkan skru dekat tapak tripod. Lubang ni ada kat macam-macam benda untuk tujuan fotografi, contohnya pada camcoder, digital compact camera, tak pun flash gun. Sebab tu namanya flexible.

Tengok bawah DSLR tu, mesti ada lubang. Tak ada?
Tebuk sendiri hehehe.

Tiga: Selain daripada tu, untuk ambil gambar makro, yang korang kena close-up dengan subjek dengan melampaunya, korang wajib gunakan tripod. Bukannya tak boleh, ada ja yang tak mau guna. Tapi, sedikit ja pergerakan korang masa nak ambik gambar tu, boleh spoilkan gambar tu sebab terlari adjustement ke, takpun kamera bergoyang sebab korang bernafas ke.

Bayangkan tiba-tiba korang bersin masa ambil gambar macam ni.
Takpun korang bergoyang sikit, gambar tak sharp dekat debunga tu.

Empat: Untuk mereka yang berminat dengan sport tak pun motor photography, antara shot yang boleh dianggap menarik adalah dengan teknik 'panning', di mana subjek akan kelihatan sharp, tetapi background seakan-akan ada pergerakan. Teknik ni memerlukan satu titik paksi di mana kamera tidak bergerak ke hadapan atau belakang, tetapi sebaliknya dari arah kiri/kanan ke arah yang bertentangan.

Panning method: X adalah subjek. Bentuk kamera tu kamera la, apa lagi.
Contoh panning method. Cool kan?
Lima: Untuk mereka yang suka lanscape atau nature photography, tripod ni penting dari segi nak make sure gambar korang betul-betul sharp bila korang guna aperture yang kecil seperti f11/f16/f20 Bila korang guna aperture kecik macam tu, maka sensor kamera akan memerlukan masa yang lama untuk merekod cahaya. Sedikit movement semasa kamera tengah rekod gambar tu, boleh jejaskan hasil gambar. Sebab tu untuk mengurangkan risiko gegaran pada kamera, photographer akan gunakan tripod. Even untuk nature photography, yang mengambil gambar harimau dalam hutan tu, photographer mesti akan tunggu 'moment' yang sesuai sebelum tekan shutter. Takkan la dia nak pegang kamera lama-lama, mau penat tangan sambil support telephoto lens yang panjang gitu. Sebab tu ada tripod boleh la korang duk senyap-senyap sikit. Takda la penat masa nak compose dan ambil gambar kan?

Bayangkan kalau tak ada tripod masa jalan-jalan masuk national park,
susah nak make sure untuk guna aperture kecik macam ni.
Mount Wilson Colorado in Fall Color copyright Gale Rainwater
Dia datang, dengan lengang lengoknya, AUM!

Enam: Bagi pengguna telephoto lens, yang focal length dalam 80-300mm akan senang dipengaruhi oleh sebarang gegaran kecil disebabkan magnification factor. Bila satu benda tu dibesarkan skalanya, sedikit perubahan boleh membawa impak besar pada satu gambar. Sebagai contoh yang lebih realistik dan senang dibayangkan, ambik hp korang sudah yang boleh rekod video. Masa rekod biasa-biasa nampak ok la kan? Cuba korang zoom maksimum habis, dan tengok la apa jadi bila korang gerakkan tangan sikit ja. Mesti terbabas habis recording tu kan? Lagi satu, kebanyakan telephoto lens ni datang dengan minimum aperture sebesar f4. Even f4 pun memerlukan masa yang lama untuk kamera merekod gambar. Sebab tu gegaran yang sedikit ja boleh menyebabkan image rosak sikit.

P/s: Ada rule pasal shutter speed yang mungkin boleh bagi guideline untuk seminimum mana kita boleh set shutter speed untuk make sure gambar tu sharp, tanpa menggunakan tripod. Sebagai contoh, kalau focal length lens korang tu 200mm, maka shutter speed korang kena make sure 1/200s. Tapi korang kena ingat crop factor. Kalau korang gunaAPS-C macam Sony dengan crop factor 1.5x, maka 200mmx1.5=300mm akan memerlukan 1/300s untuk gambar yang sharp. Kalau korang guna shutter speed yang lagi rendah dari tu, tak pun semasa korang guna aperture mode, dan kalau korang set aperture tertentu dan corresponding shutter speed adalah rendah daripada value 1/focal length yang sepatutnya, it's time to use a tripod bebeh!

Dah la panjang, berat, korang nak pegang sepanjang waktu?
Tujuh: Last, bila korang guna tripod, korang boleh la gunakan tripod ni secara kreatif sikit. Antara kegunaan lain tripod selain mengetuk kepala orang, buat-buat macam senapang, mengacau dodol, dan segala kerja gila korang boleh buat, tripod boleh memberi masa untuk korang release tangan korang dari kamera tu dan berfikir sikit. Selain tu ada tripod yang special sikit yang boleh direndahkan kaki, dipanjangkan leher, untuk ambik vintage point yang sesuai. Jadi, ada tripod ni, apa yang susah nak buat, boleh jadi senang. Disebabkan setiap kaki tripod ni boleh dipanjang dan dipendekkan, maka dalam situasi tanah tak rata, boleh di adjust supaya tripod tu dapat level yang sesuai dan tak tergolek sebab tak seimbang.

Tengok, kaki tripod boleh kankang luas.
Gimnastik fantastik habis!
Sebenarnya banyak lagi yang aku boleh cakap pasal tripod ni, macam: apa yang korang perlu pertimbangkan untuk membeli tripod, tripod macam mana nak beli, brand apa yang bagus dan functional, dan macam-macam lagi la. Tapi tu cerita di lain hari. Okay, perenggan di bawah ni adalah pasal, apa alternatif selain tripod. Jom tengok!

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dah pergi toilet ke makan-makan tadi? Aku dah hehehe. Fuh, sebenarnya penat aku cerita hari ni pasal tripod. Ok, selain daripada tripod, banyak lagi sebenarnya benda yang korang boleh gunakan untuk menyokong kamera korang. Sebagai contoh, monopod. Kalau tripod kaki tiga, monopod satu ja kaki. Senang dibawa, boleh disumbat masuk beg, dan cepat dipasang, monopod merupakan pilihan street photographer yang tak malu mengeluarkan monopod. Di samping tu, sport photographer pun guna juga monopod sebab senang diorang nak angkut lari in case tetiba bola tersalah disepak ke arah diorang. Nak jahanamkan lens $20000 tu? Sila la buat tak tau dekat kamera korang hahaha. Selain dari memudahkan dibawa ke mana-mana, monopod ni juga boleh dijadikan pedang kalau tiba-tiba ada orang nak serang korang. Pancung dia! Hahaha. Lawak ja. Monopod ni, senang cerita, sebab kaki satu, murah la sikit dari tripod. Jadi kalau boleh, korang beli la satu untuk gear photography korang.

Selain monopod, ada gorillapod. Alamak, kejadah pulak gorilla ni? Gorillapod ni adalah tapak tripod yang kakinya ada tiga juga, tapi diperbuat daripada bebola besi yang boleh dibengkokkan dan dilentur untuk dililit pada permukaan yang boleh dililit. Ish, pening bahasa ni hahaha. Senang cerita, gorillapod ni macam monyet sikit, suka bergayut pada dahan pokok, tak pun pada pagar. Jadi dengan mudahnya korang boleh guna apa-apa permukaan untuk dijadikan sokongan untuk korang bergambar. Selain tu gorillapod juga boleh dipacak atas tiga kakinya seakan-akan tripod, cuma pada ketinggian yang rendah sahaja.

Okay, selain daripada keluarga 'pod' ni, ada juga bean bag. Selalunya bean bag ni ramai beli untuk buat kerusi santai-santai. Tapi ada orang buat bean bag untuk letak lens dan body kamera untuk portabiliti paling maksimum sekali. Disebabkan benda ni kecik, jadi senang la disimpan dalam beg kamera sendiri. Nak set up pun senang. Letak ja atas apa permukaan, dan letak kamera korang. Terus bergambar lepas tu. Bean bag ni juga antara gear yang murah. Ye la, isi kacang je dalam beg kecik. Kalau korang nak guna bantal busuk korang pun boleh hehehe.

Terakhir sekali, kita balik ke pangkal jalan je la. Gunakan tangan yang ada, kukuhkan postur badan, dan sentiasa cuba minimakan pergerakan. Salah satu tips yang korang boleh guna untuk fokus pada meminimakan pergerakan semasa nak ambil gambar adalah menggunakan self-timer. Set timer korang kepada 2 saat, dan tekan shutter lepas dah compose gambar. Dalam tempoh dua saat tu, tahan la nafas ke apa-apa ke, untuk ambil gambar. Jangan lupa bernafas lepas tu, kang mati pulak hehehehe.

Monopod
Gorillapod
Bean Bag
  ------------------------------------------------------------------------------------------------
Okay, last sekali, sebelum aku tutup sesi kali ni, mai kita tengok video oleh mamat photographer ni kat Singapore. Ilmu ada kita kongsi bersama la kan? Dalam video ni, dia akan tunjuk pada kita macam mana nak pegang kamera dalam situasi-situasi yang berlainan. Jadi, apa yang kita belajar hari ni? Sokonglah kamera anda!

Video pasal posisi pegang DSLR dalam pelbagai situasi

Aku rasa dah panjang aku cakap kali ni. Nanti aku akan cakap pasal hal lain pulak. Jangan lupa follow aku tak pun recommend aku hehehe. Apa-apa tanya la, kalau aku reti jawab, aku jawab. Kalau tak reti, aku kelentong hahahaha.


No comments:

Post a Comment