Tuesday, June 4, 2013

bila sensor diserang dust atau fungus


Dust and fungus @ debu dan kulat antara perkara yang sinonim dengan pemilik DSLR. Firstly aku nak cerita tentang “dust”.
Biasanya debu yang terlekat pada sensor akan memberi kesan kepada imej berbanding debu yang terlekat pada lens. Cara nak check senang je, set pada Manual, gunakan aperture yang tinggi seperti f22 dan shutter sehinggaexposure seimbang (exposure 0). Pastu snap langit, sebaiknya langit yang biru, atau snap pada kertas putih. Kalau ada bintik-bintik hitam, cuba tukar lens. Jika masih ada lagi bintik hitam, maksudnya sensor dah kena debu, kalau lepas tukar lens takda bintik hitam, maknanya lens yang ada dust.
DSC_00016
+ bintik-bintik hitam pada gambar.
Untuk sensor yang kena dust, korang just perlu guna blower untuk buang dust tersebut, jangan sesekali tiup dengan mulut. Nak tau lebih lanjut cara-cara membersihkan sensor, korang boleh rujuk:
Cara nak elak sensor/lens dari dust/debu:
  • jangan tukar lens di tempat yang terbuka.
  • elakkan zoom in/zoom out di tempat yang berdebu. Udara boleh tertarik ke dalam lens.
Manakala sensor yang kena fungus/kulat, ada baiknya korang hantar ke servis centre terus sebab fungus ni agak susah nak buang. Fungus lebih bahaya dari dust sebab fungus boleh merosakkan “coating” yang ada pada sensor dan lens jika dibiarkan lama. Bagi sensor yang ada fungus, korang boleh lihat dengan jelas pada gambar seperti di bawah, tapi fungus yang terkena kat lens hanya mengurangkan “contrast” dan ketajaman gambar.
IMG_0966
+ contoh gambar dari sensor kamera yang dijangkiti fungus/kulat.
Cara nak elak sensor/lens dari fungus:
  • simpan kamera/lens di dalam drybox/bekas kedap udara + silica gel.
  • jangan biarkan kamera/lens di dalam beg dalam jangka masa yang lama.
  • jika kamera/lens terkena air, lap dengan kain kering serta merta.
  • snap beberapa gambar kalau dah lama tak pakai kamera, sekadar nak bagi kamera tu “panas”.
Susah jugak nak jaga kamera lagi-lagi DSLR kan? Lagi senang nak jaga bayi. Mula-mula masa nak beli memang takut jugak bab-bab nak jaga DSLR ni, tapi lama-lama korang akan biasa. 

:)

No comments:

Post a Comment