Monday, June 10, 2013

50MM

Assalamualaikum semua.Lama tak PUBLISH,Sampaikan ade pihak yang (marah-marah) sebab lama tak update,Biasalah duduk aussie,bukan hari-hari boleh menulis pun,lagi-lagi sekarang aku sebuk dan banyak kerja,Tapi jangan marah lama-lama nanti rindu,ecehhhh, Kali ini aku uploadkan gambar - gambar yang diambil dengan lens Nikkor AF 50mm  iaitu lens paling murah Nikon lebih kurang RM180 secondhand.Baru dalam RM380. Walaupun lens ni murah tapi kualiti gambar daripadanya adalah sangat tinggi jika kita pandai menggunakannya., mudah nak shoot gambar yang kita nak (tak seperti zoom iaitu perspektif gambar tak konsisten), sangat sharp, bagus untuk low light, focusing laju, murahdan bagus untuk landskap jugak walaupun tak terlalu wide.

Jadi aku sangat rekemenkan anda beli lens ni jika anda ada duit lebih sebab lens ni sangat murah dan berbaloi untuk dibeli..

Kelebihan lens ni :
1) Murah
2) Sesuai untuk portrait (Apabila digunakan pada kamera DX)
3) Sesuai untuk hampir semua jenis keperluan fotografi (Apabila digunakan pada kamera FX Full Frame)
4) Sangat sharp!!
5) Bagus untuk low light (50mm f/1.4 lebih mahal hampir 2 kali ganda dari lens ini dengan kelebihan yang sedikit iaitu 2/3 kali ganda lebih cerah dari lens ni).
6) Ringan (Tak letih nak bawak utk shoot all day long)
7) Fixed focal length (kita akan jadi lebih kreatif terutama dalam bab composition dan perspektif berbanding menggunakan zoom lens)
8) Autofokus yang sangat laju (walaupun tak laju macam lens mahal dgn motor SWM yang besar, tp jauh lebih laju dari kit lens yang bukan Internal Focusing dan Rear Focusing)
9) Lebih peluang untuk dapat perfect fokus dalam gelap berbanding lens f/2.8, f/4 dan lain2 lagi sebab bila lens ni f/1.8 ianya mampu collect lebih banyak cahaya untuk bantu sensor autofokus untuk fokus dalam gelap.
10) Bokeh pun superb.. Kalau nak beli lens lain mahal sangat so kira lens ni dah power la..
11) Lens ni boleh digunakan untuk shoot macro bila menggunakan teknik reverse lens dan menggunakan adapter reverse ring.
12) Dah tak ada idea dah.. banyak sgt taip.

Keburukan lens ni :
1) Tak boleh autofokus dengan kamera D40, D40x, D60, D3000 dan D5000.
2) Lens ni body plastik (Tapi padan dengan harga la.. Walaupun plastik tp sangat keras)
3) Tak diberikan sekali lens hood.. So nampak tak ganas la.. (tp secara praktikalnya lens hood tak perlu untuk lens ni sebab front elemen ada jauh kat dalam lens.. So risiko flare dan calar sangat kurang)
4) Orang mudah kene "racun" dgn lens ni sbb harga murah sgt n aku seorang yang jahat.. letak banyak contoh gambar.. So orang akan cakap lens ni menarik dan beli lens ni.. Duit pun habis haha..

Final recommendation... Beli la lens ni.. Best!! Padan dengan harga :)

7 FOTO DARI 50MM








PERHATIAN!! saya hanya memberikan pendapat saya mengenai lens ini. Jadi jangan salahkan saya jika anda beli lens ini tapi tidak menyukainya. Tapi setakat ni ramai kawan saya yang beli lens ni dan berpuas hati dengannya. Tepuk dada tanya selera. Kalau gambar tak cantik tu bukan salah kamera, lens dan flash.. Tu salah sape ntah.. wahaha..

No comments:

Post a Comment