Thursday, July 25, 2013

CAHAYA

LIGHTING FOTOGRAFI (TEKNIK PENCAHAYAAN)

Hari ini aku nak cerita sikit pasal cahaya dalam fotografi.ia amat berkait rapat dengan cantiknya  gambar yang kita tembak. cahaya yang baik merupakan syarat untuk menghasilkan foto yang gempak, semua settingnya yang kita setup ISO,shutter Speed,Aperture seakan-akan di lakukan hanya untuk mendapatkan pencahayaan yang baik .lighting merupakan suatu elemen terpenting dalam fotografi,foto yang di hasilkan akan nampak cantik bila cahaya kita kawal dengan baik .sembang masalah tentang pencahayaan (Lighting) semua ini bergantung pada kita sendiri,setiap foto mempunyai jumlah cahaya yang berbeza,tengok pada foto yang kita nak tembak.
semua ini berkait rapat dengan cahaya :
1- Intensitas Cahaya adalah Kekuatan Cahaya .
Lakukan pengambilan foto dengan ukuran cahaya yang seimbang sehingga dapat menghasilkan foto yang nampak natural, jangan terlalu kuat dan jangan terlalu lemah .
Jika memang lokasi tembak foto anda bercahaya tinggi, sebaiknya atur settingnya Segitiga Eksposur . 
2- Arah Datang Cahaya
Arah datang Cahaya sangat berpengaruh pada komposisi foto,shadow dan highlight.
*Cahaya Depan adalah Cahaya yang sangat bagus untuk mengoptimalisasi kan foto, cahaya yang merata akan membuat foto nampak lebih bagus dan lebih cantik .
*Cahaya Sampingan adalah Cahaya yang membuat perubahan pada shadow(bayangan) dan dapat menghasilkan foto yang artistik .
*Cahaya Belakang adalah Cahaya yang biasa di gunakan dalam pengambilan foto siluet,elakkani arah cahaya  bila memang anda tidak inginkan foto siluet .
3- Spektrum
Merupakan cahaya yang mengandung beberapa warna, sumber cahaya  memiliki warna yang berbeza. Contohnya seperti lampu neon, kita tahu bahawa lampu neon itu berwarna putih tapi tidak untuk kamera . Lampu neon itu berwarna biru bagi kamera .sampai sini sahaja ilmu yang aku kongsikan.pejam celik dah separuh ramadhan^^

Tuesday, July 16, 2013

CUBALAH BUAT?


+cubalah rasa+

semalam ALHAMDULILAH suasana berbuka puasa yang awesome,syukur pada tuhan,nikmat itu aku yang rasa.untuk 3 hari sebelum perth tak sejuk.aku rasa syukur sangat.walaupun sebenarnya yang sejuk kan pun tuhan.
pejam celik dah 6 hari kita berpuasa,hampir masuk seminggu,lepas tu sebulan,lepas tu setahun,lepas tu 10 tahun,lepas tu 100 tahun,apa la yang aku melalut kesitu
.

sebenarnya aku lagi beberapa hari nak balik malaysia,tapi tuhan lagi maha mengetahui,aku balik lepas raya.++
raya di negara orang  jawabnya.tapi x apalah,pengalaman tu yang mahal.setakat ni aku masih berpuasa penuh untuk 6day,siang singkat.kalau x larat xpayah jadi lelaki la bro?tapi dari segi lahir la,dari segi pengisian jiwa,aku rasa aku masih gagal dan tak ikut iso orang SOLEH
.

cerita semalam,lepas berterawih berjemaah,walau aku sebuk dengan camera aku,nak tembak foto orang solat tarawih.sebuk je aku ni.lepas tu .kami  lepak luar.biasa sejuk.tapi dengan kuasa tuhan.tak sejuk,aku boleh belari anak lagi kehulu dan hilir.biasa malam duduk dalam rumah je,nak keluar,terkejut urat boleh koma.bersama kawan-kawan malaysia dan singapore kami berBBQ.
+stim tak melihatnya+

disamping boleh eratkan kasih sayang,kami boleh panaskan badan.huhu.tapi aku sedih giler sbb aku melantak makan daging sikit je,pasal waktu berbuka aku dah makan kue teow bro musayyap yang panas gile tu banyak,penuh sudah perut aku hendaknya.tapi memang best giler,bakar ramai-ramai,makan ramai-ramai.kalau korang tak caye?cubalah buat.BERJEMAAH TU RAHMAT KAN.


kenapa masih belum pro?

Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.dan memuatkan kita mahu lihat berkali-kali
Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?dia manusia,kita pun manusia.apa yang lain?

1.Komposisi

Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.aku sendiri pun biasa tiru dalam google.
SiapaHero?
Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).
So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.

+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?

3.HeroBuatApa?

Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.
Elakkan ambik muka saja atau separuh badan.  Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.

4.MudahdanMinimalist

Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.
3 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi
+ contoh foto minimalist
Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. icon smile 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

5.PelbagaiSudut

Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.
Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level),  tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak.  Bereksperimenlah dan buat kelaian.
professional photographer 600x221 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi
+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan

6.Pencahayaan

Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.
Pencahayaan yang “flat” adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.

7.LanggarPeraturan(BreaktheRules)

Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar sesuka hati.
                                                            + cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto

8.Tapiyangpalingpenting…

Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,”senggama semua peraturan (f**k all the rules)” adalah “moment” (GoogleTranslate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?
aku percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.
Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam “moment” yang tepat, terutama foto-foto haiwan.
Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab “moment” yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.
 *******
Tips-tips di atas kebanyakkan saya korek dari sifu-sifu fotografi yang saya jumpa secara personal, bukan takat baca blog atau tengok video. Terus terang saya cakap, saya improve banyak lepas ikut tips mereka.
Satu lagi, ada aku cakap kena pakai kamera brand ini, brand itu & yang mahal-mahal? Takde kan? So guna apa saja kamera yang ada di tangan korang.jadi korang dah tahu kan,kenapa foto yang di tembak tak cantik-cantik.cuba follow tips yang aku bagi.
. Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang updateicon biggrin 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

Wednesday, July 10, 2013

Puasa Pertama di Perth


SELAMAT BERPUASA

puasa pertama aku di barat australia nie,baik aja.tapi pagi tadi aku bangun lewat,pukul 5 baru terkedek-kedek macam itik,nak mandi dan sahur.makan nasi goreng je,takde yang best,tapi alhamdulillah.pagi-pagi nak makan best,kena duduk malaysia la.mujur hari ni tak sejuk sangat.jadi aku xde la cepat lapar,yang best nya siang pendek,subuh jam5,50.magrib jam 5.29.kira ok la tu.nak cepat macamana lagi bro?lepas subuh aku mengaji tadarus dengan syeikh norhan.aku bukan pandai sangat,ikut-ikut je la.tapi memang kena baiki.tak kan nak duduk di takuk yang lama sampai kiamat bro..

lepas tu,aku tidur rehat sampai zuhur,hahahaha.bangun solat zohur dan terus ke Perth City,meneruskan aktiviti aku macam biasa.kat sini kena pandai jaga diri,kalau tak puasa,xde siapa nak marah,pasal negara kafir,kedai bukak macam biasa,tahun nie aku memang tekad nak puasa penuh,lahir dan batin.  bila masuk waktu berbuka, memang nasilah yang aku cari. lauk aku berbuka biasa je. nasi + sotong + ayam masak merah. mujur ada kedai Melayu kat Perth City, kalau tak, memang tak kenyanglah aku sebab perut aku ni perut orang Melayu. aku benci justin bieber spagheti! aku sayang nasi. tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. aku nak kongsi pendapat aku pasal bulan Ramadhan ni.
puasa,adalah termasuk dalam rukun islam.jadi siapa yang rasa dirinya islam wajib berpuasa.puasa tu apa bro?puasa tu bukan menahan diri dari makan dan minum je juga perkara yang membatalkan puasa je. .,tapi puasa mata,hidung,mulut,hati.semua la. DOSA la yang selalu kita buat. aku nak jelaskan tak pandai,sebab ilmu aku belum boleh naik syeikh lagi.nanti tulis panjang-panjang,semua salah. umur aku pun dah 21, jadi aku kenalah pandai menjaga diri.

aku pernah jumpa orang yang berpuasa,tapi sembahyang tak,ade juga yang pakai pakaian giler seksi,tapi puasa.ade jugak yang berpuasa.tapi maksiat macam biasa.begitulah,hati manusia,yang dirosakkan oleh macam-macam tipu daya.puasa yang biasa kita buat.ialah puasa turun temurun,macamana tu?mak bapak.puasa.kita pun ikut.masuk ramadhan,dan set bulan puasa.tapi segala pantang larang,rukun puasa.syarat sah batal.semua entah kemana.

kalau nak tahu lebih lagi,tanya orang yang tahu,aku tahu secara ilmu,tapi secara dasar aku masih terkapai-kapai.dalam bulan ramadhan pintu langit dibuka seluasnya.bulan pengampunan,bulan berkat,bulan yang terdapat malam Lailatul Qadar. setahun 1 bulan je bro.selepas apa yang kita buat,maha baiknya Tuhan,dia ikat syaitan yang selalu menganggu kita.aku nak ajak kita sama-sama merebut ganjaran yang ade di bulan yang mulia ini.^^

Tuesday, July 9, 2013

street fotografi

Mulai dari googling fotografer street sampai mencari e-book tentang street.aku dapati 2 nama fotografer yang membuat aku tertarik dengan street photography, yaitu Henri Cartier Bresson dan Trent Parke.memang power gila diorang punya hasil.merekalah yang menginspirasi aku untuk mendalami street photography.
Tidak ada definisi khusus yang membahas apa itu street photography. Jika dilihat dari terminologi bisa dikatakan aktifitas motret di jalanan. Setiap orang yang melakukan street photography pasti memiliki ketertarikan tersendiri akan suatu hal. Ada yang mencuba menangkap ekspresi spontan di jalanan, ada yang tertarik dengan urban lanscape, ada yang tertarik dengan fashion di jalanan, ada yang tertarik dengan still life di jalanan, ada yang tertarik dengan bahasa tubuh di jalanan, ada yang tertarik ama bayangan dan masih banyak lagi.

Jika dikaji dalam segi visual, foto-foto street bisa dimasukkan sebagai salah satu medium untuk menyampaikan sebuah pesan, medium untuk mengabadikan suatu perubahan di sebuah tempat, sebagai bukti otentik sejarah suatu wilayah, sebagai medium perekam aktifitas manusia dalam kesehariannya. Apa yang terjadi di jalanan merupakan sebuah aktifitas sosial yang kelak suatu saat menjadi bersejarah. Hal ini di lakukan oleh Henri Cartier Bresson, dimana dia menggunakan pendekatan street untuk mengabadikan dan merekam sejarah perkembangan kota Paris dan juga kota-kota lainnya yang pernah dia kunjungi.

Dan aku rasa tak salah kalau kita ambil apa yang baik,dan manafaat pada islam,banyak kota-kota islam didunia yang tengelam dari mata dunia.kalau setiap orang peka.aku rasa orang islam pun boleh hasilkan seni foto yang indah giler.bila manusia tengok,dapat tuhan.sebab yang menjadikan bumi kan ALLAH.^^

Sunday, July 7, 2013

SUP QUE ALA THAI

Soal makan lidah tak boleh bohong?soal menipu lidah biasa je membohong?ehh,apa kena dengan que nie,tiba-tiba bohong-bohong pulak?eh xde la,sukahati la.nie blog aku,aku nak tulis apa pun,ikut suka la.Entri aku kali nie aku nak cerita lagi pasal makanan.asyik fotografi je kan,sekali sekala kena ade manisan.lagi dekat puasa.

Bila malam tiba,hari makin sejuk,aku pun macam biasa makin lapar.kenapa lapar,sebab aku manusia.kalau tak makan nanti lapar.yang kengangkan ALLAH.Sini bukan macam Malaysia.korang lapar,nak makan tomyam,jom serbu kedai.oder,bayar,makan.Sini lain,makanan tak sama.food western banyak la.

Macam aku.mengidam sup daging.macam orang mengandung pulak aku nie kan.masak sendiri la,orang lelaki duduk dapur nampak macho beb!!.sini pukul 9 kedai dah tutup.kat Malaysia.pukul 5pagi pun kedai makan buka lagi.tepi-tepi jalan pun orang buka.kedai paling aku suka kat damansara,kedai melayu ala thai.sup dia memang power gila.harga macam biasa.power tu maksudnya kena la dengan selera aku.masing-masing ade taste.Puas aku korek rahsia,macamana diorang boleh masak sesedap selera aku.guna bomoh ke bro?sekali-sekala bila makan,buat la kajian,xkan nak makan je sampai tua.bila dah tahu.nanti suruh bini je la masak kan.tak payah membazir duit makan kat kedai.membazirkan amalan syaitan,semua tahu.


Bila makin sejuk.aku pun makin la lapar.bila lapar terus pergi dapur.buat apa kat dapur?masak la bro.jadi cheff jap.masak apa?masak 'SUP QUE ALA THAI' la.jom kita layan bahan yang aku sediakan?
daging segar dari aussie,bawang putih.bawang merah,tomato,asam keping,daun limau and brokoli,kalau korang nak tambah-tambah pun boleh.

biasa orang tambah cili,biar ade rasa pedas-pedas
tu je bahan yang aku sediakan,simple je.biasalah untuk makan sorang,tapi kalau korang nak tambah-tambah bahan lain pun xpe.ini yang ade dalam peti sejuk,aku sapu.lepas tu buat apa bro?

hidupkan  api

minyak secukup,sampai hot-hot.

masukkan bawang putih,masak sampai naik bau.

masukkan daging.kacau sampai bosan.

lepas tu,letak air.secukup untuk perut aku sorang.

time ni,aku paling suka.mendidih.naik aroma bau-bauan

letak daun limau

asam keping

cili

adik beradik popular

lepas tu buh garam dan gula.secukup rasa.
lepas letak semua di atas,korang biar selama lebih kurang 5 minit.lepas tu buat apa bro?

dan last masukkan bawang,tomato dan brokoli.

camni la jadinya,biar dalam 1minit.^^siap dihidang

amacam rasa nak cuba tak
fuhh,memang berpeluh aku makan,doa makan tak lupa.rasa macam nak buat lagi je.ALHAMDULILLAH,selesai.

PERHATIAN!! saya hanya berkongsi teknik memasak saya,sebenarnya saya tak pandai memasak pun.tapi tak salah mencuba.kalau korang rasa saya masak tak betol.sila lah ajar.kalau korang cuba buat tak jadi jugak,salah siapa.salah korang la yang tak baca BISMILLAH sebelum buat.^^

Apa itu Metering Mode?

Metering dalam bahasa mudahnya adalah cara kamera menyukat/mengukur cahaya. Metering akan menentukan exposure, silap menggunakan metering bermakna exposure juga tak tepat dan gambar yang diambil sama ada overexposed atau underexposed.
Metering mode sangat berguna untuk mendapatkan nilai exposure yang tepat terutama dalam situasi kontrast / dynamic range  yang tinggi.
nikoncanon

+ metering mode Nikon (kiri) dan Canon (kanan)
Ada 4 jenis metering mode (sesetengah kamera ada 3) dan digunakan pada situasi yang berbeza. Nilai exposure akan ditentukan berdasarkan bacaan pada bahagian yang berwarna merah (rujuk gambar dibawah). Kalau korang perhatikan setiap metering mode mempunyai keluasan yang berbeza.

Evaluative/Multi-Segment/Matrix/3D

evaluate matrix metering
Evaluative/Multi-Segment merupakan default setting kamera. Cahaya akan diukur secara sekata untuk menentukan nilai exposure. Mode ini biasanya sesuai untuk kebanyakkan situasi seperti landskap atau potrait. Kalau korang masih tak mahir lagi guna mode manual, saya sarankan gunakan evaluative/multi-segment.

Partial

partial metering
Nilai exposure akan ditentukan disekitar kawasan tengah sahaja, mana-mana scene yang terletak di luar kawasan merah tidak akan dikira. Biasanya saya akan gunakan partial metering untuk ambik gambar subjek berlatar belakangkan backlight yang terang.

CenterWeight

center-weight metering
Center Weight lebih kurang macam Partial, tapi cahaya di sekitar juga akan diambil kira secara purata.

Spot

spot metering
Spot metering akan fokus pada kawasan yang lebih kecil. Kawasan selain berwarna merah akan diabaikan. Spot metering sesuai digunakan untuk ambik gambar subjek yang kecil di tempat yang mempunyai kontrast/dynamic range yang tinggi. Contohnya bila nak ambik gambar bulan purnama.
Gambar berikut adalah contoh bagaimana metering mode mempengaruhi exposure.
METERINGex
 + perbezaan evaluative, center weighted & spot metering
Bila nak ambik gambar, mengimbangi exposure adalah perkara yang paling asas. Walaupun korang dah mahir mengawal exposure (aperture, shutter & ISO), tahu metering mode mana nak digunakan sangat-sangat penting, kalau tak sampai kiamatlah exposure takkan balance.
So kena ingat, first skali bila nak snap, kenal pasti subjek yang korang nak ambik dan pilih metering mode yang sesuai. Lepas tu baru tentukan aperture, shutter dan iso yang nak digunakan.