|
SELAMAT BERPUASA
puasa pertama aku di barat australia nie,baik aja.tapi pagi tadi aku bangun lewat,pukul 5 baru terkedek-kedek macam itik,nak mandi dan sahur.makan nasi goreng je,takde yang best,tapi alhamdulillah.pagi-pagi nak makan best,kena duduk malaysia la.mujur hari ni tak sejuk sangat.jadi aku xde la cepat lapar,yang best nya siang pendek,subuh jam5,50.magrib jam 5.29.kira ok la tu.nak cepat macamana lagi bro?lepas subuh aku mengaji tadarus dengan syeikh norhan.aku bukan pandai sangat,ikut-ikut je la.tapi memang kena baiki.tak kan nak duduk di takuk yang lama sampai kiamat bro..
lepas tu,aku tidur rehat sampai zuhur,hahahaha.bangun solat zohur dan terus ke Perth City,meneruskan aktiviti aku macam biasa.kat sini kena pandai jaga diri,kalau tak puasa,xde siapa nak marah,pasal negara kafir,kedai bukak macam biasa,tahun nie aku memang tekad nak puasa penuh,lahir dan batin. bila masuk waktu berbuka, memang nasilah yang aku cari. lauk aku berbuka biasa je. nasi + sotong + ayam masak merah. mujur ada kedai Melayu kat Perth City, kalau tak, memang tak kenyanglah aku sebab perut aku ni perut orang Melayu. aku benci justin bieber spagheti! aku sayang nasi. tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. aku nak kongsi pendapat aku pasal bulan Ramadhan ni.
|
puasa,adalah termasuk dalam rukun islam.jadi siapa yang rasa dirinya islam wajib berpuasa.puasa tu apa bro?puasa tu bukan menahan diri dari makan dan minum je juga perkara yang membatalkan puasa je. .,tapi puasa mata,hidung,mulut,hati.semua la. DOSA la yang selalu kita buat. aku nak jelaskan tak pandai,sebab ilmu aku belum boleh naik syeikh lagi.nanti tulis panjang-panjang,semua salah. umur aku pun dah 21, jadi aku kenalah pandai menjaga diri.
aku pernah jumpa orang yang berpuasa,tapi sembahyang tak,ade juga yang pakai pakaian giler seksi,tapi puasa.ade jugak yang berpuasa.tapi maksiat macam biasa.begitulah,hati manusia,yang dirosakkan oleh macam-macam tipu daya.puasa yang biasa kita buat.ialah puasa turun temurun,macamana tu?mak bapak.puasa.kita pun ikut.masuk ramadhan,dan set bulan puasa.tapi segala pantang larang,rukun puasa.syarat sah batal.semua entah kemana.
kalau nak tahu lebih lagi,tanya orang yang tahu,aku tahu secara ilmu,tapi secara dasar aku masih terkapai-kapai.dalam bulan ramadhan pintu langit dibuka seluasnya.bulan pengampunan,bulan berkat,bulan yang terdapat malam Lailatul Qadar. setahun 1 bulan je bro.selepas apa yang kita buat,maha baiknya Tuhan,dia ikat syaitan yang selalu menganggu kita.aku nak ajak kita sama-sama merebut ganjaran yang ade di bulan yang mulia ini.^^
No comments:
Post a Comment