Tuesday, July 16, 2013

kenapa masih belum pro?

Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.dan memuatkan kita mahu lihat berkali-kali
Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?dia manusia,kita pun manusia.apa yang lain?

1.Komposisi

Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.aku sendiri pun biasa tiru dalam google.
SiapaHero?
Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).
So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.

+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?

3.HeroBuatApa?

Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.
Elakkan ambik muka saja atau separuh badan.  Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.

4.MudahdanMinimalist

Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.
3 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi
+ contoh foto minimalist
Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. icon smile 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

5.PelbagaiSudut

Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.
Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level),  tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak.  Bereksperimenlah dan buat kelaian.
professional photographer 600x221 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi
+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan

6.Pencahayaan

Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.
Pencahayaan yang “flat” adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.

7.LanggarPeraturan(BreaktheRules)

Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar sesuka hati.
                                                            + cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto

8.Tapiyangpalingpenting…

Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,”senggama semua peraturan (f**k all the rules)” adalah “moment” (GoogleTranslate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?
aku percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.
Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam “moment” yang tepat, terutama foto-foto haiwan.
Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab “moment” yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.
 *******
Tips-tips di atas kebanyakkan saya korek dari sifu-sifu fotografi yang saya jumpa secara personal, bukan takat baca blog atau tengok video. Terus terang saya cakap, saya improve banyak lepas ikut tips mereka.
Satu lagi, ada aku cakap kena pakai kamera brand ini, brand itu & yang mahal-mahal? Takde kan? So guna apa saja kamera yang ada di tangan korang.jadi korang dah tahu kan,kenapa foto yang di tembak tak cantik-cantik.cuba follow tips yang aku bagi.
. Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang updateicon biggrin 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

No comments:

Post a Comment