Sunday, July 7, 2013

SUP QUE ALA THAI

Soal makan lidah tak boleh bohong?soal menipu lidah biasa je membohong?ehh,apa kena dengan que nie,tiba-tiba bohong-bohong pulak?eh xde la,sukahati la.nie blog aku,aku nak tulis apa pun,ikut suka la.Entri aku kali nie aku nak cerita lagi pasal makanan.asyik fotografi je kan,sekali sekala kena ade manisan.lagi dekat puasa.

Bila malam tiba,hari makin sejuk,aku pun macam biasa makin lapar.kenapa lapar,sebab aku manusia.kalau tak makan nanti lapar.yang kengangkan ALLAH.Sini bukan macam Malaysia.korang lapar,nak makan tomyam,jom serbu kedai.oder,bayar,makan.Sini lain,makanan tak sama.food western banyak la.

Macam aku.mengidam sup daging.macam orang mengandung pulak aku nie kan.masak sendiri la,orang lelaki duduk dapur nampak macho beb!!.sini pukul 9 kedai dah tutup.kat Malaysia.pukul 5pagi pun kedai makan buka lagi.tepi-tepi jalan pun orang buka.kedai paling aku suka kat damansara,kedai melayu ala thai.sup dia memang power gila.harga macam biasa.power tu maksudnya kena la dengan selera aku.masing-masing ade taste.Puas aku korek rahsia,macamana diorang boleh masak sesedap selera aku.guna bomoh ke bro?sekali-sekala bila makan,buat la kajian,xkan nak makan je sampai tua.bila dah tahu.nanti suruh bini je la masak kan.tak payah membazir duit makan kat kedai.membazirkan amalan syaitan,semua tahu.


Bila makin sejuk.aku pun makin la lapar.bila lapar terus pergi dapur.buat apa kat dapur?masak la bro.jadi cheff jap.masak apa?masak 'SUP QUE ALA THAI' la.jom kita layan bahan yang aku sediakan?
daging segar dari aussie,bawang putih.bawang merah,tomato,asam keping,daun limau and brokoli,kalau korang nak tambah-tambah pun boleh.

biasa orang tambah cili,biar ade rasa pedas-pedas
tu je bahan yang aku sediakan,simple je.biasalah untuk makan sorang,tapi kalau korang nak tambah-tambah bahan lain pun xpe.ini yang ade dalam peti sejuk,aku sapu.lepas tu buat apa bro?

hidupkan  api

minyak secukup,sampai hot-hot.

masukkan bawang putih,masak sampai naik bau.

masukkan daging.kacau sampai bosan.

lepas tu,letak air.secukup untuk perut aku sorang.

time ni,aku paling suka.mendidih.naik aroma bau-bauan

letak daun limau

asam keping

cili

adik beradik popular

lepas tu buh garam dan gula.secukup rasa.
lepas letak semua di atas,korang biar selama lebih kurang 5 minit.lepas tu buat apa bro?

dan last masukkan bawang,tomato dan brokoli.

camni la jadinya,biar dalam 1minit.^^siap dihidang

amacam rasa nak cuba tak
fuhh,memang berpeluh aku makan,doa makan tak lupa.rasa macam nak buat lagi je.ALHAMDULILLAH,selesai.

PERHATIAN!! saya hanya berkongsi teknik memasak saya,sebenarnya saya tak pandai memasak pun.tapi tak salah mencuba.kalau korang rasa saya masak tak betol.sila lah ajar.kalau korang cuba buat tak jadi jugak,salah siapa.salah korang la yang tak baca BISMILLAH sebelum buat.^^

No comments:

Post a Comment