Tuesday, June 11, 2013

HITAM DAN PUTIH


Dalam pengalaman atau seni foto yang aku lalui,foto hitam dan putih adalah yang paling aku minat.Aku lebih minat hitam dan putih lagi dari kumpulan SEARCH.boleh dikatakan dramatis gitu,Jiwa aku ni,jiwa zaman lama-lama,tok nenek moyang,kalau tengok foto-foto hitam dan putih memang aku akan keras,bertapa cantiknya,pada hal color pun hitam dan putih.aku tak pandai nak luahkan macamana,korang rasa la gula,camtu la rasa manisnya,ehhhhh ade kaitan ke..Tapi rata-rata orang dah tau macamana nak tembak foto hitam dan putih,sini aku nak kongsi berapa tips,yang aku rasa x susah pun untuk dipelajari.

Tips Foto Hitam Putih


Foto hitam putih adalah  jenis foto yang tak lekang oleh waktu. Tanpa adanya elemen warna, kadang-Kadang foto hitam putih  lebih kuat aura power ranger.lebih dramatis dan elegan (itulah sebabnya fotografi wedding selalu menyertakan beberapa foto hitam putih dalam album). Berikut adalah tips memotret foto hitam putih yang mungkin berguna:
  1. Potret dalam mode warna – Kamera digital menghasilkan  tone yang lebih lebar dalam mode warna kerana dalam mode ini sensor mengambil data dari 3 channel – Red, Green dan Blue atau RGB.lepas tu korang hanya edit dalam photo editor,kualiti akan lebih baik.519690623_3997539eb4
  2. Setting ISO serendah mungkin – Noise (bintik-bintik kecil putih yang wujud di foto anda) akan nampak lebih menonjol dalam foto hitam putih dibanding dalam foto warna. Gunakan ISO serendah mungkin.bila foto di proses, noise boleh di selaraskan.jadi noise tak menonjol sangat.gambar pun nampak cool.
  3. Mendung adalah saat terbaik –  mendung akan membuat kontras lebih rendah, dan ini adalah saat terbaik untuk membuat foto hitam – putih.kerana cahaya tidak terlalu terang.dan mudah untuk memotret foto hitam dan putih.3393996603_4c1ac6e74a
  4. bayang-bayang – Dalam foto hitam putih, tekstur bayang-bayang adalah sangat penting.ia akan membuat kan foto nampak lebih gila dan menarik,lagi kalau anda memang power dalam memain teknik bayang macam dalam kartun naruto,memang lagi gempak hasilnya.kawan-kawan akan jelez bila melihat foto anda.2825096567_af984f9725
  5. Sidelighting adalah cahaya terbaik – Ketika memotret di luar,foto hitam putih anda, tonjolkan bentuk secara maksima dengan mengandakan pencahayaan sampingan (sidelighting), bayangan jadi sangat menarik. Sidelighting terjadi bila anda memotret di pagi atau petang.kerana di waktu itu cuaca tak terlampau terang dan gelap.
   

Monday, June 10, 2013

50MM

Assalamualaikum semua.Lama tak PUBLISH,Sampaikan ade pihak yang (marah-marah) sebab lama tak update,Biasalah duduk aussie,bukan hari-hari boleh menulis pun,lagi-lagi sekarang aku sebuk dan banyak kerja,Tapi jangan marah lama-lama nanti rindu,ecehhhh, Kali ini aku uploadkan gambar - gambar yang diambil dengan lens Nikkor AF 50mm  iaitu lens paling murah Nikon lebih kurang RM180 secondhand.Baru dalam RM380. Walaupun lens ni murah tapi kualiti gambar daripadanya adalah sangat tinggi jika kita pandai menggunakannya., mudah nak shoot gambar yang kita nak (tak seperti zoom iaitu perspektif gambar tak konsisten), sangat sharp, bagus untuk low light, focusing laju, murahdan bagus untuk landskap jugak walaupun tak terlalu wide.

Jadi aku sangat rekemenkan anda beli lens ni jika anda ada duit lebih sebab lens ni sangat murah dan berbaloi untuk dibeli..

Kelebihan lens ni :
1) Murah
2) Sesuai untuk portrait (Apabila digunakan pada kamera DX)
3) Sesuai untuk hampir semua jenis keperluan fotografi (Apabila digunakan pada kamera FX Full Frame)
4) Sangat sharp!!
5) Bagus untuk low light (50mm f/1.4 lebih mahal hampir 2 kali ganda dari lens ini dengan kelebihan yang sedikit iaitu 2/3 kali ganda lebih cerah dari lens ni).
6) Ringan (Tak letih nak bawak utk shoot all day long)
7) Fixed focal length (kita akan jadi lebih kreatif terutama dalam bab composition dan perspektif berbanding menggunakan zoom lens)
8) Autofokus yang sangat laju (walaupun tak laju macam lens mahal dgn motor SWM yang besar, tp jauh lebih laju dari kit lens yang bukan Internal Focusing dan Rear Focusing)
9) Lebih peluang untuk dapat perfect fokus dalam gelap berbanding lens f/2.8, f/4 dan lain2 lagi sebab bila lens ni f/1.8 ianya mampu collect lebih banyak cahaya untuk bantu sensor autofokus untuk fokus dalam gelap.
10) Bokeh pun superb.. Kalau nak beli lens lain mahal sangat so kira lens ni dah power la..
11) Lens ni boleh digunakan untuk shoot macro bila menggunakan teknik reverse lens dan menggunakan adapter reverse ring.
12) Dah tak ada idea dah.. banyak sgt taip.

Keburukan lens ni :
1) Tak boleh autofokus dengan kamera D40, D40x, D60, D3000 dan D5000.
2) Lens ni body plastik (Tapi padan dengan harga la.. Walaupun plastik tp sangat keras)
3) Tak diberikan sekali lens hood.. So nampak tak ganas la.. (tp secara praktikalnya lens hood tak perlu untuk lens ni sebab front elemen ada jauh kat dalam lens.. So risiko flare dan calar sangat kurang)
4) Orang mudah kene "racun" dgn lens ni sbb harga murah sgt n aku seorang yang jahat.. letak banyak contoh gambar.. So orang akan cakap lens ni menarik dan beli lens ni.. Duit pun habis haha..

Final recommendation... Beli la lens ni.. Best!! Padan dengan harga :)

7 FOTO DARI 50MM








PERHATIAN!! saya hanya memberikan pendapat saya mengenai lens ini. Jadi jangan salahkan saya jika anda beli lens ini tapi tidak menyukainya. Tapi setakat ni ramai kawan saya yang beli lens ni dan berpuas hati dengannya. Tepuk dada tanya selera. Kalau gambar tak cantik tu bukan salah kamera, lens dan flash.. Tu salah sape ntah.. wahaha..

Tuesday, June 4, 2013

bila sensor diserang dust atau fungus


Dust and fungus @ debu dan kulat antara perkara yang sinonim dengan pemilik DSLR. Firstly aku nak cerita tentang “dust”.
Biasanya debu yang terlekat pada sensor akan memberi kesan kepada imej berbanding debu yang terlekat pada lens. Cara nak check senang je, set pada Manual, gunakan aperture yang tinggi seperti f22 dan shutter sehinggaexposure seimbang (exposure 0). Pastu snap langit, sebaiknya langit yang biru, atau snap pada kertas putih. Kalau ada bintik-bintik hitam, cuba tukar lens. Jika masih ada lagi bintik hitam, maksudnya sensor dah kena debu, kalau lepas tukar lens takda bintik hitam, maknanya lens yang ada dust.
DSC_00016
+ bintik-bintik hitam pada gambar.
Untuk sensor yang kena dust, korang just perlu guna blower untuk buang dust tersebut, jangan sesekali tiup dengan mulut. Nak tau lebih lanjut cara-cara membersihkan sensor, korang boleh rujuk:
Cara nak elak sensor/lens dari dust/debu:
  • jangan tukar lens di tempat yang terbuka.
  • elakkan zoom in/zoom out di tempat yang berdebu. Udara boleh tertarik ke dalam lens.
Manakala sensor yang kena fungus/kulat, ada baiknya korang hantar ke servis centre terus sebab fungus ni agak susah nak buang. Fungus lebih bahaya dari dust sebab fungus boleh merosakkan “coating” yang ada pada sensor dan lens jika dibiarkan lama. Bagi sensor yang ada fungus, korang boleh lihat dengan jelas pada gambar seperti di bawah, tapi fungus yang terkena kat lens hanya mengurangkan “contrast” dan ketajaman gambar.
IMG_0966
+ contoh gambar dari sensor kamera yang dijangkiti fungus/kulat.
Cara nak elak sensor/lens dari fungus:
  • simpan kamera/lens di dalam drybox/bekas kedap udara + silica gel.
  • jangan biarkan kamera/lens di dalam beg dalam jangka masa yang lama.
  • jika kamera/lens terkena air, lap dengan kain kering serta merta.
  • snap beberapa gambar kalau dah lama tak pakai kamera, sekadar nak bagi kamera tu “panas”.
Susah jugak nak jaga kamera lagi-lagi DSLR kan? Lagi senang nak jaga bayi. Mula-mula masa nak beli memang takut jugak bab-bab nak jaga DSLR ni, tapi lama-lama korang akan biasa. 

:)

Monday, June 3, 2013

LOVE AND CARE CAFE

AUTHENTIC HALAL MALAYSIAN CUISINE

ALHAMDULILLAH,Terima kasih RSA,aku direzkikan lagi untuk menaip dan menceritakan perjalanan aku dibumi western aussie,Lama rasanya aku tak PUBLISH,disebabkan aku x banyak sangat nak pegang lappy,ENTRI aku kali ini aku nak ceritakan cafe ISLAM,dibumi australia,dibawah naungan syarikat GLOBAL IKHWAN SDN.BHD.Kalau nak cari cafe yang tak halal memang banyak,merata ade,tapi disebabkan aku Muslim,kena cari la kedai Muslim.yang aku terkejutnya GISB,kat ceruk-ceruk mana pun diorang ade buka cafe,10 minit dari bandar PERTH CITY,LOVE AND CARE CAFE terletak di city of subiaco Market.

Aku memasuki market,biasa rasanya,cuma masa tu,sejuk sampai kaki aku mengigil,sebab aku pakai pakaian xde cover body sangat.

Kalau kat malaysia macam pasar selayang atau pasar besar gombak,lebih kurang.yang aku tengok.banyak gila buah,dan macam 2 lagu jualan barang.berbondong2 jugak orang datang.Kebanyakkan pejual bangsa kulit putih dan bangsa cina.

Dibuka setiap jumaat,sabtu dan ahad,kalau kat malaysia,biasa pagi-pagi orang akan cari sarapan,nasi lemak dan roti canai,aku masa tu tak sarapan lagi,korang tengok la apa yang aku jumpa.
ade macam kat malaysia x

satay

popia dan karipap pun ade

amacam,ada macam kat malaysia tak,sini kat australia tau,bukan kat malaysia,kalau kat malaysia,merata ade,siapa yang jual,terubat juga rindu nak makan nasi lemak,memang aku bedal sampai licin.Tengok la cafe dia...





Rasa bangga beb,orang melayu pun mampu bukak cafe kat bumi kafir,Amacam nampak tak,xkan x nampak lagi,kalau xnampak memang korang punya screen ade masalah,amacam power tak GISB,dicelah-celah bumi freemason pun diorang boleh buka cafe islam,ramai juga datang makan kat sini,orang malaysia yang rindu makan makanan malaysia,boleh datang makan kat sini,mat saleh pun x kurang banyaknya,Antara makanan yang dijual




Jangan terkejut,dengan harga,kat sini memang kos hidup tinggi,kat mana-mana pun harga macam tu,Jangan dibandingkan dengan harga malaysia,xmakan nanti,Tapi bukan itu yang aku nak ceritakan yang aku nak ceritakn,pasal GISB,macamana diorang boleh bukak cafe kat tengah-tengah city of subiaco,yang aku tahu,diorang kat mana-mana pun ade bukak cafe,cuma aku x sangka dalam market yang majoritinya orang kafir.Jawapannya ade dalam diri masing-masing aku xnak ulas panjang.pasal aku bukan pensyarah.ade jugak barangan lain.tengok foto nie






 
antara foto yang sempat aku tembak,banyak lagi,tapi kalau aku share semua,xbest la,korang kena datang sendiri la,baru la syok.

Tuesday, May 28, 2013

Belmont PARK Sunday

sayur-sayur bang?

ikan,ayam,lembu,kambing,harimau,?

makan-makan.makanan,laksa,sup utara?

Kalau kat malaysia,korang biasa dengar dialog macam tu kat pasar malam,atau pasar tani.tapi kat aussie lain sikit, Belmont market.dibuka setiap hari ahad.buka kat tempat park mall.korang datang,bukan nak cari barang basah,tapi barang secondhand,korang boleh pilih barang apa yang korang nak,aku direzkikan datang hari ke 7 aku di aussie,Entri nie dah lama,aku baru pos sekarang,maklum la,buzy sikit.sejuk memang sejuk bro,matahari atas kepala,tapi sejuk.ramai orang datang,barang baik biasa habis awal,kalau lambat,datang tengok je la,yang lebih semua barang yang nak hancur.

Aku datang x membeli pun,xde yang menarik minat aku pun,kalau nak beli,kat malaysia pun banyak,macamana cara diorang berniaga,sama je macam kat pasar-pasar malaysia lebih kurang.cuma barang-barang jualan je beza,kalau kat malaysia macam kat AMCORT MALL,PETALING JAYA,dibuka hari minggu jugak,tapi dalam mall.kat sini outside.harga pun murah jugak,berpatutan la,barang seconhand kan.korang nak semua ade.korang faham sendiri la. 

 Kebanyakkan penjualnya orang asing australia,macam cina,taiwan,memang set2 diorang la suka berniaga.ade barang yang elok,ade yang macam nak hancur aku tengok,korang kena pilih la.sini negara kafir,jadi orang Islam datang kena jaga mata.kena jaga sekeliling la,dalam pasar pun diorang bawak anjing.kalau basah terkena,Samak la jawabnya.korang layan la foto nie,aku tembak sikit-sikit je.nak bge gambaran.
orang melayu berkopiah pun ade

orang taiwan pun datang berniaga sini,longgok je atas jalan.janji duit.

anjing merata

meja kecik pun jalan.

kalau kat malaysia,sayur mayur.kat sini.korang tengok la sendiri

barang camera pun ade jual

aku ushar je,anak pak arab tu nak basikal.

basikak banyak.

barang secondhand berterabur

buat peminat rayburn.

cawan,gelas,pinggan pun jadi bahan jualan

korang ade baby,sini banyak barang baby.

superbike pun ade


wanita islam pun ade,islam dah bertapak di aussie lama dah.

pelajar korea pun,datang ushar barang
banyak lagi foto,tapi aku post sikit je,korang tengok pun dah boleh bayangkan macamana kan,kalau datang aussie.rajin-rajin la singgah belmont,mana tahu ade menarik minat ^^

Saturday, May 25, 2013

RUMAH TOK YANG DIRINDUI

"kamu, kalau pergi mana jangan lupa kita hamba?"

 "tok bukan marah,tok sayang?sebab tok marah,tok sayang?"

"biar orang buat kat kita?jangan kita buat kat orang?"


Itu kata-kata TOK EMBUN,yang masih wujud di dalam ingatan aku,bertapa baik dan sayang nya tok pada aku,walau aku selalu buat pandai dengan tok,kadang2 merajuk dengan tok sebab tok marah,kadang2 tok pulak merajuk.sebab,buat x tahu dengan tok,kadang2 kacau itik,ayam tok,kadang2 buat degil,xnk dengar cakap tok.kebenarannya bru aku rasa sekarang.terima kasih tok,sebab bagi peluang aku tinggal di rumah tok,tanah yang brmula segalanya.

beruntungnya aku diberi nikmat dan peluang tinggal bersama tok,tapi aku x gunakan nikmat itu dengan sebaik mungkin,kerana aku masih mentah dan ego,rasa aku lebih pandai dari tok,nikmat hari-hari aku bersama tok,aku x guna dengan sebaik mungkin.aku tak kutip berkat yang ade pada tok dengan sebaiknya,ruginya aku sekarang,kita sudah berjauhan,aku sering lemah dan lembik dalam berjuang,sedang kan tok dah 100 tahun lebih,masih kuat ingatannya,masih kuat nak berjuang,masih kuat jiwa,banyak benda yang aku belajar dari tok,aku tak akan lupa apa yang tok ajar,walau aku pergi mana pun,walau x lama duduk dengan tok,tapi powernya roh tok,aku akan ingat,dan aku tahu tok akan sentiasa doakan aku,sebab tok orang yang sentiasa "INGAT DAN MENDOAKAN'" orang lain.

"salam rindu dan salam kemaafan untuk tok,dri que,minta maaf banyak-banyak?selama ini que tak jaga rumah tok dengan sebaik mungkin"

RUMAH TOK YANG DIRINDUI






itu sebahagian foto yang aku ambil semasa tinggal dirumah TOK masih banyak kekurangan,masih banyak yang perlu aku belajar,tapi sejujurnya,aku belajar banyak di rumah tok,segalanya bermula dari situ,

TERIMA KASIH TOK