Wednesday, November 27, 2013

macam cantik je macam comel je

Selamat sejahtera,hari ini aku nak post foto budak comel yang tersangat lah comel perasaan ini aku sendiri yang rasa.kanak-kanak yang tidak berdosa dan penuh dengan ragam dan hiburan.Terima kasih ALLAH.bukan nak mengajar Fatim pose macam model tapi hanya ingin jadikan koleksi peribadi dan di kongsikan dengan anda^^jangan marah ye ustaz.
 Bila dah dewasa si budak comelnya pasti gelak sendiri melihat foto di zaman baby cutenya.MACAM CANTIK JE MACAM COMEL JE...mengadap cermin dan berkata jadikan la akhlakku secomel wajah ku ya ALLAH. (ini fatim berkata ya, bukan aku yang berkata aku cute je)
 Kalau korang berminat nak abadikan foto kanak-kanak comel boleh la HELLO-HELLO aku.Merakam detik-detik manis baby comel anda dan jadikan ia sebagai kenangan abadi.^^
 









Amacam macam comel tak^^setiap orang berhak abadikan kenangan hidup dan semua orang mempunyai perasaan tersebut.syukur padamu yaALLAH.semoga setiap hari ia berlalu dengan rahmat dan keberkatannya^^

Tuesday, November 26, 2013

Dataran merdeka dan sejarahnya

Semalam lepak di dataran Merdeka.Memang niat nak tembak foto kat situ.street photography tapi takde la banyak sangat aku shoot.cuma nak tambah teknik dan kemahiran.bila dah shoot.nak juga tahu.bangunan yang selalu aku ushar nie mesti penuh dengan sejarah yang aku tak tahu.Jadi warganegara je lebih tapi sejarah nenek moyang lansung tak peduli.Bangunan yang penuh dengan sejarah membangunnya bandar kuala lumpur dan Malaysia.korang layan la FOTO yang aku tembak lepas tu jangan lupa baca sejarah yang aku petik dari WIKIPEDIA.Allah selamatkan MALAYSIA.


 






Sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu. Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897. Nama bangunan ini diambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitu dalam tahun 1896. Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu.
Bangunan tersebut terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Keluasan kawasan tersebut adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan. Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.
Pelan bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yang bekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera juga berasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangat unik seni binanya dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki yang berbentuk ladam dan di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Terdapat juga tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked.Bangunan ini juga mempunyai satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini.
Bangunan Sultan Abdul Samad yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. 3 buah kubah yang menghiasi bangunan ini membuktikanya. Pada peringkat awal ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat warna hitam, namun ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut tembaga. Sebanyak RM 152,000 telah dilaburkan untuk membina bangunan ini dan merupakan bangunan yang termahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.
Pada sekitar tahun 1978, pengubahsuaian bangunan telah dibuat dan siap sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada ketika itu kerajaan Australiatelah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah yang terdapat pada bangunan tersebut pada tahun 1982. Pengubahsuaian dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.

Monday, November 25, 2013

Pregnant Young Mother (Outdoor) 2.0

Korang dah pernah baca entri aku photoshoot ibu mengandung yang pertama? kalau belum boleh baca di sini. siapa kata ibu mengandung tak boleh nak buat photoshoot? malu perut yang ke depan? ibu mengandung ni malaikat sentiasa menaunginya 24/7 tau dan amalannya akan dikira berganda-ganda dari perempuan biasa yang tak berbadan dua! tak ada mama-mama kita yang sanggup mengandungkan kita, tak adalah umat manusia sekarang ni.
selalu aku research photoshoot ibu mengandung, jarang sekali jumpa yang menutup aurat. bagi aku tak salah rasanya kalau kita nak abadikan saat-saat yang takkan berulang tu sebagai kenangan/memori. sebagai koleksi sendiri. setiap manusia pandangannya lain-lain, kan? jadi sesiapa yang rasa berminat untuk abadikan saat-saat macam ni boleh roger pada aku.

jom layan photoshoot di bawah. **outdoor lebih terasa kebebasannya








50MM-Foto street photography di bukit bintang 1.0

Salam sejahtera salam satu Malaysia bersama rahmat ALLAH dan keberkatanya,minta maaf pada semua pembaca quegrafi,sorry la lama tak publish,baru dapat laptop.lagipun ade kerja yang membuatkan Q buzy dan tak sempat nak update,macam-macam entri dalam kepala nie,macam ada kambing gurun melompat-lompat nak keluar kan entri baru.jangan marah broo...

 Sekarang Q banyak berada di kl,bila lepak kl,mula la gatal nak tembak sana sini.macam orang yang tak tahu malu di buatnya.biasalah anak MAMA memang macam tu,sabar je la Mamanya.Q memang baru dalam bidang fotografi,dan sangat suka kan semua jenis genre yang berkaitan dengan fotografi,cuma dari masa kesemasa nak dapatkan foto yang lebih sharpp,mudah saja beli lens yang jenis canggih sikit.Insyallah mudah..Bila la dapat pakai Nikon800e.Kalau ade jodoh nak try jugak,umor baru 21 sangat x sesuai,biarlah ia berlaku secara berperingkat.baru perjalanan itu lebih menarik.kalau terus nak jadi pro-INI SAMPAH- 

Baru nie ade tembak foto di jalan bukit bintang menggunakan lens mampu milik 50mm.foto biasa je street fotographer,nak biasakan dengan street.asyik dan layan jugak main street.lepas nie nak buat lagi dan buat lagi.harap korang tak bosan la hendaknya...


 















 sedikit sebanyak foto yang dikongsikan,xboleh share semua biarlah ia jadi koleksi peribadi^^