Thursday, October 2, 2014

Photography : Tips Memilih Fotografer



Sejak menjebakkan diri secara rasmi sebagai weddingphotographer, macam-macam ragam dah aku hadap. Macam-macam orang aku kenal. Tidak dinafikan, bidang ni membuka mata aku lebih luas dari sebelumnya.

Ya, aku makin sibuk sekarang. Aku dah abaikan anak angkat aku ni sampai bersawang-sawang blog ni.

Disebabkan aku dah lama tak update blog ni, aku nak buat tebusan. aku nak kongsikan tips untuk readers yang sedang mencari atau berniat nak mengupah photographer khusus untuk apa-apa pun majlis. Dan tips ini, aku tulis adalah berdasarkan pemerrhatian dan pengalaman aku sebagai official photographer. Mungkin pendapat orang lain, berbeza dari pendapat aku. Sekadar perkongsian..


DARI SUDUT PANDANGAN AKU..

1) Baiknya kalau readers cari khidmat fotografer yang berdekatan dengan lokasi majlis. Lainlah kalau anda memang ada bajet lebih, fotografer dari luarnegara pun tak apa, kan?
              :: kebiasaannya, kos perjalanan adalah tanggungan klien. Ianya sudah dikira sekali di dalam pakej yang ditawarkan. So, bila anda nampak harga sesebuah pakej, jangan hanya fikir album dan upah sahaja. Ianya merangkumi semua perbelanjaan termasuklah kos perjalanan terutamanya.

2) Tengok portfolio atau semua hasil-hasil kerjanya untuk anda memahami bagaimana ‘dia’ berkarya. Baca juga testimoni dan review.
              :: zaman sekarang, tiada alasan untuk tidak meneliti butiran ini. Facebook Fanpage, Instagram, Twitter dan lain-lain medan sosial. Fahami citarasa anda sendiri.

3) Jangan tamak. Maksud aku, dalam situasi readers dalam dilema antara 2 fotografer atau lebih.

Fotografer A : cara dia menterjemahkan karya dan kerja editing menepati citarasa korang. Fotografer B : lebih terkenal berbanding si A, mempunyai pengaruh yang besar dan menjadi salah seorang kliennya adalah sesuatu yang membanggakan.

              :: untuk situasi ini, SILA PILIH FOTOGRAFER A kerana (!) walaupun B lebih terkenal dan pastinya hasil kerjanya memuaskan, tetapi CITARASA SETIAP ORANG adalah berbeza. Jangan bila nanti anda mengupah Fotografer B tapi mengharapkan hasil seperti si A. Jangan buat macam tu, ya.. JANGAN SEKALI-KALI. Dan, satu lagi.. Fotografer B juga bermula seperti Fotografer A, bermula dari bawah. Mana tahu korang adalah salah satu subjek yang mendapat sentuhan ajaib sebelum Fotografer A tu menjadi terkenal, kan?

4) Cerewet sebelum dan selepas..
              :: bagi aku, semua klien berhak bertanya apa-apa soalan yang dia tidak faham/tidak arif. Tapi.. pastikan ‘cerewet’ itu sebelum anda confirmkan keputusan untuk upah fotografer tu. Nak tanya-tanya lagi atau buat apa-apa permintaan selepas itu, boleh Cuma jangan keterlaluan hingga menyukarkan keadaan. Ingat, hak anda sebagai klien adalah kebebasan memilih. Hak fotografer adalah kebebasan mereka dalam berkarya.

5) Kalau nak lebih yakin, anda boleh bertanyakan pendapat orang yang pernah mendapatkan khidmat fotografer tersebut.
              :: di Facebook, kebiasaannya ada nama di-tag pada gambar. Begitu juga Instagram and so on.. Rasanya tak salah kalau anda nak bertanya pendapat, kan? Lagi-lagilah bila anda memerlukan fotografer yang happening, mesra dan boleh dibawa berbincang.




Elakkan menyesal di kemudian hari.
Antara soalan yang anda boleh tanya apabila sedang berurusan :

a) Apa yang anda dapat dalam pakej yang ditawarkan. (jenis album, berapa keping gambar, berapa sesi)
b) Kewujudan kos/cas tersembunyi. (selalu berlaku)
c) Tempoh jam bekerja. (ada fotografer yang meletakkan had waktu kerja. Mungkin kerana fotografer adalah part-time job baginya.)
d) Jenis album. (anda berhak melihat contoh album yang bakal anda dapat.)


Aku rasa cukup dengan tips di atas, anda sudah boleh mulakan langkah mencari fotografer untuk majlis anda. Semoga ianya membantu :)

kakitembak's A TEAM

Monday, May 19, 2014

Mungkin korang tak tahu?

Berapa ramai kat sini yang tau setiap fungsi pada kamera masing-masing? Saya yakin ramai yang tak tau 100% lagi. Termasuk saya sendiri masa mula-mula terlibat dalam fotografi.
Kita dah terbiasa untuk ambil perhatian pada fungsi yang senang sahaja. Macam beli TV, tak semua butang pada remote kita tau kan? Tapi setiap butang tu bukan saja-saja ada kat situ. Ada fungsinya.
Sama macam kamera, jurutera tak letak butang kat kamera suka-suka. Ada fungsinya, dan fungsi-fungsi ini secara tak sedar sangat memberi kesan pada hasil dan cara kita mengambil gambar.
Entri ini saya akan ulas secara ringkas beberapa fungsi yang mungkin selama ni kita terlepas pandang. Perlu diingatkan setiap kamera ada setting yang berlainan. Lepas baca entri ni cuba buka manual kamera untuk maklumat lanjut.

1. Back Button Focusing / AF-L / AF-On

back button focusing 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Cara biasa untuk fokus adalah dengan menekan butang shutter (half-press). Tapi cara ini kadang-kadang kurang praktikal terutama bila nak shoot subjek yang statik berulang kali. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan back button focusing atau AF-L/AF-On.
Dengan cara ni korang boleh kunci fokus dan shoot dengan cepat tanpa perlu refocus banyak kali. Lagi satu kelebihan back button focusing adalah korang boleh menggunakan AF-S / One Shot dan AF-C /AI Servo serentak tanpa perlu tukar setting.
Untuk pengguna Nikon, korang kena masuk dalam setting untuk menghidupkan fungsi ni.

2. Exposure Compensation

exposure compensation 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Dalam mod P, A dan S, kamera akan memastikan exposure sentiasa seimbang (0). Tapi ada beberapa situasi kita memerlukan gambar yang overexpose (terang) atau underexpose (gelap).Exposure compensation membenarkan pengguna mengubah nilai exposure. Tapi kena ingat, lepas tukar EC, pastikan setkan balik ke 0.
Fungsi ini sangat berguna bagi yang tak mahir dengan  manual mode.
Entri berkaitan: Apa itu Exposure?

3. AEL (Auto Exposure Lock)

expsosure lock 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
AEL membolehkan kita mengunci eksposure bila menggunakan mod P, A dan S. Kalau tak faham apa itu auto exposure, guna live view dan halakan kamera di kawasan terang, kemudian gelap. Secara automatik kamera akan mengubah nilai exposure supaya seimbang, tapi dengan AEL, korang  boleh kunci exposure.
AEL sangat berguna bila nak ambil gambar yang kita nak exposure sesuatu subjek itu seimbang. Contohnya kalau nak ambik gambar langit yang biru, halakan kamera pada langit, tekan butang AE-L, recompose dan shoot. Korang akan dapat langit yang biru berbanding langit putih.
Lagi satu untuk ambik panorama, sebab kita memerlukan setiap gambar mempunyai exposure yang sama.

4. DOF Preview

dof button 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Button DOF membolehkan kita melihat kesan aperture terhadap depth of field melalui viewfinder. Biasanya, bukaan aperture pada lens adalah besar untuk membolehkan banyak cahaya masuk walaupun kita dah ubah nilai aperture.
Kenapa? Supaya kita boleh melihat melalui viewfinder. Kalau aperture berubah mengikut setting yang kita buat contohnya f22 (bukaan kecil), susah nak lihat melalui viewfinder sebab sikit cahaya yang masuk.
Masalah kat sini apa yang kita lihat pada viewfinder tak sama dengan hasil yang kita akan dapat. Jadi dengan DOF button, korang boleh lihat DOF dari viewfinder.

5. D-R / Active D-Lighting / Auto Light Optimizer

active d lighting 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Setting D-R pula bertujuan untuk mengurangkan perbezaan cahaya yang tinggi (highlight & shadow). Susah pulak nak terangkan pakai ayat. Apa kata tengok je gambar kat bawah icon smile 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu 
d lighting combo 001 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Gambar di sebelah kiri D-Lighting On dan yang kanan OFF. Perbezaan dua gambar boleh dilihat dengan jelas. Bila D-Lighting On, bayang-bayang pada gambar sebelah kiri tak ketara berbanding sebelah kanan. Tetapi akan menjejaskan sedikit kontrast dan warna gambar.

6. Diopter

diopter 6 Fungsi Kamera Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Diopter terletak pada Optical View Finder (OVF). Digunakan untuk mengubah fokus OVF, masalah ini biasanya dihadapi oleh mereka yang menggunakan cermin mata sebab jarak mata lebih jauh berbanding yg tak menggunakan cermin mata.
*****
Entri ini hanya ringkasan sahaja. Kalau di ikutkan, ada banyak lagi yang saya boleh huraikan. atau pun rujuk manual kamera masing-masing.

nikah tajul & ika ( 17 Mei 2014 )

PERKAHWINAN : Bukan Suatu yang Mudah

Bismillah.
Mengisi ruang yang ada malam ni dengan sesuatu yang mungkin bermanfaat =)


 “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenteram dan cenderung kepadanya. Dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". 
                                                                                                                                   
(Al-Quran, Ar-Ruum 30: 21)








Fotoshoot HARI IBU ( 11 Mei 2014 )

Ini foto masa hari ibu.mak aku jauh dan aku pulak jurugambar yang memang tak banyak masa dengan keluarga sendiri.best dan sweet je bila aku shoot foto diorang .....ibu memang manusia paling berjasa dalam dunia.

Terniang termenung sendiri
dalam ruang hampa yang pengap
dalam ruang yang sangat sunyi
dalam suasana hati yang gundah gelisah

Disudut ruang terbesis cahaya lilin
memberikan penerangan diruang yang gelap
menyinari seluruh sudut ruang dalam hati
yang s'lalu terniang wajah yang dicinta

Wahai angin yang bertiup kencang diluar sana
sudikah engkau menyimpaikan isi hatiku
sebuah perasaan yang sudah lama ku pendam
yang tak pernah tersimpaikan dari mulutku yaog kaku

I B U .....,
dalam do'a ku meminta maafmu
dalam tangis ku memohon ampunmu
dalam mimpi ku bersujud di kakimu
memohon ampun atas dosa dan keselahanku padamu . . .:)

Diambil dari (Puisi-Puisi Deny Fadjar Suryaman








BFF Fotoshoot ( 10 Mei 2014 )

Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya….








Zinnirah dan baby baru

Tahniah buat Zinnirah.Sweet betul dengan baby baru yang memang comel dan gemuk giler!!Percaya tak, biasa orang yang baru dapat baby, akan murah rezeki. Tak taulah kebetulan atau tidak, tapi dah selalu terjadi. Alhamdulillah sihat walafiat baby zin tu. , aku memang tabik spring dekat ibu-ibu yang beranak. Sakit yop aku tengok proses nak beranak ni.
Ada orang, bila anak semakin ramai, dia jadi lebih rajin dan kreatif merencana perbelanjaan, tabungan, dan teroka peluang yang macam-macam. Itu yang rezeki pun datang melimpah-limpah.
Bila kita dah sebati dengan sikap positif untuk berusaha lebih kuat, maka banyak lagi peluang tambah rezeki yang kita bakal perolehi insyaAllah. Kita kena ingat, kadang tu ada juga keluarga yang susah, miskin dan serba kekurangan mempunyai anak yang ramai tapi rezeki tak bertambah jugak. Jangan pulak kita tengok buat tak faham. Kalau kita yang ada lebihan rezeki ni tengok sebelah mata saja, mereka memang akan lebih merana.
Rezeki mereka sebenarnya mungkin datang melalui bantuan kita dan masyarakat sekeliling. Itu kita kena faham, bukan salahkan mereka dengan tuduhan “beranak je tau, tapi nak bagi makan anak tak tau”.
So, jangan serik tambah anak lagi yop hehe.. bagi yang belum atau bakal berkahwin tu, selamat menambah ummat nabi Muhammad, rezeki anak pasti ada :) Jom layan gambar cute diorang .....



wedding shah & mimi ( 6 April 2014 )

Anak sulong mummy telah selamat berumahtangga.banyak giler gambar diorang tapi aku share sikit untuk share dalam blog aku yang tak seberapa.bertempat di petaling jaya.cuaca memang cun giler,semangat betul aku tembak_menembak hahahaha...semoga mereka bahagia ke anak cucu!!

Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan.

Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati;
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai dalam hati.

Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam;
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.

Orang jauh berkirimkan surat,
Berkali-kali dibaca jua;
Ikan dilaut asam didarat,
Dalam kuali bertemu jua.

Di malam hari terang senegeri,
Bulan purnama dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri,
Menyambut kedatangan kedua mempelai.

Doa berkat penutupnya amin,
Jari lentik memukul gendang;
Mempelai berangkat di atas pelamin,
Sama cantik sama padan.

Rimbun semalu di jambu batu,
Bangkit pelanduk terus berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu,
Pengantin duduk tersenyum malu.

Semerbak bunga seroja,
Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Feringgi melanggar Inderagiri,
Lalu dibedil oleh laksamana;
Suami ibarat kepala negeri,
Hendaklah adil lagi saksama.

Keris dan sundang lambang diraja,
Itulah tanda raja yang makbul;
Tanah ladang diletak baja,
Makin dibaja semakin subur.

Hadirin berpakaian serba indah,
Meraikan majlis yang gilang gemilang;
Bersanding sudah, bersantap pun sudah,
Sila pengantin berangkat pulang.

Dengarlah ini ayah berpesan,
Anak menantu, ayah ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan,
Jangan cepat menjadi bosan. 








cute wedding AM & BELLA ( 5 april 2014 )

memang cute giler diorang ni,gamba aku pun jadi cute hahaha!!!!!aku post sebahagian gambar tapi tak semua,majlis kampung style but nice.memang penuh dengan sentimental la ayah n mak diorang.aku kira beruntung dapat jumpa macam-macam orang untuk belajar tentang cerita orang lain.
Manusia ade sejarah hidup yang berbeza dan setiap orang inginkan lebih baik dari sebelum.kita jangan pandang sebelah mata pada orang lain kerana setiap orang ade kelebihan masing-masing.hidup di dunia hanya sekali,hargailah hidup dengan sebaiknya!!! chaiyokk!!!