Tuesday, May 28, 2013

Belmont PARK Sunday

sayur-sayur bang?

ikan,ayam,lembu,kambing,harimau,?

makan-makan.makanan,laksa,sup utara?

Kalau kat malaysia,korang biasa dengar dialog macam tu kat pasar malam,atau pasar tani.tapi kat aussie lain sikit, Belmont market.dibuka setiap hari ahad.buka kat tempat park mall.korang datang,bukan nak cari barang basah,tapi barang secondhand,korang boleh pilih barang apa yang korang nak,aku direzkikan datang hari ke 7 aku di aussie,Entri nie dah lama,aku baru pos sekarang,maklum la,buzy sikit.sejuk memang sejuk bro,matahari atas kepala,tapi sejuk.ramai orang datang,barang baik biasa habis awal,kalau lambat,datang tengok je la,yang lebih semua barang yang nak hancur.

Aku datang x membeli pun,xde yang menarik minat aku pun,kalau nak beli,kat malaysia pun banyak,macamana cara diorang berniaga,sama je macam kat pasar-pasar malaysia lebih kurang.cuma barang-barang jualan je beza,kalau kat malaysia macam kat AMCORT MALL,PETALING JAYA,dibuka hari minggu jugak,tapi dalam mall.kat sini outside.harga pun murah jugak,berpatutan la,barang seconhand kan.korang nak semua ade.korang faham sendiri la. 

 Kebanyakkan penjualnya orang asing australia,macam cina,taiwan,memang set2 diorang la suka berniaga.ade barang yang elok,ade yang macam nak hancur aku tengok,korang kena pilih la.sini negara kafir,jadi orang Islam datang kena jaga mata.kena jaga sekeliling la,dalam pasar pun diorang bawak anjing.kalau basah terkena,Samak la jawabnya.korang layan la foto nie,aku tembak sikit-sikit je.nak bge gambaran.
orang melayu berkopiah pun ade

orang taiwan pun datang berniaga sini,longgok je atas jalan.janji duit.

anjing merata

meja kecik pun jalan.

kalau kat malaysia,sayur mayur.kat sini.korang tengok la sendiri

barang camera pun ade jual

aku ushar je,anak pak arab tu nak basikal.

basikak banyak.

barang secondhand berterabur

buat peminat rayburn.

cawan,gelas,pinggan pun jadi bahan jualan

korang ade baby,sini banyak barang baby.

superbike pun ade


wanita islam pun ade,islam dah bertapak di aussie lama dah.

pelajar korea pun,datang ushar barang
banyak lagi foto,tapi aku post sikit je,korang tengok pun dah boleh bayangkan macamana kan,kalau datang aussie.rajin-rajin la singgah belmont,mana tahu ade menarik minat ^^

Saturday, May 25, 2013

RUMAH TOK YANG DIRINDUI

"kamu, kalau pergi mana jangan lupa kita hamba?"

 "tok bukan marah,tok sayang?sebab tok marah,tok sayang?"

"biar orang buat kat kita?jangan kita buat kat orang?"


Itu kata-kata TOK EMBUN,yang masih wujud di dalam ingatan aku,bertapa baik dan sayang nya tok pada aku,walau aku selalu buat pandai dengan tok,kadang2 merajuk dengan tok sebab tok marah,kadang2 tok pulak merajuk.sebab,buat x tahu dengan tok,kadang2 kacau itik,ayam tok,kadang2 buat degil,xnk dengar cakap tok.kebenarannya bru aku rasa sekarang.terima kasih tok,sebab bagi peluang aku tinggal di rumah tok,tanah yang brmula segalanya.

beruntungnya aku diberi nikmat dan peluang tinggal bersama tok,tapi aku x gunakan nikmat itu dengan sebaik mungkin,kerana aku masih mentah dan ego,rasa aku lebih pandai dari tok,nikmat hari-hari aku bersama tok,aku x guna dengan sebaik mungkin.aku tak kutip berkat yang ade pada tok dengan sebaiknya,ruginya aku sekarang,kita sudah berjauhan,aku sering lemah dan lembik dalam berjuang,sedang kan tok dah 100 tahun lebih,masih kuat ingatannya,masih kuat nak berjuang,masih kuat jiwa,banyak benda yang aku belajar dari tok,aku tak akan lupa apa yang tok ajar,walau aku pergi mana pun,walau x lama duduk dengan tok,tapi powernya roh tok,aku akan ingat,dan aku tahu tok akan sentiasa doakan aku,sebab tok orang yang sentiasa "INGAT DAN MENDOAKAN'" orang lain.

"salam rindu dan salam kemaafan untuk tok,dri que,minta maaf banyak-banyak?selama ini que tak jaga rumah tok dengan sebaik mungkin"

RUMAH TOK YANG DIRINDUI






itu sebahagian foto yang aku ambil semasa tinggal dirumah TOK masih banyak kekurangan,masih banyak yang perlu aku belajar,tapi sejujurnya,aku belajar banyak di rumah tok,segalanya bermula dari situ,

TERIMA KASIH TOK

Thursday, May 23, 2013

24 FOTO at sorrento-hilarys boat harbour WESTERN AUSSIE

Sorrento
Australia Barat
Sorrento adalah sebuah bandar pinggiran pantai utara Perth, ibu kota Australia Barat di kawasan kerajaan tempatan Kota Joondalup. Di sudut barat laut adalah Pelabuhan Hillarys Boat, yang dibina pada 1980-an.

Alhamdullilah hari ke6 aku dibumi aussie,aku pergi pula di Pelabuhan Sorrento.kat mana tu,tah la,yang aku tahu kat western aussie,kalau kat malaysia macam kat Pantai telor Chempedak la lebih kurang,boleh mandi,dan tempat kapal berlabuh,bukan kapal besar pun,kecil je,kalau kapal macam dalam filem titanic tu,memang aku x pergi lagi,kalau dah ge,aku buat entri lain huhu.

COOL jugak la tempat tu,bersih je,air pantai korang tengok macam biasa je broo,jernih airnya,buat kita geram je,kalau masuk,kejang kaki,memang x tahan.kenapa xtahan,sebab sejuk la bro,aku tak mandi pun,aku renung je,sambil tembak-tembak foto,korang cuba amek air dalam peti ais buat mandi,macam tu la lebih kurang,korang xcaye,datang la sini.orang kulit putih mandi relaks je,aku rasa diorng sejuk jugak tu,tapi mungkin dah biasa kan,kita biasa kat malaysia,mandi laut panas je.best la jugak tempat tu,santai,kalau nak berjogging pun ok,nak membeli belah pun ok,nak tembak foto Lanscape pun ok.

Tempat dia santai.ade port-port makan lagi,pantai dia xde la besar,tpi bawak family tu,boleh la,kalau ade anak kecil tu senang la nak tengok,burung-burung pun banyak berterbangan,kebetulan hari tu aku datang ade buat bbq  sikit,satay and ikan,mujur orang x ramai,kalau ramai,adoiiii,habis la aku,,cuci mata la nanti,xde la sesak sangat kan,senang aku nak tembak foto.korang layan la foto-foto yang aku tembak.



burung nie suka buat kacau

diorang dah sediakan port untuk bakar bbq

amacam jernih x

air dia pun jernih

jetty restaurant pun ade

port santai mat saleh

nie foto dari dekat

nie dari tepi

sini tempat membeli belah

port kapal berlabuh

mungkin homestay

dari depan tempat membeli belah,tepi pantai

kalau sesat,ade petunjuk.

italian restaurant pun ade.

cool x,tempat dia,langit pun biru

sempat tulis nama aku lagi

sini tempat jogging

lanscape dari tepi

lanscape style-style sikit huhu

batu dia pun cantik je,

boat mahal boleh park sini.

indahnya awan ciptaan tuhan

dah puas kacau orang,buat relaks je bird tu

simple lanscape
amacam,cantik tak alam ciptaan ALLAH,hah,kan dah cakap,kita kena bersyukur sebab tuhan jadikan bumi ini serba indah,kenapa tak caye,aku post semua foto natural,senang nak tengok,lagi pun aku masih belajar lagi,ok la,aku ade program skype nie,nanti ade entri lagi aku publish ok.

Tuesday, May 21, 2013

tips ambil gambar macro


Di sini aku akan mula mencatat tips-tips berkenaan mengambil foto macro dan close up,asyik entri pasal makanan je, mengikut pengalaman aku sendiri.  Menembak gambar MACRO adalah yang paling sulit dan mesti teliti dalam bidang FOTOGRAFI. Ini kerana, semakin kecil suatu subjek maka semakin sempitlah / narrow DOF (Depth Of Field) nya. Maka semakin susah lah untuk mendapatkan fokus yang dimahukan. Semakin suatu subjek kecil itu mahu diperbesarkan, maka semakin sukar lah ia.

Tips:

1 - Jika menggunakan Raynox DCR250 sebagai tambahan kepada lense untuk perbesarkan lagi gambar macro, DOF nya juga akan menjadi lebih nipis (shallow) dan fokus semakin sukar daripada biasa.

Tetapi ianya boleh dibalancekan dengan menaikkan lagi aperture, f10 ke atas atau f20 ke atas, bergantung kepada CAHAYA yang ada.

Jika menggunakan FLASH, maka sebaiknya aperture / F nya dinaikkan f20 ke atas agar DOF semakin luas dan fokusnya tidak terlalu sukar sangat dan gambar tidak terlalu blur.

p/s:  Jika mahu lebih details dan magnify 6x, 12x dan 24x, angkut sahaja filter Raynox CM-3500 , tetapi ianya sudah tidak dikeluarkan lagi sekarang. Anda hanya boleh mencari yang second hand , itu pun kalau ada. Filter DCR-250 yang saya selalu guna ini hanya dapat magnify 2.5x    ;)

Dan ada satu lagi produk Raynox yang masih ada iaitu Raynox MSN 202. Saya masih belum mencubanya, tetapi jika dilihat dari spesifikasinya, Raynox MSN 202 mempunyai keupayaan 25 diopter, berbanding dengan Raynox DCR 250 yang berkeupayaan 8 diopter sahaja. Maka secara teori, MSN 202 dapat magnify lagi besar.

2 - Jika mahu mengambil gambar kumbang yang sedang terbang, anda boleh mencari tempat dia berehat.  Biasanya atas ranting-ranting kayu dan seumpamanya dan di waktu lepas tengahari.  Jika anda menghampirinya, dia akan terbang lari, tetapi biasanya dia akan datang semula bertenggek di atas ranting atau batang kayu tempat dia berehat tu.   Maka kita kena sabar dan jangan lari dulu dari situ. 

Tunggu masa dia kembali semula ke ranting kayu itu untuk melakukan shoot dia sedang terbang.  Saya biasa guna lense macro-telephoto, anda boleh lah mencuba dengan lense macro mana-mana pun. Dan aku hanya gunakan manual focus. Tetapi jika auto focus lense anda laju, maka sebaiknya guna auto focus agar lebih mudah.

Kumbang itu mungkin akan terbang lari dengan gerakan-gerakan anda, tetapi biasanya dia akan datang kembali berulang-ulang ke ranting kayu tadi. Asalkan anda tidak membuat gerakan terlalu agresif dan bising. 

Maka kena terlalu berhati-hati, perlahan-lahan dan tawakkal kepada Tuhan, insyaAllah anda akan dapat shoot gambar kumbang sedang terbang.

3 - Paling best lighting gambar ialah dengan menembak serangga di waktu tengah panas, natural light dari cahaya matahari yang paling best, TANPA menggunakan Flash. Tetapi jika cahaya suram atau gelap, maka anda boleh lah menggunakan Flash dan mengurangkan kekuatan flash dengan mengubah settingnya dalam kamera dan juga menggunakan diffuser. Built-in flash pun kadang-kadang sudah memadai di samping speedlight / external flash.

Tetapi jika mahu lagi bagus, gunalah macro flash yang sudah direka khusus untuk mengurangkan shadow atau membuatkan shadow tidak terlalu gelap dan garang.  Ianya memerlukan kos yang agak tinggi sedikit.

4 - Jika mahu menembak serangga yang biasanya liar dengan lebih mudah, anda boleh menembak di waktu awal pagi atau lewat petang. Waktu itu biasanya serangga-serangga ini berada dalam keadaan santai, berehat-rehat ataupun tidur. Serangga-serangga juga biasanya mengawan / make love pada waktu-waktu begini.

5 - Untuk menghasilkan background yang FULL BOKEH / FULL BLUR, pastikan subjek background agak jauh atau lebih jauh dari subjek utama, dengan aperture yang sesuai bergantung kepada lense dan apa macro filter yang anda gunakan.

Dan untuk menghasilkan bokeh yang cantik, biasanya background pun mestilah dalam keadaan cantik. Berikan tumpuan pada gubahan / komposisi (composition) dalam gambar itu.

6 - Untuk menghasilkan background yang ada bokeh bulat / hexagon dan sewaktu dengannya, pastikan pada background terdapat titik-titik air / water drops yang membiaskan cahaya matahari atau mana-mana cahaya. Biasan cahaya dari air itulah yang biasanya menjadi bokeh bulat-bulat / hexagon pada suatu gambar macro.

7 - Untuk mendapatkan lighting yang lembut, selain dari memakai diffuser, atau membuat DIY (Do It Yourself) diffuser, anda boleh angkat sikit ISO, 400 ke atas ke, setakat yang dapat dan selagi NOISE tidak ketara sangat.  Walaupun cuaca sudah cerah, tetapi jika diangkat ISO lebih tinggi, 'Global illumination' akan semakin baik.

Global illumination tu ibaratnya cahaya dari pelbagai arah akan mencahayakan subjek tu. Maka di tempat gelap tidak menjadi terlalu gelap sangat. Tidak seperti gambar-gambar di atas yang terlalu keras.

selamat beramal^^

Monday, May 20, 2013

kambing aussie BBQ

Alhamdulillah terima kasih RSA,aku dah 4 hari di aussie,setakat ini semuanya baik-baik,aku tak banyak jalan banyak tempat lagi.disebab kan musim sejuk.lagi pun aku kat sini masih lama,tidak perlu apa yang dirisaukan.

entri aku kali ni aku nak cerita pasal kambing bakar aussie di hari ke3 aku di bumi koala,yang membuat darah aku merah kembali,Alhamdulillah,aku memang lama dah kempunan daging kambing aussie nie,first aku makan kat rumah sepupu aku 5tahun lepas kat n.9,kebetulan husband dia ade buat bisnes bbq,dia bagi aku rasa,memang tak cukup rasa la,aku makan sampai aku bosan.aku datang aussie xde la niat semata nak makan daging aussie,ini hanya sampingan rezeki dari ALLAH,kalau semata nak makan,kat malaysia bnyak je,tpi kena cari la,daging kambing aussie...korang layan foto nie,
basuh bersih-bersih dulu

amacam bersih tak/

sempat buat nama que lagi

taburkan pepper steak.

kacau sampai lumat,dan rata

cmni gaya pepper dia,

tabur sambil selawat keatas nabi

tabur dan terus tabur jangan berhenti

perap selama lebih kurang 2jam

amacam senang tak,kalau kat malaysia kambing biasa,daging pun biasa,kat aussie,rasa kambing lain,korang kena cuba,jgan malu,jangan segan.korang xkan lupa rasa dagingnya utk selamanya,huhuhu.

lepas 2jam apa jadi.....

memang tinggal tulang

sos thai,

pracampuran..

sos campuran

sebelum bakar,buh minyak zaitun sikit

bakar-bakar atas ni


camni la gaya bila dibakar.
korang mesti terliurkan,kan,kan,kan,kan,so apa lagi infom kat aku,kalau korang berminat,hanya bbm,untuk keterangan lanjut..hekhekhek....