Monday, May 6, 2013

CARA MENGGUNAKAN MANUAL MODE PADA KAMERA DSLR


Salah satu kelebihan kamera DSLR yang tidak terdapat pada kebanyakan kamera kompak adalah penggunaan mode Manual (M) semasa mengambil gambar.  Walau bagaimanapun mode Manual bukanlah satu jaminan untuk anda mendapatkan gambar yang cantik ataupun menghasilkan gambar yang tinggi nilai seninya.
Mode Manual adalah salah satu cara bagi anda untuk meneroka dunia fotografi secara lebih meluas dan tanpa apa-apa sekatan kreativiti. Ramai jurugambar baru merasakan kemahiran menggunakan mode Manual ini adalah satu bebanan dan susah untuk dipelajari. Semoga apa yang diterangkan dalam artikel ringkas ini dapat membantu anda serba sedikit memahami apa itu mode Manual.
SEGITIGA EXPOSURESalah satu tips untuk memudahkan anda menggunakan mode Manual ini adalah dengan memahami terlebih dahulu apa itu Exposure (dedahan) dan kaitannya dengan Aperture (bukaan), Shutter speed (kelajuan shutter) dan ISO (kepekaan sensor).
Pemahaman Segitiga Exposure ini juga penting bukan hanya untuk penggunaan mode Manual, tetapi untuk topik fotografi secara keseluruhan. Apa yang dititik beratkan dalam segi tiga exposure ini adalah, secara ringkasnya nilai-nilai aperture, shutter speed & iso mestilah dipilih supaya dedahan (exposure) yang terhasil adalah betul dan tepat. Di sini bermaksud  untuk mendapat gambar yang ‘cantik’ atau untuk mendapat gambar yang betul dedahannya kita mesti memilih nilai yang sesuai untuk aperture, shutter speed dan ISO. Tapi bagaimana?
TETAPKAN SATU PERKARA, UBAH PERKARA YANG LAINMode Manual bermaksud anda mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menetapkan nilai aperture, shutter speed dan ISO. Untuk menggunakan mode Manual, pilih satu perkara diantara aperture, shutter speed dan ISO yang anda rasa anda tidak akan mengubahnya terlalu kerap. Pada pengalaman saya, nilai ISO adalah nilai yang kebanyakan jurugambar akan pilih terlebih dahulu. Letakkan nilai ISO pada nilai yang anda rasakan sesuai, sebagai contoh ISO 100-200 untuk mengambil gambar outdoor disiang hari atau pada cuaca yang elok, dan ISO 400-600 (atau lebih) untuk mengambil gambar indoor atau pada kawasan yang agak gelap.
Ini adalah ‘starting point’ atau titik permulaan anda. Dalam situasi-situasi tertentu nilai ISO ini akan berubah mengikut keperluan gambar.
Setelah menetapkan nilai ISO, perkara kedua yang perlu anda tetapkan adalah nilai aperture atau shutter speed. Kesemua ini bergantung kepada jenis atau gambar apakah yang anda ingin ambil. Jika anda ingin mengambil gambar portret dimana wajah subjek kelihatan jelas (sharp) tetapi latar belakangnya agak kabur (blur atau ‘bokeh’) anda boleh memilih aperture terlebih dahulu dan guna nilai yang rendah seperti F1.8, F2.8 dan sebagainya (aperture besar). Begitu juga jika anda inginkan keseluruhan gambar anda sharp atau ‘in focus’, pilih aperture kecil (F8, F16 dan sebagainya) seperti gambar berkumpulan atau gambar landscape.
Jika anda inginkan gambar yang menunjukkan pergerakan (motion) pilih shutter speed terlebih dahulu dan gunakan nilai yang rendah seperti 1/50s, 1/10s, 1s dan sebagainya untuk mendapatkan kesan pergerakan atau motion blur. Begitulah sebaliknya jika anda ingin ‘membekukan’ pergerakan, pilih nilai shutter speed yang tinggi.
LARASKAN SUPAYA BERADA PADA ’0′Setelah memilih nilai ISO yang sesuai dan kemudian nilai Aperture (jika anda bercadang untuk menetapkan nilai aperture terlebih dahulu) langkah seterusnya adalah dengan melaraskan nilai shutter speed sehingga indicator atau penanda pada exposure meter kamera anda (samada pada LCD atau viewfinder) berada ditengah-tengah iaitu pada nilai ’0′. Ini menunjukkan nilai ISO, Aperture & Shutter speed yang dipilih akan menghasilkan gambar dengan exposure yang betul.
Begitulah sebaliknya jika anda memilih untuk menetapkan nilai shutter speed terlebih dahulu. Laraskan aperture sehingga penanda berada ditengah-tengah untuk mendapatkan exposure yang sesuai. Nilai ISO boleh diubah jika anda mendapati mana-mana nilai aperture atau shutter speed tidak boleh dilaraskan pada nilai ’0′ mungkin atas sebab lensa yang digunakan atau keadaan cahaya semasa anda mengambil gambar. Di sini anda perlu tahu bahawa menaikkan atau meninggikan nilai ISO akan menghasilkan tahap ‘Noise’ yang lebih tinggi pada gambar anda.
semoga berjaya......

No comments:

Post a Comment