Monday, May 13, 2013

“Image Editing Software”


Atas permintaan, kali ni aku nak ulas secara ringkas beberapa perisian manipulasi imej atau dalam bahasa kampung aku “Image Editing Software”..hehe. Kat luar sana ada banyak jenis perisian untuk edit gambar. Kalau dilihat dari segi fungsi umum, semuanya sama je seperti level dan curve. Macam kereta jugak, mesti ada stering dan tayar. Yang membezakan cuma citarasa dan tahap kemahiran si penggunanya. So tanpa membuang masa, jom kita tengok jenis editing software yang ada;

Adobe Photoshop
CS5 box
Siapa tak kenal dengan Photoshop aku suggest korang terjun bangunan sekarang..hehe.. Tak dinafikan Photoshop merupakan editing software yang paling popular setakat ini. Kebanyakan artis grafik digital kat dunia ni menggunakan Photoshop sebagai perisian utama dalam karya mereka.  . Sesuai untuk beginner sehingga pro kerana Adobe Photoshop sangat mudah untuk dipelajari, bagi mereka yang rajin explore.
Adobe Photoshop Elements
PSE9-Quck_Fix_Preview
Photoshop Elements bolehlah diumpamakan versi yang lebih mudah daripada Photoshop. Kalau Photoshop, fungsinya adalah pelbagai dari mengedit gambar, buat banner, lukisan digital dan lain-lain lagi. Photoshop Elements pula memang khusus untuk mengedit gambar. Aku dah lama tak pakai Elements, so tak tau sangat perkembangan Elements ni. Tapi dari pengalaman aku, Photoshop Elements memang sesuai untuk newbie user dan mereka yang baru berjinak dalam fotografi.
Adobe Photoshop Lightroom
lightroom
Satu lagi editing software dari Adobe iaitu Photoshop Lightroom. Tak banyak yang aku nak cerita sebab lebih kurang sama dengan Photoshop cuma ditambah dengan fungsi mengurus gambar. Cuma Lightroom ni aku rasakan agak advance dari Photoshop sebab Lightroom memang khas untuk tujuan image editing. So bila pakai Lightroom korang akan nampak barmacam jenis graf dan detail mengenai gambar seperti shutter speed,iso.
The Gimp
gimp-21
Perisian sumber terbuka (open source) yang diberi nama The Gimp ni asalnya dibuat untuk Linux. Tapi sekarang versi Windows dan Mac pun ada. Kebanyakkan tool dalam Gimp boleh dijumpai pada Photoshop seperti levels, channels, dan curve. Filter pun lebih kurang sama je dengan Photoshop. Takda beza sangatlah dengan Photoshop pada pendapat aku, cuma navigation pada menu dan icon je lain sikit.
Photoscape
PhotoScapeEdicion
Walaupun simple, tapi Photoscape mempunyai fungsi yang tiada pada Adobe Photoshop dan software-software yang aku sebut kat atas tadi. Antaranya batch editing, dimana korang boleh edit banyak gambar secara serentak. Batch editing sangat berguna terutama bila korang nak letak watermark kat gambar. Kalau satu dua gambar, boleh lagi pakai Photoshop, tapi kalau dah 1oo gambar? Lagi satu yang best kat Photoscape ni ialah fungsi filter. Korang boleh ubah “mood” gambar dengan mengubah tone warna dengan fungsi filter seperti yang aku tunjuk kat entri “Repair Gambar Gelap”. Banyak lagi fungsi yang best, korang rajin-rajinlah explore sendiri.
Ulead Photoimpact
photoimpact
Sebelum aku pakai Photoshop, aku belajar edit gambar dengan software Photoimpact. Photoshop dan Photoimpact 90% sama dari segala aspek, cuma Photoimpact ni boleh dikatakan lebih mesra pengguna. Nak edit gambar pakai Photoimpact memang senang, sebab korang hanya perlu klik pada preset di sebelah kanan untuk mendapatkan efek yang dikendaki, tak seperti di Photoshop dimana korang perlu bermain dengan setting-setting yang kadang-kadang agak susah untuk dipelajari. Lagi satu, korang boleh save dan open file yang berformat .psd.
***
Selain dari software-software yang aku sebutkan di atas, ada banyak lagi software yang korang boleh cuba seperti Picasa dan Picnik. Kalau boleh jangan terlalu “setia” dengan Photoshop, cuba explore yang lain sebab setiap software ada kekuatan masing-masing. Mungkin lepas ni aku akan buat review yang lebih detail tentang software atau perisian yang aku dah sebutkan di atas.

No comments:

Post a Comment