Sama ada kamera handphone, kamera kompak atau dslr, perkara utama yang disenaraikan pada spesifikasi barang tersebut ialah megapixel sehingga ramai yang beranggapan megapixel ciri yang paling penting pada sesebuah kamera. Jadi untuk entri kali ni, aku nak kupas sedikit tentang “mitos megapixel”.
Apa itu pixel?
Perhatikan gambar di bawah
Bila kita zoom in sesuatu gambar tu, korang boleh nampak kotak-kotak kecik seperti di atas, itulah pixel. Rasanya tak perlu aku nak ulas panjang-panjang kot tentang apa itu pixel..hehe..
Perbandingan 1mp,3mp dan 5mp
Mungkin ada yang tak tau lagi, dalam kamera sama ada kompak, handphone atau dslr, korang boleh set nilai pixel sesuatu gambar yang kita nak ambik, tapi biasanya setting ni user akan setkan kepada nilai pixel tertinggi. Sekarang kita tengok imej- imej berikut.
Kalau korang perhatikan ketiga-tiga imej di atas, langsung tak ada perbezaan antara1mp, 3mp dan 5mp. Jadi terbukti kat sini, megapixel tidak mempengaruhi kualiti gambar kecualilah kalau kamera korang tu 0.3 megapixel..hehe.
Ok, macam ni. Pixel hanya mempengaruhi resolusi atau saiz gambar yang penting bila kita nak print gambar tersebut. Semakin tinggi pixel, semakin besar gambar yang kita boleh print. Contohnya gambar yang diambil 3.2 megapixel sudah cukup untuk print gambar 4R. Kalau korang pakai gambar yang diambil menggunakan kamera 40 megapixel sekalipun dan korang print 4R kualiti tetap sama dengan 3.2 megapixel. Tak percaya? Trylah..hehe..
Kesimpulan
Megapixel hanya mempengaruhi saiz gambar, bukannya kualiti gambar, hanya penting dalam proses printing. So lepas ni tak payahla kejar sangat megapixel kamera, membazir je..
\
No comments:
Post a Comment