Salam
Ramai yang hantar email dan komen bertanya tentang lens mana yang sesuai untuk ambik gambar seperti wedding, landscape, potrait dan sebagainya. Rasanya aku dah cerita serba ringkas pada entri jenis-jenis lensa. Tapi takpa, kat sini aku akan kongsikan sedikit lens yang sesuai untuk keadaan tertentu.
Lensa Yang Sesuai?
Walaupun setiap lensa tu ada kegunaan spesifik, aku tak suka terhadkan penggunaan lens. Contohnya nak ambik gambar landskap kena pakai wide angle lens. Yup, memang wide angle lens sesuai untuk ambik landskap, tapi telefoto atau zoom lens pun boleh sebenarnya, bergantung pada kreativiti kita dalam buat framing/composition
Sebenarnya tak ada peraturan yang mengatakan nak ambik landskap kena guna wide angel lens, begitu jugak kalau nak ambik potrait. Semuanya bergantung pada style/gaya menembak korang.
+ biasanya untuk foto berkumpulan, wide lens seperti 18mm akan digunakan, tapi untuk shot ni, aku gunakan 50mm 1.8
Sebagai contoh, kalau kita bercakap pasal street shot atau street photography, ada yang selesa guna telefoto lens. Ada pulak yang suka pakai wide angle lens, tak kurang juga yang menggunakan fisheye.
Kalau kita tengok situasi di atas. Ketiga-tiga fotografer menggunakan lens yang berlainan, tetapi tema masih sama iaitu streetshooting. Fotografer yang suka pakai telefoto/zoom mungkin sebab dia nak ambik ekspresi natural subjek, sebab kalau guna wide, subjek mungkin akan menyedari kehadiran fotografer, so nilai “candid” tu dah tak ada.
Fotografer yang suka pakai wide angle pulak mungkin nak “capture” suasana sekeliling tempat tersebut. Macam aku sendiri, lebih selesa guna prime lens 28mm 2.8 sebagai lens untuk streetshooting.
Apa yang aku ceritakan kat atas boleh diaplikasikan dalam event seperti majlis perkahwinan, corporat event dan sebagainya.
Mungkin hanya satu aspek yang boleh mengehadkan penggunaan lens pada pendapat aku, iaitu keluasan tempat. Biasanya berlaku bila nak ambik foto perkahwinan. Kalau ruang rumah pengantin besar, mungkin takda masalah. Yang menjadi masalah bila ruang di rumah pengantin terhad. Nak tak nak kena pakai wide angle lens
+ lens apa yang nak digunakan tak penting, yang penting composition/framing kena kreatif
Harap lepas ni takdalah yang tanya “que,, lens apa yang sesuai untuk ni ni ni?”. Sebab jawapan aku cuma satu, use our own creativity.
p/s maaf,aku nak pergi makan nie,lapar,esok mungkin boleh share tips lagi..
No comments:
Post a Comment