Tuesday, August 27, 2013

Syawal 1434H di Bumi Australia

Alhamdulillah kita sudah melepasi lebih dari separuh bulan syawal yang mulia. Begitu banyak nikmat dari ALLAH.sedangkan kita hamba selalu berlaku zalim pada SANG PENCIPTA, Maha Baiknya Tuhan memberi rezeki yang melimpah walau apa yang kita buat sebenarnya tak mampu membalas nikmat yang ALLAH beri pada kita. Apakah selepas berpuasa kita sebulan dan menyambut syawal sikap kita seperti sebelum atau lebih baik dari sebelumnya. Moga kita menjadi orang yang terpelihara.

selesai jugak aku baca khutbah,rasa macam jadi tok imam pulak, minta maaf pada semua yang menunggu entri aku. Buat kali pertama aku menulis ENTRI lepas pulang ke tanah air yang tercinta. biasalah bulan Syawal sibuk, sibuk makan dan minum yang tak habis-habis dan masa yang sangat sekejap.

lepas pulang ke tanah air pada 6SYAWAL aku memang tak berhenti ke sana dan ke mari, aku memang nak share dengan korang suasana raya di Western Aussie pada korang?Suasana yang lebih kurang macam bumi Malaysia. penuh dengan gaya ISLAMIC ,memang kalau korang tengok foto yang aku post,memang tak macam kat western,macam kat kampung nenek korang jugak.

Kemeriahan dirasai, penuh dengan juadah tradisi melayu ala-ala Western. suasana hari raya yang syahdu, dengan khutbah raya yang mengingatkan kita betapa ruginya kita kalau selama kita berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. AMBOI?sempat lagi berkhutbah.


aku taknak cerita banyak tapi korang boleh la layan foto nie.

ini la kecil-kecil cili padi. kecik-kecik dah pakai tudung. siap berstokin lagi. yg besar-besar?

tengah-tengah perkampungan kat sana, jumpa lagi GISB punya cwgn. Malaysia Cuisine terbaik!

 budak singapore yang suka berangan beribadah.

Sheikh ini la yang sampaikan khutbah raya. syahdu..

wajah-wajah veteran Melayu Aussie

gelagat budak-budak pagi raya. usha dollar raya. ka-ching!

antara keluarga Islamic Comunity di Aussie. kental beraya tanpa ayah yg jauh berjuang di tanah Uzbekistan

keluarga bahagia, perut pun makin besar 

keluarga Aussie ala-ala diraja

tuan rumah buat openhouse. penat melayan tetamu macam taknak balik

siapa kata kat Malaysia je ada keropok ikan?

Memenuhi undangan ke Malam Pesta Anak Kampung Islamic Comunity di Phoenix Hall, Katanning. 

tengok lauk dia. makan sampai muntah!

mat salleh pun turun padang merasai kemeriahan sambutan yg penuh kesyukuran. semoga hidayah Allah jatuh di hati mereka

Aussie pun main kompang tau!

beraya sampai malam. strawberi macam makan rambutan je

Orang sana mesra dan sangat menghargai tetamu. semoga terus hidup subur dengan semangat Islam di bumi sana
 
gelagat ibu muda melayan anak.
comel je pelayan cilik ni

nikmat Tuhan yang terlalu banyak. terima kasih Tuhan


itu sajalah serba sedikit kenangan beraya di Aussie. kalau nak kongsi semua foto memang jammed la korang punya gadjet. apa-apa pun, di mana pun kita beraya, biarpun di bumi yang bukan majoritinya Islam tapi kalau hati kita benar-benar berbangga dengan agama kita, Tuhan akan ada cara untuk hiburkan hambaNya. terima kasih orang Australia kerana memberi kenangan beraya yang manis. semoga menjadi pengikat silaturrahim biarpun dipisahkan lautan luas. jauh di mata, dekat di hati gitu. TERIMA KASIH TUHAN DI ATAS KESEMPATAN INI..

Tuesday, August 13, 2013

GRIP



Biasanya untuk permulaan fotographer agaknya sudah cukup menggunakan kamera.Ia sudah cukup untuk menembak foto.dengan gaya yang mudah dan tidak terlalu berat. Namun bagi yang sudah profesional tambahan kelengkapan kamera atau pendukung lain menjadi kewajiban yang harus dipenuhi.Beberapa kelengkapan memotret yang  yang biasa diantaranya adalah lensa tambahan, baik jenis wide angle maupun tele, flash, perlengkapan strobist, tripod (kaki tiga) dan lain-lain. Namun yang tidak boleh dilupakan lagi adalah Battery Grip sebuah aksesori tambahan untuk kamera DSLR dengan berbagai kegunaan.biasa disebut Grip saja.

Apa benda baterry Grip tu?pada umumnya ia battery tambahan untuk memanjangkan hayat pengunaan battery.

Jika Anda masih kurang faham apa itu Battery Grip, Anda boleh lihat pada kamera milik fotographer profesional. Biasanya Grip terletak dibahagian bawah kamera dan umumnya berwarna hitam, bentuknya hampir mirip dengan pegangan kamera yang menonjol dibahagian kiri body kamera. Di dalam Battery Grip, penggunanya dapat memasukkan lebih dari satu battery. battery jenis AA pun boleh digunakan. Kegunaanya bila battery utama habis, maka Battery cadangan dapat digunakan secara langsung untuk kamera.beli di kedai dan terus digunakan.

bentuknya yang cukup panjang dan besar, atau hampir setengah saiz body kamera.jika dibandingkan dengan body kamera, maka disediakan beberapa tombol-tombol tambahan seperti tombol shutter serta ditambah dengan beberapa tombol lain untuk merubah titik fokus. Biasanya bila Baterry Grip di pasang pada kamera DSLR, tentunya ukuran saiz kamera akan bertambah besar dan semakin berat. Pada kamera DSLR yang asal bentuknya kecil, pertambahan badan kamera ini justeru akan memudahkan penggunanya untuk membuat kamera lebih steady dan seimbang, terutama disaat kamera tersebut dipasang dengan lensa jenis Tele atau ingin menembak gaya Potret

Untuk beberapa jenis kamera Nikon seperti D300s, D700, ada pengunaan Baterry Grip yang mampu memaksimakan jumlah foto yang dapat diambil secara berurutan. Sayangnya,tak semua kamera boleh di tambah dengan battery grip.

Beberapa fotographer profesional menganggap penggunaan Battery Grip adalah sangat penting kerana tersedia slot tambahan.power yang hendak digunakan pun lebih lama.macam aku sebelum ini gunakan standart belum pakai grip memang cepat bosan.bila kuasa pada battery tak cukup lama.ia juga memudahkan kita bila hendak beraksi didepan orang ramai.selain itu ia boleh juga meyakinkan kita didepan orang ramai bila kamera kita nampak besar dan gempak.nampak lebih macho dan bergaya^^

Saturday, August 3, 2013

iPhone vs Nikon


(Selamat berpuasa buat saudara sesama Islam.pejam celik lagi 1 minggu kita akan menyambut kedatangan Syawal.bulan kemenangan buat mereka yang berjaya menghadapi ramadhan dengan sebaiknya.Moga  aku direzkikan mendapat puasa yang sebenarnya dan direzkikan mendapat malam yang lebih baik dari 1000 bulan(AMIN).                     Sedih rasanya bila aku kecewakan peminat setia pembaca blog quegrafi.I'm Sorry Bro lama tak keluarkan entri pasal bulan puasa kan.kena lebih dekat kan diri pada sang pencipta.Kalau jadi photographer tapi tak berpuasa tak guna juga.Pasal semua gambar yang aku nak tembak semua ciptaan ALLAH.buat yang beragama Islam la.Tak gitu bro?         Seperti sebelum ini aku pernah keluarkan Entri pasal DSLR bukan medium utama untuk mendapatkan foto yang gempak giler.(SMARTPHONE) pun boleh hasilkan foto yang terbaik cuma kena ade cara dan teknik untuk tembak foto.lepas aku keluarkan entri pasal SMARTPHONE.baru aku boleh keluarkan entri pasal foto yang dihasilkan oleh smartphone.tembak pakai iPhone Je Bro?korang rasa cantik ke? Atau mesti pakai NIKon atau CANON dan selainnya.malam nie aku nak kongsi kan foto yang aku tembak sebelum berbuka puasa hari ini. Jom layan 
Amacam rasa macam pakai DSLR tak?korang ade handphone kan.cuba la buat jangan tunggu bulan jatuh keriba.banyak lagi foto yang aku nak kongsi. Tapi cukup la sampai sini untuk hari ini.selamat berpuasa^^




Thursday, July 25, 2013

CAHAYA

LIGHTING FOTOGRAFI (TEKNIK PENCAHAYAAN)

Hari ini aku nak cerita sikit pasal cahaya dalam fotografi.ia amat berkait rapat dengan cantiknya  gambar yang kita tembak. cahaya yang baik merupakan syarat untuk menghasilkan foto yang gempak, semua settingnya yang kita setup ISO,shutter Speed,Aperture seakan-akan di lakukan hanya untuk mendapatkan pencahayaan yang baik .lighting merupakan suatu elemen terpenting dalam fotografi,foto yang di hasilkan akan nampak cantik bila cahaya kita kawal dengan baik .sembang masalah tentang pencahayaan (Lighting) semua ini bergantung pada kita sendiri,setiap foto mempunyai jumlah cahaya yang berbeza,tengok pada foto yang kita nak tembak.
semua ini berkait rapat dengan cahaya :
1- Intensitas Cahaya adalah Kekuatan Cahaya .
Lakukan pengambilan foto dengan ukuran cahaya yang seimbang sehingga dapat menghasilkan foto yang nampak natural, jangan terlalu kuat dan jangan terlalu lemah .
Jika memang lokasi tembak foto anda bercahaya tinggi, sebaiknya atur settingnya Segitiga Eksposur . 
2- Arah Datang Cahaya
Arah datang Cahaya sangat berpengaruh pada komposisi foto,shadow dan highlight.
*Cahaya Depan adalah Cahaya yang sangat bagus untuk mengoptimalisasi kan foto, cahaya yang merata akan membuat foto nampak lebih bagus dan lebih cantik .
*Cahaya Sampingan adalah Cahaya yang membuat perubahan pada shadow(bayangan) dan dapat menghasilkan foto yang artistik .
*Cahaya Belakang adalah Cahaya yang biasa di gunakan dalam pengambilan foto siluet,elakkani arah cahaya  bila memang anda tidak inginkan foto siluet .
3- Spektrum
Merupakan cahaya yang mengandung beberapa warna, sumber cahaya  memiliki warna yang berbeza. Contohnya seperti lampu neon, kita tahu bahawa lampu neon itu berwarna putih tapi tidak untuk kamera . Lampu neon itu berwarna biru bagi kamera .sampai sini sahaja ilmu yang aku kongsikan.pejam celik dah separuh ramadhan^^

Tuesday, July 16, 2013

CUBALAH BUAT?


+cubalah rasa+

semalam ALHAMDULILAH suasana berbuka puasa yang awesome,syukur pada tuhan,nikmat itu aku yang rasa.untuk 3 hari sebelum perth tak sejuk.aku rasa syukur sangat.walaupun sebenarnya yang sejuk kan pun tuhan.
pejam celik dah 6 hari kita berpuasa,hampir masuk seminggu,lepas tu sebulan,lepas tu setahun,lepas tu 10 tahun,lepas tu 100 tahun,apa la yang aku melalut kesitu
.

sebenarnya aku lagi beberapa hari nak balik malaysia,tapi tuhan lagi maha mengetahui,aku balik lepas raya.++
raya di negara orang  jawabnya.tapi x apalah,pengalaman tu yang mahal.setakat ni aku masih berpuasa penuh untuk 6day,siang singkat.kalau x larat xpayah jadi lelaki la bro?tapi dari segi lahir la,dari segi pengisian jiwa,aku rasa aku masih gagal dan tak ikut iso orang SOLEH
.

cerita semalam,lepas berterawih berjemaah,walau aku sebuk dengan camera aku,nak tembak foto orang solat tarawih.sebuk je aku ni.lepas tu .kami  lepak luar.biasa sejuk.tapi dengan kuasa tuhan.tak sejuk,aku boleh belari anak lagi kehulu dan hilir.biasa malam duduk dalam rumah je,nak keluar,terkejut urat boleh koma.bersama kawan-kawan malaysia dan singapore kami berBBQ.
+stim tak melihatnya+

disamping boleh eratkan kasih sayang,kami boleh panaskan badan.huhu.tapi aku sedih giler sbb aku melantak makan daging sikit je,pasal waktu berbuka aku dah makan kue teow bro musayyap yang panas gile tu banyak,penuh sudah perut aku hendaknya.tapi memang best giler,bakar ramai-ramai,makan ramai-ramai.kalau korang tak caye?cubalah buat.BERJEMAAH TU RAHMAT KAN.


kenapa masih belum pro?

Pernah tak korang tengok gambar dalam apa-apa majalah seperti National Geographic atau yang seumpamanya (majalah Mangga tak kira), subjek dalam foto biasa je, haiwan, orang dan alam semulajadi. TETAPI kenapa mata kita boleh terkunci beberapa saat sebab ada sesuatu yang menarik pada foto tersebut.dan memuatkan kita mahu lihat berkali-kali
Kadang-kadang terfikir, macam mana nak dapat gambar atau foto macam tu? Kenapa kita tak boleh hasilkan foto yang sebegitu padalah kamera dah sama. Lens pun sama. Apa yang tak cukup?dia manusia,kita pun manusia.apa yang lain?

1.Komposisi

Beza orang biasa dan jurugambar adalah terletak pada komposisi. Orang biasa ambik gambar tak fikir, ambik kamera dan snap. Tapi jurugambar kena fikir mana nak letak subjek, nak ikut peraturan mana. Analisis sebelum tekan shutter.
Cara terbaik untuk belajar kompsisi ialah dengan melihat contoh gambar di internet. Contohnya kalau nak belajar “Rule of Third”, google dan tiru gambar tersebut.aku sendiri pun biasa tiru dalam google.
SiapaHero?
Dalam movie watak utama atau hero adalah watak yang menjadi tumpuan dalam penceritaan. Dalam foto pun sama, apa subjek utama? Siapa hero dalam gambar? Dalam movie tak boleh semua watak jadi hero (kecuali filem heroes).
So pastikan hero dalam foto korang betul2 menonjol dan tak tenggelam.

+ boleh kenal pasti siapa hero dalam gambar ni?

3.HeroBuatApa?

Jika subjek kita benda hidup seperti manusia atau haiwan, dalam foto tu kena tunjuk apa subjek tu buat. Contohnya gambar makcik tengah jual sayur, ambik keseluruhan scene supaya ada cerita. Cerita apa? Cerita seorang makcik yang tengah jual sayur.
Elakkan ambik muka saja atau separuh badan.  Biasanya berlaku pada newbie yang masih takut ambik gambar & guna lens telephoto ambik dari jauh.

4.MudahdanMinimalist

Cuba mudahkan jalan cerita yang cuba nak disampaikan. Foto yang baik adalah bila orang tengok sekali imbas dia tau mana subjek utama, apa yang nak diceritakan. Asingkan subjek utama dengan latar belakang dan dari unsur-unsur yang tak perlu ada.
3 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi
+ contoh foto minimalist
Macam mana nak simplify’kan gambar? Cara paling mudah ialah guna aperture rendah (contohnya f1.8) untuk dapatkan bokeh. icon smile 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

5.PelbagaiSudut

Jangan takut nak berguling-guling bila nak ambik gambar. Kadang-kadang kita kena meniarap & baring atas jalan untuk dapatkan sudut yang unik. Kalau takut nak bergelumang dengan alam, tiada apa yang membezakan foto korang dari foto amatur lain.
Orang biasa2 akan ambik gambar ikut aras mata (eye level),  tapi sebenarnnya kita boleh dapatkan foto yang lebih kreatif dengan hanya mengubah sudut kamera. Aras tanah, aras pinggang, aras dada, aras kena angkat ketiak.  Bereksperimenlah dan buat kelaian.
professional photographer 600x221 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi
+ biar orang kata kita gila meniarap tengah-tengah jalan

6.Pencahayaan

Perasan tak kalau movie Hollywood, kalau lighting dekat muka mesti sebelah cerah, sebelah gelap. Dalam CSI contohnya, dalam lab pun gelap, padahal lab patutnya kena terang benderang. Kenapa? Kerana pencahayaan boleh mempengaruhi mood sesuatu foto.
Pencahayaan yang “flat” adalah membosankan. Cuba buat kelainan, gunakan flash atau cahaya semula jadi untuk mendapatkan pencahayaan yang lebih dramatik.

7.LanggarPeraturan(BreaktheRules)

Dalam fotografi ada banyak peraturan yang kita kena follow. Tapi tak semestinya kita kena ikut. Sesuatu yang seni tidak perlu skema. Tapi nak langgar peraturan, korang kena mahir dulu peraturannya. Tak boleh langgar sesuka hati.
                                                            + cahaya boleh mengubah mood sesuatu foto

8.Tapiyangpalingpenting…

Perkara paling paling dan paling teramat sangat maha penting dalam fotografi sehingga saya boleh katakan,”senggama semua peraturan (f**k all the rules)” adalah “moment” (GoogleTranslate -Saat). Moment adalah kunci kenapa gambar yang kita tengok tu ada roh. Contohnya gambar wedding, gambar pose atau candid?
aku percaya ramai yang akan pilih candid, sebab apa? Moment.
Kalau tengok gambar dalam Nat Geo, kebanyakkan memang diambil dalam “moment” yang tepat, terutama foto-foto haiwan.
Jadi kalau jumpa moment yang best, takyah fikir-fikir setting, snap je, pakai auto pun takpe sebab “moment” yang special ni berlaku sekali je, tak boleh ulang tayang.
 *******
Tips-tips di atas kebanyakkan saya korek dari sifu-sifu fotografi yang saya jumpa secara personal, bukan takat baca blog atau tengok video. Terus terang saya cakap, saya improve banyak lepas ikut tips mereka.
Satu lagi, ada aku cakap kena pakai kamera brand ini, brand itu & yang mahal-mahal? Takde kan? So guna apa saja kamera yang ada di tangan korang.jadi korang dah tahu kan,kenapa foto yang di tembak tak cantik-cantik.cuba follow tips yang aku bagi.
. Harap terus kunjung tanpa putus ke sini ye walaupun jarang-jarang updateicon biggrin 8 Tips Mengambil Gambar Seperti Pakar Fotografi

Wednesday, July 10, 2013

Puasa Pertama di Perth


SELAMAT BERPUASA

puasa pertama aku di barat australia nie,baik aja.tapi pagi tadi aku bangun lewat,pukul 5 baru terkedek-kedek macam itik,nak mandi dan sahur.makan nasi goreng je,takde yang best,tapi alhamdulillah.pagi-pagi nak makan best,kena duduk malaysia la.mujur hari ni tak sejuk sangat.jadi aku xde la cepat lapar,yang best nya siang pendek,subuh jam5,50.magrib jam 5.29.kira ok la tu.nak cepat macamana lagi bro?lepas subuh aku mengaji tadarus dengan syeikh norhan.aku bukan pandai sangat,ikut-ikut je la.tapi memang kena baiki.tak kan nak duduk di takuk yang lama sampai kiamat bro..

lepas tu,aku tidur rehat sampai zuhur,hahahaha.bangun solat zohur dan terus ke Perth City,meneruskan aktiviti aku macam biasa.kat sini kena pandai jaga diri,kalau tak puasa,xde siapa nak marah,pasal negara kafir,kedai bukak macam biasa,tahun nie aku memang tekad nak puasa penuh,lahir dan batin.  bila masuk waktu berbuka, memang nasilah yang aku cari. lauk aku berbuka biasa je. nasi + sotong + ayam masak merah. mujur ada kedai Melayu kat Perth City, kalau tak, memang tak kenyanglah aku sebab perut aku ni perut orang Melayu. aku benci justin bieber spagheti! aku sayang nasi. tapi bukan itu yang aku nak ceritakan. aku nak kongsi pendapat aku pasal bulan Ramadhan ni.
puasa,adalah termasuk dalam rukun islam.jadi siapa yang rasa dirinya islam wajib berpuasa.puasa tu apa bro?puasa tu bukan menahan diri dari makan dan minum je juga perkara yang membatalkan puasa je. .,tapi puasa mata,hidung,mulut,hati.semua la. DOSA la yang selalu kita buat. aku nak jelaskan tak pandai,sebab ilmu aku belum boleh naik syeikh lagi.nanti tulis panjang-panjang,semua salah. umur aku pun dah 21, jadi aku kenalah pandai menjaga diri.

aku pernah jumpa orang yang berpuasa,tapi sembahyang tak,ade juga yang pakai pakaian giler seksi,tapi puasa.ade jugak yang berpuasa.tapi maksiat macam biasa.begitulah,hati manusia,yang dirosakkan oleh macam-macam tipu daya.puasa yang biasa kita buat.ialah puasa turun temurun,macamana tu?mak bapak.puasa.kita pun ikut.masuk ramadhan,dan set bulan puasa.tapi segala pantang larang,rukun puasa.syarat sah batal.semua entah kemana.

kalau nak tahu lebih lagi,tanya orang yang tahu,aku tahu secara ilmu,tapi secara dasar aku masih terkapai-kapai.dalam bulan ramadhan pintu langit dibuka seluasnya.bulan pengampunan,bulan berkat,bulan yang terdapat malam Lailatul Qadar. setahun 1 bulan je bro.selepas apa yang kita buat,maha baiknya Tuhan,dia ikat syaitan yang selalu menganggu kita.aku nak ajak kita sama-sama merebut ganjaran yang ade di bulan yang mulia ini.^^