Tuesday, September 3, 2013

Lensa Mata Ikan(FISHEYE)

Lensa fisheye (mata ikan) adalah lensa wide angle (sudut lebar) berbentuk  melengkung yang boleh menangkap gambar dengan sudut 180 darjah.

Lensa fisheye memiliki titik fokus pendek dan kedalam (depth of field) 
Lensa fisheye adalah lensa jenis karakteristik khusus dan sangat popular pada  fotographer pro.aku sendiri pun meminati lensa jenis fisheye.
Sejarah
Lensa fisheye mulai dikembangkan oleh Nikon pada tahun 1935.
Pada bulan Mac tahun 1957, lensa ini sebenarnya digunakan untuk keperluan meteorologi@cuaca dan pertahanan di Jepun.
Pada tahun 1960, lensa fisheye telah mula dijual pada masyarakat umum dan dapat dibeli  dengan bebas.
Kegunaan
Kerana memiliki sudut pengambilan 180 darjah, lensa ini mampu menghasilkan gambar panorama langit yang gempak.
Gambar hasil dari lensa fisheye boleh ditambah kesan mengunakan program seperti Photoshop untuk menghasilkan foto 360 darjah tanah dan langit.
Lensa fisheye juga boleh digunakan untuk memotret pemandangan dan akan menghasilkan gambar yang sangat unik.
penuh dengan dramatik dan kesan yan realistik sebab itu ia sangat popular pada fotographer yang pro.
Jenis
Ada dua jenis lensa fisheye, circular fisheye dan full-frame fisheye.
Lensa circular fisheye menghasilkan menangkap sudut 180 darjah di kedua-dua arah menegak atau mendatar.
lensa full-frame fisheye mampu mengambil foto yang 180 darjah dalam arah melintang , tetapi kurang daripada 180 darjah ke arah menegak.

Teknik
selaraskan kanta fisheye dengan garis ufuk untuk mendapatkan gambar sudut lebar.
Jika ditembak kanta di bawah ufuk, anda akan mendapat gambar permukaan bumi yang melenkung
Sebaliknya , jika ditembak kanta di kaki langit, anda akan mendapat gambar langit yang melengkung 
selain itu ia juga digunakan dengan belbagai cara yang unik.ikut idea masing-masing dalam mendapatkan komposisi yang menarik.untuki entri seterusnya akuy akan kongsikan foto hasil dari lensa fisheye yang ditembak oleh aku^^

No comments:

Post a Comment