Thursday, April 25, 2013

tip beli camera terpakai


Bila sebut je barangan terpakai atau second hand, perkara yang pertama akan terlintas dalam fikiran aku dan mungkin fikiran korang jugak ialah, “ok ke kalau barang second hand ni?”. Tak kiralah apa jenis barang pun, tapi kalau ianya terpakai atau second hand, beberapa perkara perlu diambil perhatian semasa nak membelinya. Lagi-lagi zaman IT sekarang, kebanyakkan orang lebih suka membeli barangan secara online. Bila dah online, barang yang dibeli hanya boleh dilihat melalui gambar, bukannya secara fizikal, kemungkinan kena tipu adalah tinggi.
Entri kali ni, aku nak kongsi dengan korang semua, apa tips-tips nak beli kamera dslr dan aksesori terpakai.

1. Sumber yang dipercayai

Pertama sekali bila nak beli kamera dslr terpakai, cari sumber atau tempat yang boleh dipercayai. Biasanya orang akan cari dslr terpakai secara online. Aku galakkan korang cari kat forum-forum fotografi seperti PhotoMalaysia. Kat situ banyak fotografer jual kamera, lens, flash dan aksesori lain. Kebanyakkannya Nikon dan Canon. Bagi pengguna Sony pulak, boleh pegi ke AlphanaticsShashinki dan Yamiya pun ada jual, tapi tak banyak orang jual dslr terpakai kat situ.

Elakkan beli kamera atau aksesori terpakai di Mudah dan Lelong. Sebab kemungkinan kena tipu sangat tinggi. Ada baiknya pegi dekat forum-forum yang aku nyatakan tadi.

2. Siapa penjualnya?

Kenal pasti siapa penjual yang deal dengan korang. Kalau kat forum, cari penjual yang aktif dan dikenali dalam forum tersebut. Kalau orang tu masih baru & bilangan post tak sampai 10, baik jangan beli. Ada jenis forumer ni, join forum just nak jual barang je. Masa tengah berunding tu, mintak no telefon dan nombor IC, just in case.

3. Gambar

Biasanya orang yang menjual akan sertakan gambar dslr/lens/aksesori yang nak dijual. Kalau takda gambar, jangan beli, pastikan gambar tu menunjukkan detail dslr/lens/aksesori, manalah tau ada calar ke. Lagi-lagi kalau nak beli lens terpakai, mintak gambar close up terutama kat optik, takut ada fungus atau calar.

4. Maklumat item

Antara maklumat yang perlu korang tau sebelum beli dslr ialah warranty (mintak kad, walaupun warranty dah tamat tempoh), ada scratch ke tidak, tahun beli dan rating. Kebiasaanya, penjual akan bagi rating seperti 9/10, menunjukkan dslr tu dalam keadaan yang baik. Lagi satu ialah shutter count (sc) atau bilangan klik, cari kamera yang sc nya rendah. Shutter count yang tinggi menunjukkan kamera tu selalu digunakan.
Untuk lens pulak, pastikan lens tak calar, fungus dan zoom dalam keadaan baik.

5. Harga

Pastikan harga tak terlalu tinggi, kalau 200-300 nak sama harga yang baru, baik beli dslr baru. Terlalu rendah pun tak boleh jugak, takut-takut barang curi atau rosak. Biasanya untuk dslr terpakai + kitlens, dalam rm900-1300 boleh dapat dah.

6. COD atau Postage

COD bermaksud cash on delivery’ atau ‘collect on delivery’. Bermaksud korang kena jumpa dengan seller dah bayar masa korang ambik item yang korang beli sama ada lens, body atau aksesori lain. Kebaikkan COD ialah korang boleh test dulu barang sebelum membelinya, kalau korang tak puas hati, tak perlu beli. Sebaiknya korang deal cara COD, melainkan dah terlalu jauh, macam aku kat Kuching ni, tak kan nak COD di KL semata-mata nak beli filter yang harga rm50..hehe. Lagi satu, mintak seller hantar guna perkhidmatan pos yang boleh dipercayai seperti Skynet & POS Laju.

7. Ada kawan fotographer?

Kalau korang ada kawan yang memang tau pasal kamera, suruh je kawan tu deal, senang cerita…hehe.

8. Term

Dalam jual beli kat forum, ada beberapa term yang korang kena faham.
WTB- want to buy
WTS- want to sell
SC- Shutter Count
Faulty- barang rosak
Gear Strip- lens tak boleh autofocus sebab gear dalam lens rosak
Nego- boleh runding harga/mintak diskaun
COD-  ‘cash on delivery’ atau ‘collect on delivery’
*****
Itulah serba ringkas panduan bagi yang nak beli dslr atau lens terpakai. Aku sangat galakkan korang yang nak beli dslr pertama untuk beli yang second hand, boleh jimat kos & beli banyak aksesori tambahan macam lens & flash. Kalau nak tolong aku cari, boleh je, kena belanja la tapinya :)




No comments:

Post a Comment