Sunday, July 7, 2013

Apa itu Metering Mode?

Metering dalam bahasa mudahnya adalah cara kamera menyukat/mengukur cahaya. Metering akan menentukan exposure, silap menggunakan metering bermakna exposure juga tak tepat dan gambar yang diambil sama ada overexposed atau underexposed.
Metering mode sangat berguna untuk mendapatkan nilai exposure yang tepat terutama dalam situasi kontrast / dynamic range  yang tinggi.
nikoncanon

+ metering mode Nikon (kiri) dan Canon (kanan)
Ada 4 jenis metering mode (sesetengah kamera ada 3) dan digunakan pada situasi yang berbeza. Nilai exposure akan ditentukan berdasarkan bacaan pada bahagian yang berwarna merah (rujuk gambar dibawah). Kalau korang perhatikan setiap metering mode mempunyai keluasan yang berbeza.

Evaluative/Multi-Segment/Matrix/3D

evaluate matrix metering
Evaluative/Multi-Segment merupakan default setting kamera. Cahaya akan diukur secara sekata untuk menentukan nilai exposure. Mode ini biasanya sesuai untuk kebanyakkan situasi seperti landskap atau potrait. Kalau korang masih tak mahir lagi guna mode manual, saya sarankan gunakan evaluative/multi-segment.

Partial

partial metering
Nilai exposure akan ditentukan disekitar kawasan tengah sahaja, mana-mana scene yang terletak di luar kawasan merah tidak akan dikira. Biasanya saya akan gunakan partial metering untuk ambik gambar subjek berlatar belakangkan backlight yang terang.

CenterWeight

center-weight metering
Center Weight lebih kurang macam Partial, tapi cahaya di sekitar juga akan diambil kira secara purata.

Spot

spot metering
Spot metering akan fokus pada kawasan yang lebih kecil. Kawasan selain berwarna merah akan diabaikan. Spot metering sesuai digunakan untuk ambik gambar subjek yang kecil di tempat yang mempunyai kontrast/dynamic range yang tinggi. Contohnya bila nak ambik gambar bulan purnama.
Gambar berikut adalah contoh bagaimana metering mode mempengaruhi exposure.
METERINGex
 + perbezaan evaluative, center weighted & spot metering
Bila nak ambik gambar, mengimbangi exposure adalah perkara yang paling asas. Walaupun korang dah mahir mengawal exposure (aperture, shutter & ISO), tahu metering mode mana nak digunakan sangat-sangat penting, kalau tak sampai kiamatlah exposure takkan balance.
So kena ingat, first skali bila nak snap, kenal pasti subjek yang korang nak ambik dan pilih metering mode yang sesuai. Lepas tu baru tentukan aperture, shutter dan iso yang nak digunakan.

No comments:

Post a Comment