Wednesday, January 8, 2014

Apa itu Sticky Album?

Apa itu Sticky Album?

Sejenis album eksklusif dengan material berkualiti tinggi. Foto-foto akan dicetak di atas kertas gambar ( Glossy paper) berukuran 4R dan disusun meliputi ‘sticky area’ (muka surat bergam) pada setiap helaian album ini yang telah tersedia.

*Album ini adalah ‘ready made’.

Apa kelebihannya?

Ia amat sesuai untuk golongan berpendapatan rendah/sederhana dan sudah memadai untuk mengabdikan kenangan-kenangan indah anda.
Perlu diambil perhatian bahawa mutunya sedikit rendah jika dibandingkan dengan Custom Album yang jauh lebih mahal.

Bagaimana menjaganya?

Ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit tetapi hanya perlu dijauhkan dari tempat yang berhaba tinggi seperti diatas peti sejuk, di atas komputer dan sebagainya. Elakkan juga meninggalkannya di dalam kereta sewaktu cuaca panas terik kerana material yang digunakan sensitif kepada haba dan kepanasan.

Apa saya dapat jika memiliki Sticky Album?

Kepuasan. Jika anda mengimpikan perkahwinan seindah bintang terkenal, kini masanya untuk anda mendapatkan sebuah Sticky Album agar foto-foto indah anda bersama suami/isteri diabadikan dalam sebuah hasil seni.

No comments:

Post a Comment