Wednesday, January 8, 2014

Jenis custom Album

JENIS CUSTOM ALBUM

Entry kali ini, aku mahu menerangkan dengan lebih jelas kepada pelanggan tentang jenis custom album....Pelanggan tidak tahu bahawa custom album terdapat beberapa jenis...Kebanyakkannya hanya tahu custom album hanya terdiri daripada muka depan jenis photo wrap atau crystal sahaja....Padahal hakikatnya, custom album terdiri daripada beberapa jenis(muka depannya).....

1. Jenis Photo Wrap
Setakat ini aku belum lagi membuat custom album menggunakan album jenis ini. Jadi aku tidak boleh menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan jenis ini. Anda boleh search mana-mana laman web untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan hasil album ini. Jika ada pelanggan aku yang meminta untuk membuat album ini, Insyallah aku akan update entry di sini lagi...

2. Jenis Leather
Jenis leather merupakan custom album yang muka depannya dibalut dengan kulit. Bentuk leather ini adalah bergantung bagaimana kehendak desingner bagaimana mahu menggayakan kedudukan gambar pengantin. Terdapat designer yang meletakkan gambar pengantin kecil dan tidak kurang juga ada yang besar dibahagian hadapan custom album.

3. Jenis Crystal
Jenis ini adalah yang paling disukai oleh pelanggan kerana kualitinya yang tahan lebih lama dan nampak sangat eksklusif dan cantik. Sejenis material seperti kaca tetapi tahan pecah akan diletakkan dibahagian depan album dan boleh menampakkan gambar(seperti kaca). Terdapat sesetengah album menggunakan crystal dibahagian hadapan dan belakang, tidak kurang juga yang meletakkan dibahagian depan sahaja terutama bagi album yang besar(juga bergantung kepada permintaan pelanggan). Hal ini kerana, jika album yang besar diletakkan crystal pada bahagian depan dan belakang, album akan menjadi berat dan pelanggan akan merasa sukar untuk membawa album tersebut(mesti ramai kawan-kawan mahu lihat album kawin kan, tak gitu).Jika crystal hanya diletakkan dibahagian depan, bahagian belakang akan diganti dengan leather atau mungkin material yang lain, bergantung kepada desingner.Lihat contoh daripada LOOking EYE PHOTOGRAPHY hasil nukilan ku yang tidak seberapa.
Lihat Custom Album Jenis Crystal dari sisi
Lihat Custom Album Jenis Crystal dari bahagian atas
Jenis Crystal album lain

No comments:

Post a Comment