Entri kali ni khusus untuk mereka yang ada kamera dan menjadikan fotografi sebagai hobi atau kerjaya sampingan. Pastinya ramai di antara kita bila nak beli kamera sama ada compact atau dslr akan membuat plan yang rapi terlebih dahulu. Bermula dari harga, brand, dan kedai, semuanya akan diteliti sebelum korang beli, betul tak? Sebab pelaburan nak beli kamera ni bukannya sikit, terutama yang beli dslr. So planning sebelum nak beli tu memang wajib.
Tapi tak ramai yang buat planning lepas beli kamera. Kenapa perlu plan selepas beli, nak plan apanya? Dah ada kamera shot je la, kan? Memang betul, lepas beli kamera tu, kenalah keluar “menembak”, tak kan nak simpan bawah katil. Tapi ada perkara-perkara yang kadang-kadang aku sendiri pun terlepas pandang yang menyebabkan mood “menembak” tu akan hilang sedikit demi sedikit. Akhirnya kamera yang kita beli beribu-ribu tu akan terperap di dalam beg macam tu je. So apa yang perlu kita buat lepas beli kamera?
1. Baca Manual
Haa.. Ni aku confirm ramai yang tak baca manual lepas beli kamera, sebab aku pun macam tu..hehe. Terus terang aku bagitau kali pertama aku sentuh manual kamera setelah 6 bulan aku beli kamera . Lepas baca manual baru aku faham 100% macam mana nak guna kamera tu. So tak kisahlah korang beli compact atau dslr, wajib baca manual sebab dalam manual tu ada 1001 tips dan pantang larang mengenai kamera yang korang beli.
2. Bawak kamera kemana saja.
Jadikan kamera sebagai kawan baik. Bawak ke mana saja korang pegi. Kadang-kadang gambar yang menarik terhasil dari situasi yang tidak dirancang. Apalah guna beli kameramahal-mahal tapi simpan kat rumah?
3. Join Forum
Ada banyak forum dan komuniti yang berkaitan dengan fotografi di luar sana. So far yang aku dah join ialahPhotoMalaysia dan Alphanatics. Kat forum korang boleh belajar secara terus dengan otai-otai dalam bidang fotografi. Berkawan dengan semua orang yang ada dalam forum tu, jangan jadi stalker je, join sekali dalam perbincangan sambil bertukar-tukar pendapat. Selain tu, kat forum ni biasanya ada ruangan “Buy & Sell”, so korang boleh usha-usha aksesori kamera seperti lens, flash dan sebagainya. Yang paling bestnya, kalau korang aktif dan friendly dalam forum, senang je nak beli aksesori dengan harga yang murah.
4. Tubuhkan Kumpulan
Cuba tubuhkan kumpulan sendiri, so bila nak keluar shooting taklah sorang-sorang. Mungkin ada yang selesa shot sorang-sorang, tapi percayalah cakap aku, kalau keluar ramai-ramai lagi syok. Sambil-sambil shot, korang boleh bertukar-tukar idea sesama sendiri. Jangan lupa beri nama kat kumpulan korang tu, nak lagi best, buat logo dan tshirt sendiri.
6. Kongsi
Bila dah shot banyak gambar tu, jangan pulak korang perap dalam hardisk, cuba kongsi gambar-gambar yang ada dengan mengupload di laman web seperti flickr, picasa, facebook dan sebagainya. Bila dah upload tu, mintak kawan-kawan bagi kritikan. Mungkin ada yang akan komen secara positif tak kurang juga komen negatif. Terima kritikan yang korang dapat dan jadikan sebagai panduan untuk memperbaiki skill korang.
7. Pertandingan
Join seberapa banyak pertandingan yang boleh. Biasanya kat forum-forum pertandingan diadakan tiap-tiap bulan, dan hadiah memang lumayan. Kalau kat photomalaysia, hadiah bulanan biasanya photo printer, dan kalau alphanatics, diorang bagi external flash. Untuk hadiah tahunan pulak lagi lumayan, sebijik DSLR. Mana tau rezeki korang menang, tak salah mencuba
8. Blog
Kadang-kadang gambar yang korang shot ada 1001 cerita disebaliknya dan kalau korang upload kat flickr dan picasa, tak banyak yang korang boleh bebelkan. Jadi buat satu blog untuk tujuan itu. Kadang-kadang sesuatu gambar akan lebih bermakna jika ada cerita disebaliknya, walaupun sebenarnya gambar tu kurang menarik. Selain tu korang boleh kongsi tips-tips fotografi yang korang dah belajar, seperti apa yang aku buat sekarang. Tak semestinya nak tunggu jadi pro baru nak kongsi. Betul tak?
9. Print
Gambar yang korang ambik tu ada baiknya korang print besar-besar. Sebab dari pengalaman aku, bila korang tengok kat skrin komputer dah yang di print, korang akan lebih seronok tengok yang dah di print. Aku sendiri baru first time print gambar tahun ni, memang lainlah feel tu sebab nampak lagi cantik dan menyerlah. Lepas print tu kalau boleh gantung kat dinding. So orang lain pun boleh tengok sekali hasil kerja korang. Mana tau ada yang nak beli kan?
10. Keep reading
Dalam apa-apa bidang pun, kalau nak cepat mahir kena rajin membaca. Lebih-lebih lagi pada zaman ledakan maklumat ni, banyak maklumat boleh didapati hanya dengan satu klik. Tapi kena pandai-pandai tapis maklumat yang korang dapat, sebab tak semua maklumat di internet betul. Laman web yang menjadi rujukan utama aku ialah “Digital Photography School”. Banyak tips-tips dari photographer seluruh dunia di publish di website ni dan aku galakkan korang langgan artikel dari DPS. Tiap-tiap minggu DPS akan bagi himpunan tips berguna kat korang. Tapi jangan lupa teruskan membaca blog aku ni..hehe.
***
Rasanya tu je kot yang aku nak kongsikan. Apa yang aku kongsikan ni adalah berdasarkan pengalaman aku sebagai seorang yang masih baru dalam bidang ni. Kalau korang nak kongsi apa-apa je, jangan segan silu tinggalkan di ruangan komen
No comments:
Post a Comment