Saturday, April 27, 2013

apa itu bokeh?


Apa itu Bokeh?
First of all, bokeh tiada kaitan langsung dengan bongek..hehe. Bokeh berasal dari perkataan Jepun yang bermaksud kabur atau ‘blur’. Dalam fotografi kita kenali sebagai Out Of Focus (OOF). Bokeh yang kena pada tempatnya boleh menjadi unsur “WoW” pada sesuatu gambar. Ada 2 cara untuk menghasilkan bokeh iaitu;
  1. Gunakan aperture yang rendah ( f1.8, f2.8 ).
  2. Jarakkan objek dari background dan gunakan focal length (zoom) yang tinggi seperti 100mm atau 200mm.
Kepentingan Bokeh
Bokeh ni penting supaya subjek dalam sesuatu gambar tu menonjol, kalau semua objek dalam gambar sharp, gambar tu boleh dikatakan sebagai ‘flat’, takde ‘focus point’. Untuk mendapatkan bokeh yang ‘baek punya’, pastikan korang pakai lens yang aperture rendah, cth: 50mm 1.4, 50mm 1.8, 17-50 2.8 dan 70-200mm 2.8. Tak kisahlah berapa mm, yang penting f number. Sebab seperti yang aku kata tadi, nak hasilkan boleh yang cantik, kena pakai aperture rendah. Korang tengok contoh gambar kat bawah, berbokeh-bokeh..hehe..



                    



So lepas ni korang boleh la cuba bokehkan apa yang boleh dibokeh..senang je kan? Siapa-siapa yang tak tau lagi cara nak dapatkan bokeh ni, meh aku ajar ckit. Kat kamera korang tu, tukar mode ke Aperture Priority (A), pastu turunkan F number ke nilai yang paling kecik, pastu snap. Dapat tak? Kalau dah dapat bokeh tu, korang bolehla try ambik creative bokehseperti gambar di bawah.
The Color of Love
Kalau korang nak tau macam mana nak hasilkan bokeh love macam kat atas, tunggu entri seterusnya. Bukan saja bokeh love, korang nak buat bokeh kambing pun boleh…hehe.. So follow atau subscribe blog aku ni, nak lagi best tekan je Ctrl + D.. :p

No comments:

Post a Comment