Tuesday, April 23, 2013

Bila Nak Pakai Mode Auto Pada DSLR


Biasa tak dengar ayat ni?  “kalau pakai mode auto, baik tak payah beli dslr”. Mesti pernah dengar dari 
blog ni
 mana-mana kan? Sebenarnya auto-mode ni ada kegunaannya. Jurutera-jurutera yang buat DSLR ni bukan saja-saja nak letak auto-mode. Boleh kata semua DSLR ada auto-mode, kecuali model yang dikhususkan untuk profesional.
Seperti yang aku pernah terangkan pada entri Panduan Memilih Exposure Mode, ada beberapa jenis exposure mode yang terdapat pada DSLR:
Auto –  dari nama dah tau ni mode auto, 100% dikawal oleh kamera.
P – ni auto jugak, tapi masih boleh ubah setting seperti aperture dan shutter speed.
S – semi auto, kamera akan kawal aperture, shutter dikawal pengguna.
A – semi auto, kamera kawal shutter, pengguna kawal Aperture.
M – manual sepenuhnya.
Persoalannya, bila nak guna Auto-Mode?
1. Budak Baru Belajar.
Kalau korang baru pertama kali guna DSLR, menggunakan mode M ada sesuatu yang agak mencabar. Lagi-lagi bila tak ada orang yang nak ajar. Dalam kes ini, mode auto adalah guru korang. Gunakan mode P dan snap beberapa gambar, lepas tu korang tengok shutter speed dan aperture yang digunakan oleh kamera tadi. Jadi bila korang pakai M mode, korang dah tau berapa nilai aperture dan shutter untuk mendapatkan gambar yang seimbang tahappendedahan cahaya @ exposure.
Selain “Auto” dan mode “P”, mode yang berbentuk icon seperti icon gunung dan bunga juga merupakan mode auto

2. Terdesak.
Mode auto jugak boleh digunakan dalam situasi yang memerlukan korang snap dengan cepat. Contohnya masa kat lapangan terbang korang terjumpa dengan artis terkenal dan korang nak ambik gambar artis tu. Takkan nak tunggu korang setting aperture, shutter speed, ISO, metering tu semua. Gunakan saja mode P atau Auto. Exposure dan white balance tu belakang kira, sebab yang penting pada masa tu gambar yang korang ambik jelas.
3. Suruh orang lain ambik gambar.
Ni biasa berlaku kat aku sendiri. Bila suruh kawan ambik gambar je, mesti gambar aku akan blur. Perlu diingat, tak semua orang pandai menggunakan DSLR. Jadi sebelum bagi kamera kat kawan korang, tukar ke mode auto. Walaupun gambar tu tak secantik bila pakai manual, tapi korang masih boleh edit dalam photoshop atau photoscape. Tapi kalau dah blur, memang tak boleh nak buat apa. So nak gambar tak cantik tapi masih boleh edit atau yang blur, pilih sendiri..hehe..
*****
Tak salah sebenarnya nak guna mode auto untuk belajar dan pada masa yang sama tak ada orang nak ajar. Yang salahnya pakai mode auto dan tak belajar macam mana nak guna mode semi-auto atau manual. Buat apa beli kamera mahal kalau setakat nak pakai auto. Betul tak?

No comments:

Post a Comment