Lens atau lensa merupakan aksesori terpenting pada sesebuah kamera. Kalau takda lens macam mana korang nak tangkap gambar. Lens menentukan kualiti gambar yang korang ambik, bukan kamera semata-mata. Kalau korang beli dslr yang harganya mencecah RM10 ribu pun, tapi kalau lens tak berkualiti, gambar atau imej yang dihasilkan oleh kamera pun akan jadi hampeh. Lens bertindak seperti mata, mengawal cahaya yang masuk ke dalam kamera melalui aperture. Terdapat banyak jenis lens di pasaran. Setiap jenis lens mempunyai keistimewaan tersendiri. Lens boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:
Standard Lens
Standard lens atau kitlens biasanya dalam range 18-50mm (Canon, Nikon) dan 18-70mm (Sony, Minolta). Lens ni biasanya dipakejkan sekali dengan body dslr. Sesuai digunakan untuk apa-apa jenis event sama ada indoor atau outdoor. Nak shot landskap boleh, shot potrait pun boleh. Nasihat aku sebelum korang decide nak tambah koleksi lens, pastikan korang dah push kit lens sampai ke limitnya, maksud aku gunakan kitlens untuk apa juga keadaan. Bila korang rasa kitlens ni ada kekurangan, baru korang beli lens baru untuk cover kekurangan kitlens. Kalau main beli je sebab member kat sebelah ada banyak lens, baik tak payah sebab nanti korang tak tau bila nak guna lens yang sesuai ikut keadaan. Kan membazir.
Ultra/Wide Angle Lens
Wide angle lens biasa digunakan untuk shot landscape supaya dapat capture sudut yang lebih luas. Selalu digunakan dalam wedding photography supaya gambar pengantin dan latar belakang lebih menonjol. Contoh wide angle lens seperti sigmga 10-20mm, Tamron 10-24mm dan banyak lagi, korang search je kat google. Wide Angle Lens kadang2 dipanggil Ultra Wide Lens atau UWA. Harga lens ni lebih mahal berbanding kitlens, sekitar RM1800 ke atas.
Telephoto / Zoom Lens
Masa tengok Piala Dunia perasan tak kat tepi-tepi padang photographer2 dengan lens yang macam bazooka tu. Itu dipanggil zoom/telephoto lens.Telephoto lens ada banyak jenis. Bagi yang kurang bajet, boleh beli lens macam Sigma 75-300mm, Sony 55-200mm dan Tamron 75-300mm. Kalau rasa banyak duit, dialu2kan beli lens putih yang macam bazooka tu, paling murah pun RM5500..hehe..ada berani?
Zoom lens biasa digunakan dalam sport/action photography macam bola sepak, supaya pemain bola tu nampak jelas dan besar. Lagi satu boleh jugak korang guna untuk shoot potrait untuk mendapatkan bokeh yang lawa.
Macro Lens
Macro lens direka khas untuk ambik gambar yang korang perlu close up habis-habisan. Contohnya kalau korang nak ambik gambar lalat dan nak lalat tu nampak besar dan jelas, korang kena guna macro lens. Kelebihan macro lens ni dari lens lain ialah Minimun Focus Distance (MFD). Untuk lens-lens biasa, korang tak boleh letak lens dan objek terlalu rapat sebab lens takkan boleh fokus pada objek. Try kalau tak percaya. Contoh lens macro yang popular ialah Sigma 90mm. Harga dalam lingkungan RM1000.
Prime Lens
Tiada kaitan dengan Optimus Prime, prime lens juga dikenali sebagai fix lens sebab lens jenis ni korang tak boleh nak zoom in dan zoom out. Tapi kualiti gambar prime lens sangat baik berbanding lens-lens lain. Sesuai untuk potrait sebab prime lens menghasilkan bokeh yang amat lawa. Prime lens jugak mempunyai nilai aperture yang tinggi sehingga F1.4, so korang boleh shot dalam keadaan yang gelap, tak payah pakai flash. Ada banyak jenis dan range prime lens, yang paling popular ialah 50mm F1.8. Korang boleh beli prime lens dengan harga yang murah bermula dari RM350 untuk 50mm.
Fisheye Lens
Sebenarnya fisheye lens tergolong dalam Ultra/Wide Angle Lens. Cuma yang membezakan ialah efek melengkung yang dihasilkan oleh lens ni. Biasanya photographer guna untuk shot landskap dan shot2 kreatif. Contoh lens fisheye ialah Samyang 8mm dan bayak lagi. Korang search kat google, kalau nak contoh gambar boleh pegi kat flickr dah search 8mm fisheye. Harga fisheye dalam bermula dari RM1ooo.
Ada satu lagi jenis lens iaitu Lensbaby. Tapi sebab tak ramai yang guna lens tu, so tak payahlah aku nak explain. So kalau berhasrat nak tambah koleksi lens, biarlah bersebab, jangan sebab ikut kawan. Kalau ada lens banyak pun tapi tak tau nak guna, baik tak payah. Lagipun korang tak perlu beli semua lens, beli ikut style shooting korang. Kalau more to landskap, ambik fisheye atau UWA. Suka ambik potrait, prime lens amat digalakkan, lagipun harga sangat murah dan kualiti gambar sangat bagus. Kalau suka skodeng anak dara orang, beli telephoto, hehe..
Kalau suka artikel ni, silalah menge’like’, paling bagus share kat k
No comments:
Post a Comment