Tuesday, April 23, 2013

8 Teknik Shot Sunset / Sunrise


Seperti yang dijanjikan, aku nak kongsi teknik-teknik shoot sunset yang aku dah pelajari & yang paling penting, setiap tips berikut aku guna pakai untuk setiap gambar sunset yang aku shot. Tak lebih, tak kurang, macam maggie secukup rasa:)
1. Tiba Awal Di Lokasi
Pastikan korang sampai awal sebelum langit menguning. Macam kat kuching ni sunset biasanya jam 6.20, so kena datang setengah jam awal, sebab masa ni la orang bersesak-sesak nak balik rumah.
2. Tripod
Aksesori wajib yang mesti ada kalau nak shoot sunset kerana kita menggunakan slow shutter speed(cth: 1/8, 1/10,1′)
3. ISO
Set iso ke mode yang paling rendah, biasanya 100 untuk mengelakkan noise.
4. Mode Manual
Biasanya aku gunakan mode manual. Aperture hendaklah F10 ke atas, biasanya aku akan guna aperture maksimum  mcm F22, lagi tinggi, lagi bagus sebab kita nak semua objek sharp. Pastikan exposure korang berada pada kurang daripada ’0′ supaya warna sunset/sunrise lebih menyerlah.
5. Manual Fokus
Gunakan manual fokus kerana amat sukar untuk auto fokus dalam keadaan gelap.
6. Cabel Release
Gunakan cable release atau remote. Kalau takda, gunakan timer supaya tidak berlaku gegaran pada kamera.
7. Shot, shot dan shot
Shot seberapa banyak gambar yang boleh kerana cahaya sunset akan berubah-ubah dengan kerap.

8. LiveView
Disebabkan kamera akan menghala terus ke matahari, penggunaan viewfinder amat tidak digalakkan (boleh menyebabkan buta), gunakan liveview yang ada pada kamera korang. Kalau tak ada lifeview, korang agak-agak je, lepas tu shoot beberapa gambar dan compose balik sampai korang berpuas hati.
Aku bukanlah photographer profesional yang layak nak bagi tips. Apa yang aku kongsikan aku dapat dari bacaan dan pengalaman aku sendiri. Kalau korang tak faham term @ seperti shutter speed, aperture, exposure dsb, jangan malu request, nak senang tanya je kat ruangan komen. Aku akan cuba jelaskan dengan ayat yang paling mudah & memang itu pun matlamat aku mewujudkan blog ni, menyampaikan ilmu dengan ayat yang senang nak faham & tidak terlalu teknikal.  Terima kasih kerana sudi membaca, jangan lupa share2 dengan member2 korang

No comments:

Post a Comment