Salam, entri kali ni adalah kesinambungan dari entri “3 asas fotografi yan perlu korang baca”. Kalau korang tak baca lagi, sila baca dulu ye
Pengenalan Kepada Exposure
Exposure juga dikenali sebagai dedahan cahaya. Exposure yang terlalu tinggi menyebabkan gambar akan menjadi terlalu cerah (overexposure) manakala exposure yang rendah menyebabkan gambar yang korang ambik menjadi gelap (underexposure).
Bagaimana Mengawal Exposure?
Seperti yang aku dah terang pada entri lepas, exposure boleh dikawal dengan 3 cara iaitu melalui shutter speed, aperture dan ISO. Untuk permulaan, aku akan terangkan macam mana nak kawal exposure supaya exposure gambar seimbang.
Kalau korang perhati gambar di atas, korang akan nampak nombor dari -4,-3,-2,-1,0,1,2,3,4. Setiap nombor mewakili tahap exposure yang berbeza. Jika exposure berada pada -1,-2,-3,-4, imej atau gambar yang korang ambik gelap dan sebaliknya jika exposure berada pada 1,2,3,4, imej akan terlalu terang. Untuk mendapat gambar yang seimbang tahap exposurenya, pastikan anak panah berada pada 0.
Sekarang ambik kamera korang, cuba main-main dengan shutter speed dan aperture. Anak panah akan bergerak kalau korang ubah shutter speed dan aperture.
Sekarang korang tengok imej kat bawak tu, 3 imej yang sama, tetapi exposure yang berlainan.
Ok, kalau cakap banyak nanti korang bosan pulak, so sekarang aku nak bagi assignment supaya korang lebih faham tentang exposure. Apa yang korang perlu buat, ambik kamera korang, adjust shutterspeed atau aperture korang supaya exposure berada pada tahap -2, 0 dan 2. Faham? Kalau tak faham jangan segan silu tinggalkan komen
No comments:
Post a Comment