3 asas fotografi yang korang kena baca dan tahu.
Selamat pagi murid-murid. Hari ni cikgu nak ajar 3 asas fotografi yang murid-murid kena tau, kalau lepas cikgu ajar ni masih ada yang tak tau jugak, cikgu pukul punggung sorang-sorang..hehe..Ok, stop joking.
Baiklah, kali ni kita akan tengok 3 perkara paling asas dalam fotografi iaitu shutter speed, aperture dan ISO. Korang kena kuasai ketiga-tiga konsep ni. Kalau tak akan terjadilah gambar blur, tak sharp, terlalu terang/terlalu gelap dsb. Shutter speed, aperture dan ISO mempengaruhi exposure. Gelap atau terang sesuatu gambar bergantung kepada exposure.
Exposure=Shutter Speed + Aperture + ISO
SHUTTER SPEED
- Shutter speed adalah jangka masa shutter terbuka. Semakin lama shutter terbuka, semakin banyak cahaya masuk dan sebaliknya.
- Dikira dalam unit saat bermula dari BULB (shutter terbuka selagi menekan shutter) 30 saat hingga 1/8000 saat.
- Untuk mengelakkan gambar blur, gunakan shutter tidak kurang dari 1/60. Kalau korang guna di bawah 1/60, cth 1/50, gunakan tripod.
Animasi konsep shutter
*****
APERTURE
- Aperture merupakan bukaan iris pada lens.
- Dikira dalam unit F, bermula pada F1.4 – F32 – bergantung pada lens, ada lens mempunyai aperture bermula dari F1.4 dan ada yang bermula dari F3.5
- Semakin besar nilai aperture (cth: F22), semakin kecil bukaan lens dan semakin sedikit cahaya yang masuk dan sebaliknya, semakin kecil nilai aperture, semakin besar bukaan dan semakin banyak cahaya masuk.
No comments:
Post a Comment