Assalamualaikum wbt.. 8)
Dalam kesibukan yang teramat sangat ni, aku akan cuba menjawab beberapa soalan dari pembaca quegrafi.Entri kali ni berkisar tentang RAW, apa itu RAW dan kelebihan bila kita tangkap gambar menggunakan RAW.
Apa itu RAW?
Kebiasaannya bila kita tangkap gambar, kamera akan proses gambar yang kita ambik tadi mengikut setting yang ditetapkan di dalam kamera tersebut (white balance, contrast, color mode, etc) dan disimpan sebagai format JPEG. Tapi untuk format RAW, gambar yang kita ambil tidak akan diproses atau hanya diproses secara minima (unedited & uncompressed). Sebab itu dinamakan RAW image atau dalam Bahasa Melayu, imej mentah.
Semestinya RAW mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
- Kualiti imej yang lebih baik setelah di save ke JPEG, berbanding JPEG yang diproses oleh kamera.
- Jika sesuatu gambar terlalu terang atau gelap, korang boleh ubah nilai exposure dan brightness sehingga gambar atau imej menjadi terang tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Kalau JPEG, noise akan terhasil bila korang cuba nak naikkan brightness sama ada menggunakan tool level atau curve.
- Boleh tukar white balance dalam komputer.
Sementara kelemahan RAW pulak:
- Saiz fail yang besar iaitu 3 kali ganda dari saiz fail JPEG. Contohnya, kalau kamera korang 10mp, file JPEG yang terhasil biasanya bersaiz 3mb, jadi fail RAW akan bersaiz 9mb.
- Masa yang agak lama untuk diproses, melainkan korang dah pro tahap gaban dan ultraman..hehe..
Untuk mengedit fail berformat RAW, korang boleh gunakansoftware yang diberi semasa korang beli kamera, biasanya DSLR yang ada, kamera kompak aku tak pasti, tapi rasanya ada sebab masa aku beli kamera kompak fujifilm, memang ada software untuk edit RAW.
+ interface Adobe Camera RAW
Kalau takda, bolehlah pakai software alternatif seperti Adobe Camera RAW, Adobe Lightroom dan Aperture bagi pengguna Mac. Biasanya aku pakai Adobe Camera RAW je.
Secara peribadi, aku lebih suka shot dalam RAW terutama bila shot gambar landskap dan wedding. Kadang-kadang gambar silap exposure dan white balance. So dengan RAW, senang-senang je aku boleh repair tanpa mengganggu kualiti gambar tersebut. Tapi kalau setakat nak snap2 biasa je macam tengahlepak dengan kawan, pakai JPEG pun dah ok.
No comments:
Post a Comment