Thursday, April 25, 2013

nak beli camera mana oii!!! (part2)


Hampir terlupa pulak ada part 2..hehe..
7. Stabilizer
Stabilizer merupakan satu fungsi/sistem pada kamera untuk mengurangkan gegaran yang menyebabkan gambar menjadi ‘blur’. Ada banyak jenis image stabilizer (IS), namun yang biasa digunakan pada dslr terkini ialah Lens-based Image Stabilization dan Sensor-shift Image Stabilization. Brand-brand seperti Canon dan Nikon menggunakan Lens-based IS, manakala Sony, Pentax, Fujifilm & Minolta menggunakan sistem Sensor-shift IS.
Jadi, apa bezanya antara Lens-based IS dan Sensor-shift IS bagi mereka yang nak beli dslr pertama?
Bagi pengguna nikon dan canon, IS terletak pada lens dan bukan pada body kamera. So kalau nak beli lens, kenala cari lens yang ada IS, kalau tak kemungkinan besar masa ambik gambar banyak gambar akan blur ( jika menggunakan slow shutter atau lens zoom) dan untuk pengetahuan, lens2 yang ada IS agak mahal, dan sesuai untuk mereka yang berpoket tebal sahaja.
Brand2 seperti sony dan olympus pulak tidak perlu risau  sama ada lens ada IS atau tidak sebab IS dah ada dalam body kamera. So untuk brand2 ini, apa2 lens pun sesuai termasuk lens2 lama seperti minolta.
Kesimpulannya, lu fikirla sendiri..hehe..
8. Tengok orang kat sebelah
Maksudnya tengok2kan kawan2 korang, ramai pakai brand apa? Kalau ramai pakai canon, beli la canon, kalau nikon, beli la nikon & kalau sony, beli le sony. Nanti nak share lens atau aksesori lain senang, kawan nak ajar pun senang sebab brand sama.
So, sampai di sini sajalah, semua tips di atas adalah berdasarkan pengalaman aku masa mula2 nak beli kamera. Siapa 2 yang belum baca tips beli kamera part1, sila baca dulu dari tips no 1. Kalau korang ada tips yang best silalah berkongsi kat sini. Adios…. :p

1 comment: