Wednesday, May 1, 2013

tips elak gambar blur.


gambar singa tu abaikan ajalah,aku memang suka singa,nampak macam seorang panglima,xde kaitan dengan yahudi ya,aku baru lepas meraikkan majlis milad pak ude yang baru pulang dari mekah,walaupun simple,agak memberi kesan yang mendalam di dalam jiwa aku yang serba hitam nie.dapat jugak jumpa pakcik2 yang lama x jumpa,amek berkat.sedap juga kek yang nuawailah buat,walau aku x minat kek sangat,sebab aku cepat muak,Tapi lepas tu aku sempat juga share sikit tips-tips untuk mengelakkan gambar blur.sejak akhir ni aku kurang publish,jangan marah ye...
Dalam bidang fotografi, banyak kesilapan seperti underexposure, overexposure, framing dan banyak lagi boleh diperbetulkan dengan software2 seperti Adobe photoshop, Adobe lightroom, Gimp dan banyak lagi. Tapi bila dah blur, memang susah nak sharp’kan balik. Walaupun ada banyak cara nak sharp’kan gambar seperti Unsharp Mask, hasilnya masih tidak memuaskan. So cara yang terbaik ialah untuk elakkan gambar atau imej menjadi blur.
Antara tips2 untuk mengelakkan gambar blur;
1. Pegang kamera dengan cara yang betul
Pegang kamera dengan cara yang betul untuk mengelakkan camera shake. Camera shake bukanlah sejenis minuman, tapi berlaku bila shutter ditekan dan pada masa yang sama tangan korang  pun bergerak sama. Untuk mengelak camera shake, ikut step-step berikut;
  • pastikan lengan atau siku rapat ke bahagian dada.
  • tarik nafas dan tahan.
  • tekan shutter separuh untuk fokus pada objek sampai ada bunyi “bep!”
  • tekan shutter sepenuhnya
  • lepas nafas (betul ke ayat aku ni?)
  • tengok gambar yang dah korang ambik, kalau tak sharp cari sungai berdekatan dan campak je kamera tu kat sungai. Hehe..
2. Gunakan Tripod
“The Ultimate Tool” untuk mengelakkan gambar blur. Tapi hanya sesuai digunakan untuk shot objek-objek statik seperti landskap dan gambar potret yang tidak melibatkan pergerakan yang banyak seperti gambar formal.

3. Shutter Release
Walaupun korang dah guna tripod, tapi gegaran ketika menekan shutter masih boleh menyebabkan camera shake. Untuk mengatasi masalah ini, pakai remote shutter release. Kalau takda remote, boleh setkan timer kat kamera korang.

4. Shutter speed yang sesuai
Entri yang lepas aku dah cerita pasal shutter speed. Untuk gambar yang sharp, korang kena guna shutter yang tidak kurang 1/60 (handheld). Lagi satu, elakkan shutter speed yang kurang berbanding focal length.
  • Focal length 50mm=shutter speed  1/60 dan ke atas.
  • Focal length 125mm=shutter speed  1/125 dan ke atas.
  • Focal length 200mm=shutter speed 1/250 dan ke atas.
5. Aperture tinggi
Bila korang gunakan aperture yang rendah seperti f1.8, area fokus akan menjadi kecik menyebabkan amat sukar nak fokus pada sesuatu objek seterusnya menyebabkan gambar blur. Aku sendiri pun kadang-kadang selalu dapat gambar blur sebab guna aperture rendah. Jadi, guna aperture yang tinggi seperti f8.0 supaya subjek fokus sepenuhnya. Jangan risau kalau gambar korang kurang bokehnya sebab lebih baik takda bokeh dari gambar blur.

Harap korang dapat follow 4 tips yang aku bagi, kalau ada istilah atau terms yang korang tak faham jangan malu bertanya & aku suggest korang baca tips2 yang aku dah tulis sebelum ni,semuanya ada kaitan. Selamat Mencuba,:)

No comments:

Post a Comment